ISU SEMASA

Pelajar Cemerlang Ni Terpaksa Kahwin Dengan Cikgu Selepas Spm. Lepas Kahwin Tiba Tiba Suami Ada Bawa Perempuan Lain Balik Rumah. Tapi Apa Yang Jadi Lepas Memang Betul Betul Buat Wanita Ini Terduduk

Gambar sekadar hiasan.

Assalamualaikum hai.. saya Linda…

saya berasal dari kelantan… saya sedih dengan Takdir hidup saya…

apa salah saya saya dibesarkan disebuah keluarga miskin. saya berkahwin kerana terpaksa…

mak saya pergi buat selamanya kerana sakit sewaktu saya berusia 16 tahun..

 

anak tunggal..1 Tahun saya meratapi pemergian mak… ayah yang jaga saya.

Saya tak ada sapa2, makcik pakcik belah mak dan ayah saya tak suka kami…

diusia saya 17 tahun ayah pula tinggalkan saya… ayah pergi kerana skit jntung.. masa tu gelap dunia saya …

saya hampir jadi tak waras.. tapi saya kuat kann semangat walaupun berkali2 saya rebh… saya hilang arah… saya down.

saya tak semangat kesekolah tanpa mak dan ayah..

 

kehidupan harus diteruskan.. perbelanjaan harian saya dibantu oleh guru2 sekolah ,biasiswa dan jiran2…

saya mendapat keputusan cemerlang dalam spm 7A 3B.. saya mendapat tawaran asasi matrik dan diploma…

 

saya sedh kerana tiada duit untuk saya pergi belajar…

lagi pun jiwa saya trsksa kerana hilangnya tempat mengadu, hidup saya penuh dengan trauma. Tiba2 pada suatu hari Allah kenalkan kepada saya seorang lelaki berusia 29 tahun bekerja seorang guru…

dia ingin menikahi saya namun alasan saya belum bersedia dan dia terus melamar saya, saya berfikir panjang akhirnya saya menerima dia sebagai suami saya…

saya menerima dia kerana saya dah tiada ada sapa2 dah.

Kalau ikutkan hati saya, Saya memang nak belajar kerana saya adalah murid cemerlang disekolah, pelajaran amat penting pada saya namun setelah mak dan ayah pergi menghadap illahi..semuanya berubah sekelip mata.

Akhirnya saya menjadi isteri dia yang sah diusia saya umur 18 tahun..

sebulan kami bernikah suami saya tiba2 membnci saya..

saya pelik dan terus tertekan, dia menghna saya seawal sebulan bernikah.. saya tanya dia, dia tak jawab malah dia mengmuk..

saya sedar saya insan yang hin4 hadir dalam hidup dia..

hari demi hari perngai suami saya terus berubah, dia mudah panas dengan saya, dia selalu berkasar dengan saya sekiranya ada kesilapan yang saya lakukan seperti lambat bukak pintu bila dia pulang dari kerja.

5 bln kemudian kami nikah.. suami saya jarang pulang kerumah.. bila ditanya dia mengasari saya..

Ya Allah sakitnya hidup saya…. apa yang Allah nak tunjukkan pada saya ..

suami saya pulang lewat malam dan dia terus masuk tidur dalam bilik tamu bukan dalam bilik saya…

dia berseorangan… saya cuba kemas2 beg dia… dan terjumpa sebiji handphone…

hati saya rasa nervous tapi saya buka juga.

Dan saya melihat dalam handphone tu rakaman suami saya menidvri perempuan luar..

dan ada perbualan tak seonoh dengan perempuan tu …luluh hati saya ….

namun saya terus memujuk hati saya bahawa saya hanyalah menumpang sahaja dlm hidup dia..

apa yang saya lihat malam tu saya tak bertanya pun kat suami saya, cukuplah biar saya yang mengenali siapa dia sebenar.

saya terus mejalani rutin2 yg memertkan dan kesedhan …walaupun muka saya terus senyum di depan dia..

Tapihati saya hancr sehancurnya Allah yang tahu…apa yang lagi memertkan pada suatu malam…

 

saya bawa perempuan lain masuk kedalam rumah saya.. dan wajah perempuan itu adalah perempuan yang ada dalam rakaman video yang saya lihat pada malam itu.

Sekali lagi saya down tapi saya buat 2 tak tahu apa2 dan saya cuba tanya suami saya dengan nada yang lemah siapa perempuan ni..

dan suami kata perempuan tu adalah bakal isteri dia.. saya hanya mengalir airmata dan saya menjert sekuat hati.

Kenapa buat mcm ni pada saya..saya menjrit hingga hampir nak pitm …suami terus menolak saya hingga jath dihadapan perempuan tu.. dan pada malam itu juga.

Suami meluahkan kepada saya sebenarnya dia tidak bernfsu melihat saya pada malam pertama lagi kerana fizikal saya masih lagi seperti budak2 bawah umur…

dan dia bagitau saya juga dia tak akan berbuat baik kepada saya kerana bimbang sekiranya saya ingin mengikis hartanya..

mugkin dia berfikira saya orang miskin.

Akhirnya suami saya bgtau saya untuk menfailkan perpishan..

selepas suami saya membuat permohonan perpishan dimakhamah saya disahkan berpish talak 2…

dan diusia 20 tahun saya bergelar janda… saya kembali semula ke kampung saya… saya redha degan takdir hidup saya….1 bulan dari tarikh berpisah…

saya mengalami keletihan, muntah2…saya tak ada sapa2 untuk minta tolong, hidup saya sebatang kara dah.

Hari demi hari saya terus mntah dan saya ke hspital..

 

mengesahkan saya mengandung dan kandungan saya berusia 7minggu.. saya bersyukur dengan penuh dengan linangan air mata… dan masuk kandungan saya 6 bulan..

Doktor mengesahkan saya skit otak tahap 2… sampai sekarang bekas suami tidak tahu bahawasanya saya sedang hmil anak dia.. dan saya juga janji selepas bersalin saya akan serahkan anak ini pada bapanya. Nanti saya dah tak ada kudrat lagi nak jaga anak ini…

saya tak nak bagi anak ini susah sama2 dengan saya..orang kampung yang banyak bantu saya.. Doakan saya sahabat2 semua semoga Allah kuatkan saya..amin.

Komen warganet.

Jgn beri anak tu pd ex suami yg jhat nanti teranya lg teruk bb tu. dtg r tinggal kat rmh makwan.

selagi hayat ade kite besarkan anak tu.

BykanDoa. Allah ubah nasib kite Doa yg yg teranya tiada Hijab. Allahu akbar, betapa besarnya ujian yg adik hadapi, banyakkan bersabar dan dktkan diri banyak2 kpd Allah, inshaa Allah, ganjaran pahala yg besar Allah sediakan utk adik.

Semoga dpermudahkan Allah dlm urusan.

Allahuakbar…bertimpa2 masalah kau dik. Semoga Allah ringankn beban adik.

Tp ank tu…jgnlh beri pd ayahnya…takvt diapa2kan pulak ank tu nt.

Cma beritahu die sj….ank yg adik kandungkn tu. Serahkan ank tu pd keluarga angkat…

tp beritahu jglh pd keluarga angkat tu nt.siapa ayah kandungnya. Itu penting sbb nk mnjaga nasab.

Takvt bila bby tu bertemu jodoh dgn ank yg lain dr zuriat ayah kandungnya…takvt terkahwin adik beradik pulak nt…walaupn berlainan ibu.

allah sedhnya ujian demi ujian sis lalui. di dokan moga kuat. & bersabar mengandungkan bby. & di permudahkan melahirksan zuriat. di ampuni d0sa2. mudah_mudahan suami sis terima snk yg sis kandung. Allahu…sedhnya perjalanan hidup adik…kak doakan semoga adik tabah dan byk bersabar…semoga dipermudahkan Allah segala urusan adik.

Semoga allah mempermudahkan urusan awk..ya allah..adik klau suami awk tk nk ank dia, awk cari la ibu angkat utk ank awk..jgn biarkan ank awk mendrita seperti awk skrg.. .bagus lagi ada keluarga angkat..kerana bapa kandong nya belum tentu,akan jadi yg terbaik utk nya.

Allahuakbar sebk kak baca dik. Semoga kuat dan tabah hingga melahirkan anak nanti. Adik..

Carikan keluarga angkat untuk anak atau serahkan kepada pusat penjagaan yang sah dan baik2.

In syaa allah allah akan membalas cash kepada orang yang menganiayai anak yatim piatu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Suami Terkedu Bila Kena Tangkap Basah Dgn Bini Sendiri Ayah Dan Juga Ustaz Di Hotel. Bini Hanya Diam Tak Terkata Apa. Akhirnya Ini Yang Terjadi

Sebenarnya, saya sekadar berkongsi rahsia hati dan pengalaman. Saya seorang suami selingkuh yang kini menerima kifarah Allah setelah saya benar2 bertaubat! Julai ini, genaplah 18 tahun usia perkahwinan saya. Saya bernikah ketika berusia 20 thn manakala isteri 17 thn. Isteri saya pilihan keluarga saya. Dan saya waktu itu, telah mempunyai pilihan hati.

Saya tahu kenapa ibu saya mahu saya berkahwin cepat. Ibu saya tak suka pilihan saya kerana teman wanita saya sosial orang nya. Dipendekkan cerita, akhirnya dalam keterpaksaan saya bernikah jua. Saya cuba lupakan teman wanita saya namun saya gagal. Maka saya mengambil keputusan berpindah ke kg nenek isteri saya kerana tak mahu bersua wajah dengan bekas teman wanita saya.

Hampir setahun rumah tangga kami, isteri saya meng4ndung. Waktu itu jujurnya saya langsung tak rasa teruja nak menimang anak kembar. Isteri pula mengalami alahan yang teruk sehingga saya terpaksa bawa isteri pulang ke kg. Saya mula rasa terabai waktu itu. Rasa sepi. Lalu saya menghubungi kembali teman wanita saya.

Bermula di fb dan akhirnya berhubung di telefon. Kami kembali menjalin kasih sehingga berjumpa di hotel. Tapi Allah maha mengetahui. Keselingkuhan saya terbongkar. Isteri saya tertekan sehingga mengalami tumpah cairan darah. Saya ckup rasa bersalah. Dan atas desakan dan pujukan keluarga saya, isteri saya memaafkan saya dan beri peluang pada saya.

Tapi… saya selingkuh lagi ketika usia anak kembar saya setahun. Kali ni, isteri saya bersama bapa saya juga ustaz yang menangkap saya di bilik hotel. Malu yang teramat waktu itu. Tapi saya pelik kenapa isteri saya langsung tak mohon fasakh walaupun ibu saya sndiri yang suruh. Waktu itu saya fikirkan mngkin isteri saya memikirkan anak2 yang masih kecil.

Saya bertaubat dan bersungguh sungguh berubah. Saya tumpukan perhatian pada kerjaya n anak2. Bila isteri menyuarakan niat nak sambung belajar, saya support dari segi kewangan. Dia punyai keputusan spm yang cemerlang, tapi trpaksa berhenti belajar kerana desakan keluarga untuk bernikah dengan saya dan sebab itulah saya menyokong dia kini.

Rumahtangga kami ok sahaja dan saya berusaha menjadi ayah juga suami yang terbaik. Namun hubungan kami suami isteri tercalar bila saya terbaca Wasap dia dengan seorang llaki ketika dia di tahun akhir pjj. Saya tanya dia dan jawapan dia buat saya terkedu. Dia kata sakitkan bila diselingkuhi dan dia tanggung seribu kali ganda sakit itu bila dia baca segala Wasap saya lalu memberitahu bapa saya.

Saya menangis dan meminta agar dia lupakan perkara lalu kerana saya benar2 sygkan dia dan berubah. Tapi dia cuma senyum sinis dan kata dia akan balas setiap titis air mata dia yang saya perah. Mulai detik itu, saya mula bimbang dia selingkuh sehingga ke katil hotel seperti saya dahulu. Saya mula ekori dia, tapi dia tak pernah tak balik bermalam di rumah. Habis kerja jam 5. 30, sejam selepas itu dia mesti dah smpai di rumah. Maka saya tepiskan prasaan tersebut.

Saya berusaha saban detik membuktikan kejujuran dan kasih sayang saya padanya. Sudah 15 tahun berlalu, tapi renungan dia tak pernah berubah. Dia masih tak lupakan keselingkuhan saya. Dia cukup pandai berlakon di dpan keluarga dan anak2. Tapi bila dgan saya, mucul lah dirinya yang sebenar.

Berbelas tahun saya pendam semua ini kerana kesakitan ini bermula dari perbuatan saya, tapi skrg saya mula takut kehilangan isteri saya kerana saya membaca what’s app isteri saya seminggu lepas dan llaki yang bersembang dengan isteri saya mendesak isteri saya supaya mnta perpisahan dari saya.

Saya buntu. Keluarga saya tak percaya lagi pada saya dan mana mungkin saya meminta bantuan mereka. Lgpun isteri saya menantu kesayangan ibu saya. Saya brdoa saban waktu agar Allah memberikan petunjuk dan hidayah. Pd suami2 yang membaca, jangan sesekali mencuba untuk cselingkuh kerana bila kita diselingkuhi, waktu itu kita cuma mampu berharap agar kita mampu mengubah waktu silam. Wanita memanglembut, tapi bila peluang diberi tak dimanfaatkan, lalu kembali mencalar kepercayaan, maka itulah detik paling payah dan sukar untuk lelaki kembali meraih kepercayaan itu…

Hari Yang Paling Bahagia Buat Wanita Ini Bila Ditalak 3 Dengan Suami Lepas 7 Tahun Kahwin. Rupa Rupanya Sebelum Berpisah Iniyang Berlaku Sampai Wanita Ni Bahagia Sangat.

Namun tatkala, rasa cinta semakin hambar, maruah diri dan kehormatan bagai dipijak-pijak serta hilang Namun tatkala, rasa cinta semakin hambar, maruah diri dan kehormatan bagai dipijak-pijak serta hilang segala kepercayaan buat insan yang bergelar suami, inilah nokhtah keputusan yang dirasakan paling bahagia.a kepercayaan buat insan yang bergelar suami, inilah nokhtah keputusan yang dirasakan paling bahagia.

Ikuti coretan yang dikongsikan oleh wanita cekal ini. Semoga perkongsian kisah benar pengalaman hidup oleh seorang wanita bernama Anisah, yang baru sahaja bergelar janda selepas dilepaskan suami dengan talak 3 akibat campur tangan keluarga mertua dan keselingkuhan suami didalam rumahtangga, dapat dijadikan pengajaran buat wanita lain.

Terima kasih siarkan cerita ni..

Akhirnya hari ini, Jumaat, 13 April 2018, selepas 7 tahun berkahwin, saya dilepaskan dengan talak tiga dan ini lah hari paling bahagia buat saya. 7 tahun bukan tempoh masa yg sekejap, tapi sebenarnya tak cukup untuk perempuan selemah saya.

Sebelum kahwin, suami dan keluarga mertua sangat baik. Ketika bertunang, saya mula nampak sikit-sikit sikap keluarga suami yang tak menyenangkan tapi saya ambil positif, saya anggap tak ada pun manusia sempurna, jadi bersabarlah. Semakin dekat tarikh kahwin, semakin ketara sikap mengawal anak yang ditunjukkan oleh mertua saya tapi saya masih positif, ibu bapa mana tak sayang anak, jadi bersabarlah.

Ujian demi ujian, saya senyum dan beritahu diri sndiri, bersabarlah. Seminggu selepas mendirikan rumah tangga, keluarga mertua sudah rancang nak buat hari keluarga. Saya okay saja, namun tak sangka pada hari nak berlangsung, ayah saya dimasukkan ke wad.

Saya minta suami hantar, tapi mertua saya cakap kakak2 awak kan ada. Awak duduk sini sambut hari keluarga, biar mereka yg lain pergi hospital. Suami setuju dgn ibu bapanya. Saya mengalah, malam itu ayah saya menghembuskan nafas yang terakhir. Yup, saya bongok.

-Kali Pertama Tangan Naik Ke Muka..

Tahun kedua perkahwinan, alhamdulillah kami dikurniakan bayi lelaki. Puasa hari ke 28, kami bersiap nak balik ke kampung suami ( setiap tahun raya pertama wajib di rumah ibu bapanya ), ibu saya jatuhh sakitt. Saya tak mahu ulang salah silap saya yang lalu, dan saya bertegas untuk hantar ibu ke klinik dan menjaganya, suami masih dengan alasan adik beradik awak yang lain boleh jaga.

Saya berkeras, dan itulah kali pertama tangannya naik ke muka saya. Akhirnya saya mengalah kerana takut. Sebulan lebih selepas itu ibu saya pula menghembuskan nafas yang terakhir dan adik beradik memulaukan saya atas tindakan saya yang mengikut suami dan keluarganya sepanjang masa. Masih saya diam. Yup, saya bongok.

Pada Januari 2014, usia anak kami 2 tahun, adik suami saya berkahwin dengan wanita pilihannya, lulusan ijazah kejuruteraan, bermulalah episod telinga saya panass dengan segala macam cemuhan, sindiran dan perbandingan. Menantu baru diangkat setinggi tingginya. Saya yang lulusan STPM hanya tersenyum sambil mendukung anak, tiap kali dibandingkan dari segi akademik. Saya masih sabar dan menganggap mereka masih keluarga suami yg mesti dihormati. Yup, saya bongok.

-Mohon Melanjutkan Pelajaran..

2015, saya memohon melanjutkan ijazah di UiTM Shah Alam, secara jarak jauh. Kelas hanya pada hari minggu. Alhamdulillah, permohonan berjaya. Suami agak keberatan dan meminta saya bertanya pada ibunya. (Dalam hati terdetik, apa kena mengena ibunya dengan saya nak melanjutkan pelajaran?) dan bila suami lihat saya seperti berat mengikut katanya, dia sendiri hubungi ibunya, membuat loud speaker dan meminta pendapat.

Jelas dan terang ayat ibunya, ”Hai, nak bersaing tahap akademik dengan biras ke?” Saya tetap berkeras. Walau saya takut-takut ditampar lagi, dikongkong lagi, saya juga takut sekiranya dilepaskan (ibu bapa saya dah tak ada, adik beradik pula dah benci), saya sebatang kara. Kawan kawan juga dah renggang selepas saya berkahwin. Akhirnya suami beri kata putus, “Kalau awak nak sangat, yuran bayar sendiri.” saya akur.

Bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar, pekerja, isteri, ibu, dan menantu. Walaupun anak saya baru berusia 3 tahun lebih waktu itu, dia seperti mengerti kesibukan saya. Amar anak yang baik dan tak buat perangai sangat. Pada waktu saya rasa satu dunia menentang saya, saya lihat wajah Amar dan saya tenang.

Saya masih ada Amar, satu satunya manusia di dunia yang masih sayangkan saya dan hormat saya. Berulang alik ke Shah Alam menaiki bas, terpaksa bayar lebih kepada pengasuh kerana hantar Amar bukan pada hari bekerja, yuran belajar, tiket pergi balik, semuanya duit saya. Saya gagahkan diri. Saya kuatkan diri bukan untuk masa depan saya, tapi masa depan Amar.

-Suami Ada Perempuan Lain..

Tahun 2016, terdengar ura-ura suami saya nak kahwin lagi satu. Saya tersentak, tapi saya pegang pada prinsip, selagi bukan dari mulutnya, maka saya akan abaikan. Sampai lah satu malam selepas tidurkan Amar, saya sedang menyiapkan assignment, dan suami cakap nak berbincang. Saya dapat rasa jantung saya berdegup sangat laju, tangan saya yang pegang pen terasa berpeluh dan menggeletar. Dan ya, dia beritahu sedang berkawan dengan perempuan lain. Saya tanya, sejak bila. Dia beritahu sudah 1 tahun.

Patutlah, dia tak kisah sangat saya ke Shah Alam, rupanya dia pun boleh dating dengan perempuan itu kerana Amar di rumah pengasuh. Tapi dia menyambung ayat “Awak jangan risau, saya belum nak kahwin dengan dia. Kami hanya berkawan.”

“Kalau nak kahwin pun saya tak perlu minta izin awak. Tapi saya ni lelaki yang berani, jadi saya jujurlah dengan awak” Mendengar ayat ini, saya senyum dan tanya, “habis bila abang nak kawin dengan dia?” Dia jawab, “tahun depan?” Saya angguk. Saya kemaskan buku dan laptop, dan masuk tidur.

Pada jam 4 pagi, saya terjaga. Suami nyenyak tidur. Saya bangun dan solat sunat. Saya ke bilik sebelah dan tengok Amar. Saya peluk Amar dan menangis sepuas puasnya sehingga Amar terjaga tapi masih mamai. Satu ayat keluar dari mulut Amar yg mengubah hidup saya. Amar, anak yang baru berusia 4 tahun itu, dalam keadaan mamai, berkata pada saya: “Mak, Amar tak suka Babah.” Dan dia sambung tidur.

-Mula Lakukan Perubahan Dalam Hidup..

Selepas itu saya renung wajah Amar. Entah apa jadi pada saya malam itu, saya rasa saya bukan lagi perempuan yg sama. Saya rasa satu perubahan di hati saya. Di bilik Amar, sehingga ke subuh saya menimbang tara, menyusun hidup, dan membuat pilihan. Akhirnya saya nekad dengan satu keputusan terbesar dalam hidup.

Esoknya saya ke tempat kerja, saya tanya pada rakan sepejabat, ada tak apa-apa kerja part time yang boleh saya buat di rumah. Dia kata boleh kalau tolong isikan borang poslaju (dia berniaga online) dan saya bersetuju. Memang bayaran sikit, tapi dalam sebulan, lepas untuk keperluan susu Amar (update: suami tak pernah hulur nafkah keperluan saya dan Amar kerana dia tahu saya bekerja , melainkan bil-bil rumah, barang nak masak dan sewa rumah, kerana ibunya kata adik adiknya ada yang bersekolah, jadi dia yang sulung mesti bantu.)

Saya mula pergi kelas tiap-tiap minggu, sebelum itu saya pergi selang dua minggu, saya ambil subjek sehingga maximum credit hours, saya crampkan jadual saya sehabis habisnya, kerana saya nak cepat habis belajar. Saya buat kerja part time itu ini. Saya menyimpan di tabung haji. Sampai lah badan saya yang agak gempal beransur kurus. Suami masih sibuk bercinta, tapi tak apa. Misi terulung saya harus dilaksanakan.

-Fokus Pada Misi..

Dengan duit simpanan, saya keluarkan RM3800, saya beli kereta kancil 2nd hand. Suami tanya kereta siapa, saya jawab sayalah. Dia tanya kenapa beli, saya cakap mudah ke kelas, abang tak nak hantarkan saya, saya pun letih naik bas, saya belilah. Dia mungkin rasa tercabar (sebab saya tak pernah buat keputusan sendri tanpa tanya dia) lalu menendang sikit tayar kereta saya sambil berkata “kancil je pun.. besi buruk atas highway”. Tak apa, saya senyum. Fokus pada misi…misi..misi…

Di tempat kerja, saya tanya ada tak yang nak sewakan bilik. Alhamdulillah, ada sorang staff baru, dia nak sewakan bilik tapi dia pelik, untuk siapa sebab saya dah berkahwin. Jadi saya jawab, kalau saya dan anak saya, cuma untuk sementara, boleh? Dia okay. Setiap malam, saya mengira bajet. Saya mencongak, menyusun masa depan. Badan semakin susut. Baju baju zaman bujang semua boleh pakai balik.

-Suami Kena Tahan Dengan Jais..

Akhirnya, November 2017, Amar berusia 5 tahun, saya dikejutkan berita suami kena tngkap jais. Saya masih senyum, keluarga suami sangat mempercayai bahawa dia dianiaya. Dan mereka menerima perempuan itu jika mahu berkahwin kerana perempuan itu seorang eksekutif yang bergaji besar. Ibu mertua siap berkata “Kena redha lah dimadukan. Orang suruh jaga suami, pulun nak sambung belajar.” Saya senyum. Fikirkan misi…misi…misi….

Disember 2017 mereka dikahwinkan. Saya waktu itu sibuk dengan persediaan final exam UiTM yang akan berlangsung Januari 2018. Selepas berkahwin baru, suami memang makin tak ambil tahu hal saya dan Amar. Tak apa, bila dia tak ada dirumah, saya senang menguruskan kerja part time dan Amar. Selesai peperiksaan akhir, suami ajak saya tinggal bersama dengan madu dirumah madu. Kerana dia dah tak mampu bayar sewa rumah yang diduduki saya waktu itu.

Saya menolak dengan baik dan dia kata ” kau pandai-pandai cari rumah lain, aku takkan bayar sewa rumah ni dah. Duit depo pun aku akan dapat bulan depan. barang-barang perabot aku nak pindahkan kat umah madu kau esok”. Saya hanya menjawab, “OK.”

-Dijatuhkan Talak 3..

Malam itu, saya kemas baju-baju dan barang keperluan yang penting untuk saya dan Amar. Dia tanya nak kemana hoi? Saya jawab, ke rumah sewa baru. Dia dengan mata terbeliak, berkata “kau keluar dari rumah ni malam ni, jatuh talak tiga” Saya dengan senyuman yang sangat bangga, mengambil barang-barang, Amar, dan kunci kereta. Saya terus ke rumah yang saya nak sewa bilik dengan rakan sekerja tu.

Selepas itu bertalu-talu whatsapp masuk handphone saya. Saya jawab dengan balasan ringkas, “Saya ambil semua yang saya beli dengan duit sendiri, jumpa di mahkamah.” Sebenarnya sepanjang dia sibuk bercinta, saya persiapkan diri untuk berdikari.

Saya beranikan diri memandu jauh. Saya tawakkal beli kereta 2nd hand( alhamdulillah kancil tu terbaik hahahahaha), dan lepas dia kahwin baru dan jarang balik tu, saya pindahkan sikit-sikit perabot dengan bantuan rakan pejabat. Hari ini, selesailah urusan mahkamah selepas dua bulan lebih talak tiga dijatuhkan di rumah itu.

Saya akhirnya seorang janda tapi saya janda yang sangat bahagia. Saya dah bersedia menjadi janda, physically and mentally. Financially too. Sekarang saya nak tumpu pada Amar, dan nak cari balik adik beradik dan kawan-kawan dulu yang saya tinggalkan untuk minta maaf atas kebongokkan saya. doakan saya ya.

-Anisah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *