ISU SEMASA

Masa Tengah Nak Meneran Dekat Bilik Bersalin Wanita Ini Tiba Tiba Nangis Dan Bisik Dekat Dokter Yg Dia Dah Jadi Janda. Suami Tinggalkan Dia Lepastu Holiday Dgn Gadis Lain Masa Dia Tengah Bersalin. Rupanya Ini Punca Suami Dia Buat Macam Tu.

Salam kepada semua pembaca..

Saya mohon baca confession ni dengan penuh kesabaran sebab cerita ni panjang sangat sebenarnya tapi saya ringkaskan (walau sebenarnya panjang jugak) Saya berkahwin pada tahun 2014. Suami saya yatim piatu. Last year saya disahkan mengandung masa tu saya baru kerja kat public listed company.

Diawal kehamilan suami selalu usap perut saya dan pesan kat baby, “make sure papa ada, baru keluar taw”. Pendekkan cite, saya turun cairan merah n doktor nasihatkan untuk bedrest sebab takut keguguran. Setelah berbincang dengan suami, saya berhenti kerja demi anak kami, suami suruh saya balik kampung sebab dia tak sempat nk hantar lunch everyday (doktor xbagi drive,masak). Masa tu kandungan 4bulan.

Dipendekkan cite masa kandungan 6 bulan saya ke KL ingat nak stay dengan suami smpai beranak tapi suami suruh saya balik sebab dia outstation. Instinct isteri tak pernah salah. Saya dapat rasa ada something wrong.

One day, saya jumpa bukti dia memang ada perempuan lain. Dia contact dengan perempuan tu melalui emel masa saya kat KL dengan kandungan 6 bulan. So dalam email tu sume tarikh yang dia pegi outstation sebenarnya dia pegi holiday dengan perempuan tu. Siap dengan panggilan future wife. Excited rindu nk jumpa.

Bayangkan perasaan saya masa tu mengandung 7 bulan and baca sendiri suami bermesra siap bawa pegi holiday. Sedangkan saya isterinya 3 tahun, susah senang bersama, tak pernah dia bawa kemana-mana sebab sebelum ni gaji saya lagi tinggi dari dia, saya yang bayarkan kereta dia, belikan motor untuk dia, bayarkan deposit rumah sewa semua. Betul sesetengah orang cakap, bila dah berkahwin, perempuan boleh redha dengan any situation, tapi bila melibatkan perempuan lain, hancur hati tu Allah je tahu.

Dah kantoi tu, saya emel perempuan tu cakap benda sebenar. Betina tu cakap dia xtahu tu suami orang, kalau dia tahu, dia sendiri angkat kaki. Dah kantoi tu, suami saya balik jumpa saya minta maaf and dia ckp, ‘Kalau saya keluar dengan H lagi, jatuh talak awak’.

Masa ni kandungan 8 bulan.Every weekend suami cakap nak pulang ke kelantan, saya tunggu tp tak pernah sampai. Ada je alasan kereta problem, hujan lebat sangat, demam, dan lain-lain. Everyweek ada je alasan tak de duit, so everyweek saya bank in tapi end up tak balik pun.

Duit yang sepatutnya saya guna untuk anak saya, saya korbankan asalkan saya dapat jumpa suami saya. Malangnya duit tu suami gunakan untuk betina tu. Masa berlalu dan due date saya tinggal lagi seminggu, banyak benda pelik yang jadi tapi saya cuba tutup mata dan anggap tu perasaan saya sebab hamil.

Tp اَللّهُ tak zalim. Ikhlas saya cakap, saya tak makan, tak tido dan hanya minum segelas susu je sehari sebab terlalu banyak makan hati menunggu suami. Saat orang lain mengandung, dibelai macam puteri, tapi saya, usahkan nak makan benda mengidam, nak tengok suami yang dirindui, nak dengar suara suami pn tinggal impian. Masa tu saya mintak dengan اَللّهُ satu je, izinkan saya peluk suami sebelum saya bersalin.

Saya tak contact family dia sebab suami cakap family dia tak suka saya dan banyak burukkan saya (sebenarnya dia dah plan sume ni sebab tak nak bagi kantoi). Tapi takdir Allah, 3 hari sebelum saya bersalin, kantoi segalanya. اَللّهُ buka pintu hati saya contact anak saudara belah dia. Maka terbongkarlah segalanya, seminggu lepas dia bertaklik yang akan jatuh talak sekiranya dia jumpa dgn betina tu, suami bawa betina tu balik kelantan jumpa family dia.

Dia cakap nak kawin. Dia cakap saya hamil anak orang lain,kuat main laki sebab tu dia nak kawin lain tapi at the same time suami duk contact saya macam takde pape yang jadi. Kalau dia senyap 3-4 jam, alasan dia g surau/masjid sebab dah insaf dengan ape jadi yang kantoi haritu, so, nk dekatkan diri dengan اَللّهُ.

Takdir اَللّهُ, lepas saya sekeluarga berjumpa family suami, n dengar segala fitnah dia taburkan dekat saya, malam tu suami balik kelantan, dia cakap kat family dia, dia balik nak rujuk dengan saya. Ktorg jumpa kat kedai makan masa tu.

Tu last dia suapkan sy, And Thank you اَللّهُ sbb saya boleh peluk dia sebagaimna yang saya minta. Sy tahu hati dia dah tak sayang saya. Cara pandang saya pun saya tahu,dia bukan suami saya yang saya kenal selama 3 tahun. Dia tak lafazkan pun nak rujuk.

Terlalu sakit hati, balik tu saya tidur dgn air mata tapi saya senyum sebab finally, lepas 2 bulan sy boleh tgk suami saya depan saya, saya boleh peluk dia,tq اَللّهُ. Pagi keesokkan nya saya keluar cairan merah tanda dah nak beranak. Ya اَللّهُ, anak saya dengar pesanan ayah dia. Dia tunggu ayah dia untuk keluar.

Family bawa saya ke hospital, saya masuk labour room suami datang, saya pujuk untuk rujuk time tu jugak. Dia cakap tak payah fikir, beranak dulu. Allahu, dalam hati kepala sy masa tu bukanlah anak tapi bertukarnya status dari isteri kepada janda.

Benda tu lagi sakit dari sakit bersalin. Suami duk main fon je masa dalam labour room. Alhamdulillah anak saya dilahirkan dengan mudah, kejap je dalam labouroom,”Doktor, saya dah janda” tu perkataan first yang keluar dari mulut saya berserta air mata. Esok nya terus discharge.

Tapi lepas 5 hari kat rumah, ada daging keluar rupanya uri tak habis and saya kena admit balik. Saya call nak inform saya kena masuk wad,tapi dia tak angkat tapi family dia call dia cakap, dia dengan perempuan tu. Suami contact saya macam biasa, panggil saya sayang tapi dia tak balik pun tengok saya. Yes saya tahu cara dia mmg tak sayangkan saya. Lepas beranak, saya pernah tak layan dia, dia ugut nk bahayakan diri.

Lps tu hari cukur jambul anak. Dia balik,dia datang dan sebelum balik tu dia dah promise dengan ayah saya nk rujuk nak duduk elok-elok n janji nak jaga saya macam dulu. Dan dia bersumpah demi Allah dah takde betina tu. Saya ingat dia betul-betul berubah,tapi bila sy check bag dia, saya jumpa dia ada fon lain yang still contact dgn betina tu n pada hari majlis anak tu, dia cakap kt betina tu yang dia dh lama lepaskan saya and takde pape dgn saya. Ya اَللّهُ, ape kau nak sebenarnya? Kau pujuk rayu tapi sebenarnya kau still ada setan tu.

Saya contact betina tu dia jwb simple “Padan muka xpndai jaga suami.” Sy halau suami masa tu jgk, and lepas tu sy contact sume orang yang rapat dengan suami masa tu. Astagfirullahalazim, ada orang emelkan video suami dengan betina tu duduk berasmara, siap gmbar tak berbaju. Masa tu saya dalam pantang 22 hari, saya terus g court. اَللّهُ je tahu perasaan masa tu. Tarikh masa tu bulan 5.

Sebelum ni, failkan atas sebab taklik lisan so susah nak menang. Now saya tuntut fasakh dia tak pedulikan saya dan anak. Dia berlakon tak habis2 konon dah takde hubungn tapi dia tak pedulikan pun saya dan anak. Nafkah dia bagi Rm100 je tu pn kadang2. Dia tak datang court tapi everyday contact saya walaupn saya block, dia akan email saya berlakon like nothing happen. Ape dia nak sbnrnya?

Doakan urusan court saya cepat selesai dan terus kuat. اَللّهُ je thu perasaan besarkan anak sorang-sorang, naik turun court dari mengandung sampai sekarang anak dah 5 bulan. Sebenarnya saya sangat heran ape dia nak sebab cara dia macam taknak tapi dia keep contact sy everyday duk panggil syg2 macam takde ape yang jadi sedangkan saya tahu semua yang dia buat belakang saya, until today. N yes dia tak datang court. Dia tak kawin pun dgn betina tu. Tapi dia still berhubung siap buat suprise lagi masa birthday betina tu. Anak kat kampung tak peduli.

Jujur saya cakap, saya sayang suami saya dan mengharapkan dia berubah walau ape yang dia dah buat adalah sangat-sangat melampau. Tapi, yes, mulut dia cakap dia dah berubah dan takde dah perempuan tu. But yup, action speak louder than word.

And kita pernah sebantal untuk 3 tahun dah cukup lama untuk saya cakap, saya kenal awak yang sayang sy macam mana. Dulu kita tak pernah gaduh teruk, sumua benda kita bincang elok, tapi lepas kenal betina ni,awak berubah. Dalam sekelip mata disebabkan perempuan yang awk knl melalui tinder,(Jan 2017) awak sanggup abaikan isteri dan anak yang awak excited dulu.

Saya doakan awak cepat kawin, hentikan benda tak senonoh. Its ok, saya terima, saya dan anak tak mampu bahagiakan awak. Tapi awak berbahagialah dengan cara yang halal dan berhentilah menyeksa hidup saya, tolong datang court lepaskan saya dengan elok. Awak mintak saya dengan family saya cara elok, so lepaskan saya dengan cara elok.

Dear H, Thanks for everything you’ve done to me and my baby!!! Now I am husbandless and my baby is fatherless. May Allah give you the best rewards for what you’ve done!Anak saya tak sempat kenal ayah dia sebab awak. TQ taw

Nak mintak pendapat, if korang kat tempat saya ape korang akan buat? Ikhlas saya cakap saya dah sangat penat dengan drama ni. Suami duk menyedap kat sana dan saya digantung tak bertali membesarkan anak yang baru lahir sorang-sorang. Btw, just fyi, anak saya keluar sebijik muka suami saya. Doakan saya terus kuat n dipermudahkan urusan.saya dah penat.-Penmerahpress

Oleh: Amy IIUMC

Baru Je Kahwin Tujuh Bulan Tapi Pelik Bini Akan Bersalin Dalam Masa Terdekat. Suami Terkejut Dan Terkedu. Akhirnya Terbongkar Sebenarnya Ini Yang Bini Dia Buat Belakang Dia.

Bila orang tengok isteri aku ini baik, bertudung labuh seperti ustazah tetapi, belum sampai 7 bulan berkahwin, dah beranak. Senang cakap, aku ini menjadi pak sanggup. Aku tinggalkan dia selama 3 hari untuk beri ruang diri aku berfikir.

Tudung besar dia hanya untuk berlakon sahaja. Demi ibunya, aku terima dia seadanya. Aku tak nak tahu kisah dia sebelum kahwin. Walaupun bayi itu bukan dari benih aku, tetapi aku anggap macam anak aku sendiri. Aku jaga dan besarkan dia sebab dia tidak bersalah. Dan aku tak pernah sesekali bertanya pada isteri, siapa lelaki itu dan mengapa dia memilih aku menjadi pak sanggup.

Selepas isteri bersalin, kami berpindah. Bermulalah kucar kacir kehidupan aku. Dia surirumah, tetapi: Rumah macam tongkang pecah. Kalau tidur depan TV, tilam itu kalau aku tak angkat, memang di situlah selama seminggu.

Satu bilik penuh dengan baju yang tak berlipat. Tak nak memasak. Kuat cemburu. Aku pergi kerja pun dia tak bagi guna perfume dan tak bagi aku sterika baju. Maka terpaksalah pergi keja dengan baju comot.Tak nak sembahyang. Keluar rumah tak nak tutup aurat.

Apa yang paling buat aku malu ialah bilamana jiran-jiran menegur suruh aku menasihatkan isteri sebab mereka malu tengok. Sudah puas aku berikan nasihat tetapi tak jalan. Selepas dua tahun, rezeki aku lebih. Sebelum pergi kerja, aku kemas rumah, basuh baju, sidai baju. 100% rumah aku kemas. Makan, hari-hari beli di luar. Settle satu masalah.

Hari-hari kami brbalah sebab sikap cemburunya. Dia tak izinkan aku pergi ke rumah mak sebab cemburu dengan bekas kekasih aku. Padahal, aku bercakap dengan bekas kekasih pun tidak sebab dia dah kahwin dan menetap di negeri lain. Terpaksa pergi rumah mak secara diam-diam sebab tak nak brbalah dengan isteri.

Dah slowtalk baik-baik suruh ubah pakaian, tutup aurat, tak jalan juga. Dah marah pun sama juga. Opss.. sebelum terlupa aku buat bisnes dapat sub kontrak. Bulan tu aku dapat keuntungan lebih Aku bagi isteri RM3,000, suka hatilah dia nak beli apa. Aku tak kisah. Aku belikan mak aku gelang emas harga RM2,000. Masa nak beri pada mak, isteri ada temankan sekali. Mak bukan main gembira suka tengok hadiah itu.

“Kau belikan mak gelang, untuk isteri ada beli sekali tak?” tanya mak. Belum sempat aku jawab, isteri dah buka mulut. “Isteri dia tak penting, mak lagi penting. Kalau dia dah beli mak gelang, habislah duit. Bila habis duit, saya tak dapatlah beli barang kemas,” katanya menyebabkan wajah mak terus berubah.

Mak letak balik gelang itu ditangan aku dan suruh berikan pada isteri. “Mak dah tua, untuk apa mak pakai emas? Tak ada sesiapa pun nak pandang mak,” kata mak sambil senyum tetapi air mata mak dah bertakung.

Tak cukup ke RM3,000 yang aku beri? Gelang RM2,000 saja. Sedih hati aku bila tengok wajah mak. Rumah pun aku tak kemas lagi. Aku dah mampu upah orang. 4 kali seminggu datang kemas. Selepas setahun berlalu, isteri kantoi ada jantan lain. Isteri beri alasan yang mereka hanya berkawan saja, tidak lebih dari itu. Kawan dia boleh makan suap-suap tangan. Jantan itu sebenarnya adalah bekas teman lelaki yang membuatkan dia bunting dulu.

4 bulan lepas, kami brbalah dan dia keluar dari rumah, duduk dengan teman lelaki dia. Anak-anak dia tak nak jaga, semuanya diserahkan kepada aku termasuklah anak aku yang sulung itu. Kini kami dalam proses berpisah. Aku tak tahu dimana silapnya aku sebagai suami. Semua kemahuan dia aku dah turutkan.

Tetapi aku gagal mendidik dia menjadi isteri yang solehah. Ternyata aku ini hanya tempat persinggahan dia sewaktu dia dalam keadaan sesak. Mungkin dia akan lebih bahagia bersama teman lelakinya yang juga merupakan suami orang. Aku tanya, apa silap aku, kekurangan aku sebagai suami? Duduk rumah cuma jaga anak sahaja. Yang lain semua aku upah orang buatkan.

Duit belanja kereta dia pun aku bagi. Kalau bab batin, seminggu 3 kali aku bagi. Dia nak kebebasan, nak lepak sampai tengah malam dengan kawan-kawan. Dia bosan duduk rumah sebab aku suruh solat, suruh tutup aurat. Aku dah buat sehabis baik, aku dah jalankan tanggungjawab sebagai suami.

Jika kebebasan yang dia mahukan, daripada aku terus menambah dosa, lebih baik kami berpisah. Bekas kekasih aku kini berstatus ibu tunggal. Kemtian suami. Mak suruh aku kahwin dengan dia tetapi aku tolak sebab serik dan tak nak perkara lama berulang. Sekarang aku fikir nak besarkan tiga orang anak aku.

Aku jarang online, banyak krbankan masa dengan kawan-kawan semata-mata untuk dia. Balik kerja jam 5 terus duduk di rumah tak keluar. Aku terima ketentuan Allah. Aku bukan nak mengaibkan bekas isteri sebab korang pun tak kenal aku. Aku nak luahkan perasaan, nak legakan hati. Kepada yang nak kata ini cerita rekaan, terpulanglah.

Bini Mintak Hantaran Sampai 15k. Tapi Mengejutkan Kerja Rumah Semua Tak Pandai Buat. Satu Hari Suami Lakukan Ini Pada Bini. Suami Sendiri Terkejut Dengan Apa Yg Diri Dia Cuba Lakukan Pada Bini Sendiri.

Assalamualaikum and thanks admin. Perkenalkan diri nama saya Zarul (Bukan Nama Sebenar). Lately zarul perasan hantaran jadi hot topic. Let me share my experience. Zarul dah kahwin almost 5 years. Kahwin dengan pilihan hati yang juga bekas graduan tempat sama dan sama-sama suka.

Jadi lepas grad dapat kerja tetap terus kawin. Wife zarul ni memang cantik dan sejuk mata memandang. korang tahu berapa hantaran kahwin zarul dengan isteri ? RM15K serba satu. Mak ai senak pancrease zarul mula-mula bila fikir mana nak cekau RM15K nak buat hantaran. Tu baru hantaran, belum lagi duit-duit lain nak dirikan masjid ni. Siang malam zarul kerja, buat 2, 3 kerja juga masa nak kawin tu. Siang zarul keje dekat ofis, gaji masa tu tak jejak RM2,500. Nak bayar duit rumah, duit kereta, nafkah ibu ayah, duit belanja sekolah adik-adik lagi.

Zarul anak sulung, bawah adik-adik masih belajar. Seorang masa tu tengah buat degree, lagi 3 adik sekolah menengah. Fahamkan sebagai zarul sulung, besar oi tanggungjawab zarul. Ayah ibu pon dah tua, walaupun diorang tak minta duit, tapi sebagai anak lelaki sulung, itu tanggungjawab.

Malam zarul tolong member jual burger dekat area rumah sewa. selain tu ada juga buat business online, nak buat side income. Penat jangan cakap la, Allah je yang tahu. Tapi fikir balik, tangungjawab tu. So dari situ dapat la juga kumpul duit buat kahwin.

Hampir setahun lebih, zarul dan isteri selamat diijab kabulkan. Happy dia, hanya orang yang dah kawin je faham. So kami jalani hidup sebagai suami isteri macam biasa. Duduk rumah sendiri, yang zarul beli masa bujang, walaupun tak habis bayar lagi. Kira wife zarul ni cuci kaki je masuk rumah. Zarul taknak duduk rumah dengan parents, taknak timbul masalah. Almaklumlah baru-baru kawin ni kan.

Bila dah duduk serumah, baru lah tahu isteri zarul ni, satu keje rumah apa pon dia tak reti buat. Maklum lah dia anak orang berada. Semua bibik sediakan. Aduh! Bayar RM15k satu kerja pon tak tahu. Balik kerja, tengok rumah macam kapal karam, pinggan penuh singki.

Masak jangan cakap lah. Memang tak la kan. Zarul sedih lah, suami mana yang tak sedih, kau kerja bukan main penat siang malam nak kumpul duit kahwin mahal-mahal, tapi dapat wife satu benda pon tak pandai buat. Zarul balik kampung mengadu kat ibu, tapi zarul yang kena tarbiah balik. Sebab kan sayang wife zarul tu, so zarul ambik inisiatif untuk ajar isteri zarul tu kerja-kerja rumah. Zarul dulu sekolah asrama penuh. So siapa yang sekolah asrama tu faham macam mana kemas nya kami orang ni. Haha.

First step, zarul ajak sama-sama wife zarul ni kemas rumah.Ajak taw bukan suruh. So kat sini, wife zarul tu takla rasa macam hamba kan. Lagi pon kerja rumah ni semua sebenarnya tugas suami, bukan isteri! Lama-kelamaan isteri zarul pandai la berkemas. Bersih cantik sikit rumah. Sejuk mata memandang balik kerja.

Bab masak? Setiap hujung minggu zarul dan wife cuti. So kat sini zarul ajak wife zarul masak. Dari sesimple lauk sampai lah yang pada dia payah. Zarul gigih pasang wifi kat rumah, so biar isteri zarul ni boleh google jer ape yang dia nak masak.

Mula-mula masak memang lah, hangus lah, masin kedaung lah. Tapi lama-lama pergh..! Kalah master chef. So kat sini, bukan alasan tak pandai masak. Tapi rajin or tak Semua ada kat internet tu. Google jer la. Kat sini zarul nak pesan kepada suami-suami, bakal suami, kita ni sebagai pembimbing keluarga bukan setakat ketua keluarga. Isteri itu amanah dan anugerah yang paling bernilai. Kalau isteri tak tahu, ajar bukan kau herdik, kaki tangan naik. Dan jangan sesekali rasa menyesal dengan perkahwinan korang, sebab setiap yang berlaku tu telah ditulis dan terselindung berjuta hikmah dari-nya.

Lagi satu, jangan bising kalau duit hantaran mahal lah, tak macam zaman mak, nenek korang. Hello..! Ni dah tahun apa dan kau kene lah selari dengan zaman sekarang. Ingat kerja rumah semua tu tanggungjawab suami, isteri hanya perlu melayan suami sahaja. Jadi kalau wife korang tu tak reti buat kerja rumah sebenarnya bukan masalah. Tu kan kerja korang. Bukan kerja isteri.

Hargai lah isteri korang. Mungkin ada yang kurang mana-mana, manusia takda yang sempurna. Sebab tu kahwin tu untuk saling melengkapi. Btw, sekarang dah masuk 5 tahun usia perkahwinan kami, dan semakin bahagia. Sekarang zarul tengah tunggu kelahiran anak sulung kami. Doakan kebahagian kami berkekelan. Next time zarul akan share lagi nasihat untuk kebaikan bersama. okey!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber :ApamPinkMedia
�Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *