ISU SEMASA

Hairan Suami Selalu Sgt Tk Tido Mlm. Rupanya Suami Selalu Chat Dgn Janda Sampai Tengah Malam. Bila Bini Tanya Suami Jwb Mcm Nih. Satu Mlm Ini Yg Terjadi.

Sepatutnya seorang wanita akan lebih memahami perasaan kaumnya sendiri, namun lain pula yang terjadi kepada seorang wanita malang ini.
Cubalah memahami perasaan sesama kaum sendiri, hukum karma itu pasti akan berpatah balik kepada kita andai kata kita menyakiti insan lain satu hari nanti pasti ianya terjadi semula pada kita dan kalau tak kena pada kita balik pun nanti mana tahu ahli keluarga kita sendiri yang terkena balik.

Ikuti kisah seorang janda yang mempunyai dua orang anak yang baru sahaja ingin memulakan hidup baru, berkahwin dengan seorang duda pada beberapa bulan yang lalu dan rumah tangga mereka amat bahagia.
Namun sejak seminggu yang lalu seorang kawan lama suami saya yang telah beberapa lama terpisah bertemu kembali melalui laman media sosial facebook, kawan lamanya itu merupakan seorang janda beranak satu dan bermula dari pertemuan tersebut mereka selalu berchating melalui whatsapp.

Suami saya sampai tak tidur malam melayan janda itu, mereka berchating sampai pukul 4 pagi tapi bila saya tanya mulalah suami saya itu akan backup perempuan itu cakap itu cuma kawan lamanya sahaja, sampaikan kami bergaduh sebab perempuan tersebut, sekarang ini hidup kami dah tak sebahagia seperti dulu.

Pada suatu malam selepas habis sahaja dia orang chating terus saya bangun untuk baca whatsapp suami saya bersama janda tersebut, Ya Allah alangkah terkejutnya saya yang perempuan itu mengajak suami saya berjumpa dan dia berkata lagi “nasib baik awak laki orang kalau tak dah lama saya rangkul, saya dah tak tahan saya selalu buat benda tu sorang-sorang, saya perlukan teman”.

“Ya Allah, sungguh tk malu engkau ye perempuan dan saya tengok berlambak perempuan itu send gambar tak senonoh dekat telefon suami saya pada hal dia tahu yang dia mesej itu suami orang, semalam pula pagi-pagi dah mesej suami saya, “awak tolong kahwin dengan saya, kita kahwin rahsia, lepas ini awak delete mesej ini tahu,” dia tak tahu saya yang baca mesej itu kerana suami saya tengah mandi.

Alangkah terkejutnya saya, masa itu badan saya dah menggeletar dan saya rasa seperti kaki ini tidak berpijak di bumi, rasa nak marah rasa sedih semua ada, air mata saya mengalir tanpa saya sedar. Kita orang baru nak mengecapi hari-hari bahagia tapi datang pula si perampas ini, sakitnya tak boleh nak cakap, sakit yang ini lagi sakit dari sakit nak melahirkan anak, saya sampai tak selera nak makan nak tidur pun tak boleh asyik teringatkan setiap kata-kata perempuan sial itu.

Mengapa kau datang ketika kami baru sahaja nak kecapi bahagia???? Kau pun perempuan tapi takkan kau tak rasa perasaan aku??? Sanggup kau nak rampas dia dari aku, sekarang ini air mata saja yang menjadi peneman saya siang dan malam, sedih sangat-sangat bila orang yang kita sayang dah mula sayang orang lain, saya dah tak tahu nak mengadu kat siapa.

Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya sekarang ini. Sedih sangat, hanya perempuan yang senasib dengan saya sahaja yang akan memahami masalah ini. Hidup ini ada hukum karmanya sendiri, one day kena dekat anak cucu kau pula, suka-suka saja kau nak rosakkan hubungan kita orang, apa jantan lain dah pupus ke??

Kau memang tak ada hati perut. Buat abang, saya dah korbankan macam-macam untuk abang, saya penat tahu tak, apa lagi yang abang nak?? Makan minum abang saya dah jaga, pakaian abang saya jaga, rumah abang saya kemas, tak cukup lagi ke??? Apa kurangnya saya??? Dan apa lebihnya dia???

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Malam Tu Bini Dan Ank Tunggu Suami Balik. Sekali Bukak Je Pintu Nampak Suami Tengah Dukung Janda Yang Bini Kenal. Terkejut Bini Tengok Janda Tu. Akhirnya Ini Yang Terjadi.

Assalammualaikum ..Maaf jika posting aku panjang. Nama aku Nani (seharusnya bukan nama sebenar). Sejujurnya, kisah hidup aku ni mungkin kisah biasa yang ada kat page alam perkahwinan yang ada kat mukabumi Malaysia. Cumanya aku harap post aku ni mampu membuang segala-gala kenangan hitam yang susah sangat nak dipadam dalam memori hidup aku selepas ni.

Aku kenal dengan Firdi dari zaman belajar lagi. Dia bukanlah kategori kacak tapi manis tu ada dan paling penting sifat ramah dia tu buat ramai orang selesa dengan dia. Aku selesa dengan family dia, mak dia memang best sporting. Setelah 5 tahun kenal akhirnya kami memilih untuk berkahwin. Masa awal perkahwinan, aku dan Firdi duduk berjauhan (pjj). Kat sini la bermula segala kisah kesenglikuhan yang disimpan kemas si Firdi yang aku tak tahu. Dia simpan kemas dan baru sebulan kahwin dah pon kantoi.

Naluri isteri jangan buat main ye.. Jaranglah sangkaan meleset kan, hehe. Hubungan dia dengan perempuan yg sama tempat kerja aku dapat hidu. Tapi tu lah jenis aku ni bukan bangsa suka menyerbu semua pihak. Aku perhati je. Kumpul semua maklumat sendiri tanpa bocorkan pada mana2 pihak famili.

Yelah, rumah tangga kita, kene la jaga sendiri. Kalau boleh settle sendiri tak perlu libatkan mak ayah. Sampailah satu hari aku ke sana (tempat Firdi tinggal dan kerja), aku slow talk dengan dia. Keluarkan semua bukti yang aku dah peram lama dan akhirnya dia mengaku sampai menangis keluar air mata jantan berjurai-jurai pasal takut kantoi dengan mak dia… erkkkk…. (bongoknya aku time tu). Dia mengaku pernah ada affair dengan this girl tapi putus dah.

padanlah, baru nikah sebulan asyik cakap nak kahwin lagi okey. Fullstop! Dia tanya aku, kalau terjadi lagi benda macam ni, aku maafkan dia tak? Aku dengan lurus dan yakinnya cakap ni peluang terakhir sebab rasa sangat confident yang dia tak akan ulang benda sama selepas melalak macam mak esah nak kena ketuk kepala.

Tapi aku silap menilai, selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak Allah uji kerukunan rumahtangga kami. Kali ni amat dasyat dan paling dahsyat dalam sejarah hidup aku. Aku dijandakan demi menghalalkan janda lain.

Owhhh, indah bukan hehe… Sangat tak sangka, aku anggap Nora macam adik aku sendiri. Bantu dia dalam bisnes tapi aku ditipu bertubi-tubi oleh dua insan ni. Oh ye, masa awal kahwin kitaorang memang struggle. Sampailah dah hampir complete punya segala bisnes, kerjaya, kenderaan, rumah dan anak setelah beberapa tahun kahwin baru dikurniakan anak. Finally Allah tarik segala-galanya apa yang kami dah ada macam tu aje.

Wahai pembaca, besar taw efek kesenglihan dan perpisahan ni. Mungkin Nora tertarik dengan segala yang dimiliki Firdi. Tapi dia mungkin juga tak perasan sebalik kejayaan Firdi ada aku kat belakang tu. Sampai hampir separuh gaji aku terhumban pada hutang-hutang jangka panjang demi nak bina kehidupan yang lebih baik.

Aku tak lupa ayat Nora pada aku “tak pandai jaga laki” katanya. Depan aku,dua-dua buat macam takda apa terjadi.Berlagak macam kawan bisnes aja,tapi rupanya ada hubungan lain. Firdi dah start balik rumah lewat pagi hari-hari.

Aku kat rumah dengan anak dibiar macam tu aja. Pandailah nak makan apa nak pergi mana. Sebab dia banyak urusan bisnes katanya. Setiap hari aku tak boleh tidur sebab tunggu sang suami balik. Sampai tahap aku boleh basuh baju pagi-pagi buta bagi isi masa lapang tunggu laki balik. Bongoknya masa nih. Lama-lama hampir dua bulan perkara ni terus berlaku dan dia terus tak selera nak sentuh aku.

Pernah satu hari tu aku mintak hak aku sebagai isteri untuk dilayan, dia janji dia nak balik rumah malam tu. Tapi dia tak balik. Aku dengan harapan tinggi tunggu dia dari malam membawa ke subuh pon tak balik dan akhirnya dekat tengahari baru muncul.

Memang dia layan aku tapi lepas tu dia cakap macam ni “puas dah nak sangat kan” muka dia memang tak happy langsung. Masa tu aku rasa aku macam seorang perempuan murahan paling murahan dalam dunia nih. Itulah lah trauma yang aku tak dapat nak hilangkan sampai sekarang. Sejak itu dia terus tak berminat nak sentuh si halal nih.

Setelah berbulan aku tanggung derita ni tanpa sesiapa pon tahu. Aku hanya luah atas sejadah dan peluk erat anak aku yang waktu tu baru umur setahun lebih. Tiap kali aku menangis, dia datang tepuk bahu aku. Anak aku kekuatan aku. Cerita aku bukan saja diselingkuhi tapi turut terkena buatan dari Nora. Aku skit,mungkin juga efek dari stress lagi mudah aku jatuh skit.

Lepas asar aku jadi makin murung. Takut nak keluar rumah. Muka aku memang dah tiada seri langsung. Muka hampir senget sebelah. Aku dah macam mak esah. Anak aku selalu jadi sasaran marah aku. Aku menyesal sangat-sangat pada anak aku. Tapi apakan daya aku lemah yang amat. Mujur keluarga dan kawan-kawan banyak bagi sokongan.

Masa ni aku dah bagitahu famili selepas dia kantoi bawak balik Nora tidur rumah kami hanya mereka berdua dalam tu depan mata aku dan anak. Dapat bayangkan hancur ntah tahap ke berapa dah hati aku lagi dan lagi. Tak lama tu dia ajak aku berpisah. Aku cakap bagi aku masa sebulan baiki keadaan.. Dia setuju. Teruskan kata dia. Dalam tempoh sebulan lagi kuat dia tak balik rumah dan aku amik ruang yang ada tu untuk ubat diri aku yang ‘skit’.

Duit habis untuk berubat. Alhamdulillah aku makin pulih dan makin kuat untuk anak aku… perempuan sekali kalau dia dah move on, habis lah kau wahai kaum adam. Sampai tahap aku dah bosan, pujuk nak berdamai makin mengada-ngada tak nak balik. Jadi aku ambil keputusan undur diri demi kebaikan dan kebebasan yang Firdi mahukan.

Segar diingatan aku kata-kata dia ni hingga aku terpaksa bawa diri dan taknak terhegeh-hegeh lagi. “Dari dulu lagi rasa cinta pada aku hanya lah on off semata.” “Dah lama nak lepaskan aku masa bertahun tak ada zuriat tapi tak jadi bila taw aku dah mengandungkan anak dia. (Padan macam tak happy bila aku cakap aku pregnant).

Nak mulakan hidup dia dari zero semula (lawak sejenis apakah ini). Akhirnya kami berpisah dan Allah sangat permudahkan segala urusan perpisahan secara baik kami walaupon dalam tempoh eddah dia macam orang meroyan.

Ucapan pertama selepas berpisah yang aku terima dari salah insan yang sangat rapat dengan aku dulu “tahniah apa yang dihajati tercapai”… aku???… hajat aku???… Remuk lagi hati aku ntah berapa ratus kali. Dalam tempoh eddah aku perhatikan juga perangai dia, tapi walaupon cara dia macam orang meroyan tapi dia hanya berani pujuk aku dalam phone sahaja.

Tak berani datang jumpa famili. Di saat itu aku yakin sangat memang cukup sampai sini jodoh aku. Aku memang tak mampu jadi isteri yang terbaik buat Firdi. Aku tak mampu bahagiakan hati dia. Selama ini aku redha siapa pon Firdi, segala kekurangan Firdi tapi tidak pada Firdi.

Aku memilih berlalu sepi dengan syarat tolong lepaskan anak bersama aku. Dia kekuatan disaat aku lemah, kalau tak fikirkan aku ada anak,mungkin aku rela terlantar sakit perlahan-lahan pergi buat selamanya tinggalkan dunia yang fana ni. Tapi Allah lah sebaik-baik perancang. Setelah beberapa tahun berpisah Dia temukan aku dengan lelaki berhati mulia walaupun sikap jauh beza dengan yang lama.

Segalanya-galanya memang berbeza sangat. Mungkin Allah mahu aku lupakan segala kenangan lalu tanpa ada sedikit persamaan walaupon pada mula aku kekok. Tapi demi anak yang kurangnya kasih seorang bapa, aku belajar untuk terima kehadiran teman baru dan ya, aku perlukan teman untuk buang segala lara aku yang lalu.

Jadi ibu tunggal bukan lah perkara yang menyeronokkan untuk aku. Tapi aku tak boleh cerita dalam ni. Memang lelah korang nak baca. Maybe next confession (kalau ada yang berminat nak taw lah..perasan aih). Pengajarannya, Kawan-kawan, hidup nih jangan terlalu bermegah dan menunjuk segala yang kita ada. Tak semua orang suka lihat kejayaan kita. Jadi, tak usahlah tunjuk. Cukup kau dan orang terdekat kau saja yang tahu. Manusia jahat dimana-mana. Kadang paling rapat tu la paling jahat dengan kita kan. Jadi,hati-hatilah. Sekali Allah nak tarik nikmat, Dia memang tak bagi signal. Terduduk terus kau masa tu.

Itulah yang pernah jadi pada aku. Jangan pernah percayakan orang luar sampai tahap anggap dia macam famili kau.. no!! orang luar tetap orang luar & tak wujud pun sahabat baik dari lain jantina. Tu bukan sahabat. Tu boleh jadi nafsu serakah kelak.

Last, doakan aku dapat melupakan segala kedukaan tanpa simpan dendam pada sesiapa yang pernah aniaya aku (Nora & Firdi). Doakan juga kebahagian aku dengan famili baru kami.. Thanks, sudi baca sampai habis. Sekian!!

– Nanie

Nsib aku tak buat apa apa kat jnda tu,da sedap msuk rumah aku,sekrang dia nk rmah aku jd milik dia,sorry..

Assalammualaikum.. firstly, alhamdulillah dan terima kasih pada admin sebab sudi siarkan confession aku yang lepas. Bagi tak nak kecewakan korang, aku sambung kisah kehidupan Nanie, Firdi dan Nora selepas kami berpisah hingga detik ini yang takdelah best mane pon hehehe… Apa dah jadi dengan aku selepas aku sah berpisah dengan Firdi.

Balik dari mahkamah syariah aku singgah rumah kami untuk ambil mana-mana barang yang aku rasa perlu bawa ke rumah mak ayah aku. Selangkah kaki aku masuk ke dalam rumah, air mata aku berjurai laju. Terlalu banyak kenangan suka duka aku dalam rumah tu. Betapa susahnya kami struggle nak beli rumah tu, membesarkan anak dari baby smpai usianya setahun lebih (masa tu) dan macam-macam lagi. Namun akhirnya rumah tu terpaksa di lepaskan (tuntutan harta sepencarian).

Kalau korang nak tahu, rumah tu atas nama kami berdua. Pesanan aku kalau boleh beli rumah pakailah nama single je. Jangan kongsi selagi boleh. Bila jadi macam aku, dah tersangat susah sebab sampai ke hari ini kes penjualan rumah aku masih tak settle. Nanti aku jelaskan kenapa. Firdi request nak sambung bayar rumah tu tanpa perlu aku tukar nama. Wahh!!!!.. selesalah hidup Nora, tinggal cuci kaki je.

Tapi aku taklah sebongok itu. Bersusah payah aku dapatkan rumah ni takkan semudah tu aku nak lepas macam tu je pada korang. Firdi yang minta nak mula dari bawah, so aku tuntut rumah tu sebagai harta sepencarian. Kalau betul nak rumah, usahalah sendiri. Bukan dengan guna nama aku.

Macam tu jugak dengan kereta, aku simpan kunci pendua, aku bawa balik kereta tu ke rumah mak ayah. Dia marah aku kenapa ambil kunci pendua. Sebab aku memang dah dapat agak, kalau aku tak ambil kunci pendua, memang confirm bila-bila masa dia boleh bawa lari kereta aku tu. Aku tinggalkan kenari lama pada dia untuk “keselesaan” bakal puan “Nora nanti.

Kereta baru aku yang bayar so aku guna untuk pengangkutan aku anak beranak. Bab kereta ni pon dia request benda sama juga. Minta aku beli kereta lain. Amboiiii!!!… Nampak tak betapa dia memang selesa sangat suruh aku buat hutang memanjang untuk kesenangan bersama-sama walaupun dah tak bersama. maaflah, kau yang cari susah so pandailah usaha sendiri nak majukan diri.

Firdi pula. Selepas berpisah ada beberapa orang kawan kerja dia bagitahu aku masa dari zaman dia buat hal lagi dia dah tak fokus pada kerja. Masuk kerja hanya untuk punch card lepas tu keluar hilang entah ke mana dengan Nora. Kadang-kadang siap bawa Nora sekali naik pejabat.

Oh ye, Firdi berjawatan juga ya. Sebab tu dia boleh buat apa yang dia rasa betul. Makin berpisah makin teruk kualiti kerja dan dia pilih untuk berhenti kerja tanpa fikir panjang apa efek yang bakal dihadapi. Personal loan dia bersepah plus hutang rumah lagi.

So ape efek dia, rumah kami masih tak boleh dijual hingga kini walaupun dah ada buyer sebab dia dah diisytihar bankrap. Yelah, nak bayar hutang macam mana kalau dah berhenti kerja dan semua hutang yang aku nyatakan tadi direct potong akaun gaji dia. Bila kes dah masuk insolvensi, urusan jual rumah semakin rumit dan sekarang aku hanya berusaha apa yang aku termampu serta serahkan pada yang maha kuasa.

Jika ada rezeki, adalah. Kalau takde, aku redha. Ada yang lebih baik mungkin. Firdi hanya mengharapkan hasil bisnes dia semata. Akaun bank pon dia tak boleh buat bila dah isytihar bankrap ni. Boleh bayang tak susahnya dia sekarang. Susah yang dia cipta dan cari sendiri.

Walaupun kami berpisah tapi hubungan kami masih baik sebab kami ada anak dan hingga hari ini dia masih tanggung penuh segala keperluan anak. Sikap tanggungjawab dia memang aku puji dan dia tak pernah culas. Tapi tulah, nak buat macam mana.

Disebabkan nafsu dan akal tak fikir jauh segala hidup dia yang dah diatas, habis macam tu je. Selepas berpisah, Firdi menetap sementara ke kampung Nora di tanah Borneo sana. Macam-macam bisnes diaorang buat tapi semuanya up and down. Abah aku pesan, walau apa yang jadi jangan doakan Firdi susah sebab efek dia pada anak.

Aku pegang pesanan abah dan aku akan jadi susah hati kalau tahu Firdi susah. Tak tahu lah kenapa haha.. Korang jangan pulak cakap maybe aku masih ada hati dengan dia lagi ya. Demi Allah, rasa sayang dan cinta aku pada Firdi memang dah terpadam habis selepas episod -episod jahat yang dia dah buat pada aku.

Mudah macam tu je ke?.. Nampak mudah tapi nak melupakan segala kesakitan dan kenangan hitam tu lah yang palih payah nak buat. Semuanya berlalu dengan masa. Masa di Borneo mereka masih belum bernikah ye so aku dapat simpulkan sebab tu juga apa bisnes yang mereka buat tak menjadi. Kadang ok, kadang tak ok. Kadang aku pulak jadi tempat luahan perasaan si Firdi ni. Banyak kali juga dia ucap kata-kata penyesalan atas apa yang terjadi dan dia memang kerap mintak maaf dengan aku.

Firdi mengaku segala kesalahan dan apa yang terjadi semua berpunca dari dia. Dia juga minta aku maafkan segala kesalahan Nora serta jangan kaitkan Nora dalam segala hal yang terjadi…. (Macam mana tu eh!!). Selepas setahun aku berkahwin, Firdi pula mengambil keputusan mengahwini Nora setelah hidup bagai laki bini sebelum ni. Nora dah mula bertudung litup dan aku harap hatinya juga bersih sama. Bukan luaran semata. Percaya tak, di saat kantoi di dalam rumah aku sikit pon tak cuit Nora. Aku hanya lempar beg dia sahaja. Tapi baru lempar beg Firdi dah panas hati.

Belum lagi aku pjak perut Nora betul-betul kikiki… Sampai ke hari ni, Nora sikit pun tak pernah mintak maaf pada aku. Takpelah, kemaafan tu biar aku dan Allah sahaja yang tahu bila saat perlu aku berikan pada Nora. Semoga apa yang pernah mereka buat pada aku tak terpalit pada keturunan dia akan datang.

Life aku pula, bila pernah pegang title “j” ni memang banyak sangat dugaannya. Pada permulaan memang rasa bebas tapi jujur dalam jiwa aku kosong. Aku dah puas enjoy zaman muda. Keluar dengan kawan-kawan dan sampai satu tahap aku kahwin. Bila kahwin dan rasa hidup dah sempurna akhirnya Allah uji lagi. Rumahtangga hancur dan kembali single tapi bersama anak.

Perasaan kembali bujang tu sangat lain. Aku sunyi. Walaupun aku cari hiburan di luar tapi kesunyian tetap ada. Bila terpandang anak saat dia tidur. Aku pasti menangis. Aku usap dan cium dahi anak bertubi-tubi. Peluk dia erat dan selalu minta maaf dengan dia sebab gagal pertahankan keluarga kecil kami yang dulunya bahagia. Holiday sana sini tiap kali cuti.

Aku cuba hidupkan percutian itu kembali dengan anak. Pernah aku pergi holiday dengan anak dan ibu aku. Luaran aku kuat. Nampak macam tiada apa-apa. Tapi aku tak kuat. Masuk bilik air hotel aku menangis semahu-mahunya. Sayu aku lihat anak tanpa bapa kandung disisi.

Saat hari raya menjelma, aku terperasan anak aku sedang perhatikan sepupunya bermain dengan ayah masing-masing. Anak aku hanya mampu tersenyum perhatikan famili bahagia itu. Walaupun dia masih kecil tapi aku boleh faham perasaan hibanya. Pandangan mata sayunya buat aku betul-betul terkesan.

Aku memang tiada perancangan untuk berkahwin lagi buat masa itu. Konon nak fokus pada anak. Tapi jiwa aku sangat tak kuat. Aku perlukan orang kanan untuk membimbing aku dan didik anak bersama. Macam-macam perangai lelaki yang aku kenal. Yang nak ambil kesempatan memang ramai. Tak boleh nak beli jiwa anak aku memang aku reject terus.

Kalau nak bukak cerita bab pilih pasangan ni, aku kene confess story baru. Sebab macam-macam perangai lelaki aku jumpa. Yang lawak, yang serius dan yang kelakar seram paling mengerikan hehe. Dalam doa memang aku tak putus minta pada Allah agar temukan aku dengan lelaki yang benar-benar boleh terima aku dan anak seadanya kami. Doa mak ayah serta rakan juga tak putus untuk kami berdua dan akhirnya Allah makbulkan. Dia temukan aku pada lelaki yang baik.

Tak kisah cerita silam aku. Yang pasti sayang anak aku seperti anak sendiri. Doakan ye kawan-kawan agar kasih sayang suami aku pada kami anak beranak berpanjangan dan tak kurang sampai syurga, InsyaaAllah. Anak aku dah dapat adik baru. Comel macam dia jugak hehehe..

Kehidupan keluarga baru aku sangat sederhana. Aku dah taknak tunjuk kemewahan macam dulu. Suami aku pon jenis low profile. Selagi boleh sorok, lagi dia nak sorok apa yang ada. Betul orang kata, pasangan kita adalah cerminan diri kita.

Beli rumah, memang aku dah taknak fikir. Kereta pon apa yang ada je. Bisnes? Dulu memang aku dengan Firdi kaki bisnes. Tapi sekarang semua barang-barang bisnes aku dah letgo pada kawan-kawan. Fokus aku pada famili dan kehidupan sahaja. Cukuplah. Cukup apa yang ada sekarang. Aku tenang begini.

TAMAT…

– Nanie

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Apam pink media
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *