Hiburan Viral

Mengejutkan Penyanyi Nih Semalam Dpt Tawaran Masok Gegar Vaganza 7. Tiba Tiba Hari Nih Kena Halau. Akhirnya Dia Tampil Ceritakan Apa Yg Berlaku.

PENYANYI yang pernah popular menerusi lagu Di Ombak Resah iaitu Ashira mengakui hilang punca pendapatan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu berikutan pandemik wabak Covid-19.

Menurut Ashira atau nama sebenarnya ‪Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 35, dia sudah mencuba pelbagai cara untuk menampung kehidupan bersama anak lelakinya namun semuanya tidak menjadi. ‬ Malah disebabkan tidak mampu membayar sewa rumah bulanan RM1,200 selama enam bulan, Ashira dihalau keluar sehari selepas mendapat berita terpilih menyertai Gegar Vaganza musim ketujuh. ‬ “Sejak PKP kehidupan saya tak berapa baik dan hilang punca pendapatan. Sebelum ini, saya menyanyi di sebuah kelab malam tapi sekarang kan tak dibenarkan buka sebab itu saya tak ada income.

Ashira menitis air mata ketika bercerita mengenai kehidupannya yang terjejas.

“Saya ada cuba pelbagai cara untuk survive dengan menjual laksa dan tolong kawan berniaga secara online tapi nampak gayanya semua tak menjadi dan saya cuba benda lain juga… buat live di Bigo. “Dapat la duit sikit untuk bayar bil elektrik dan air tapi masih tak lepas bayar sewa rumah. Setengah tahun juga saya tak mampu nak bayar. Kalau ada duit lebih pun saya boleh bayar dalam RM100 macam itu.

“Allah beri dugaan… sehari selepas dapat berita saya layak masuk GV7, saya diminta keluar dari rumah itu dan hari ini (Selasa) merupakan hari terakhir saya perlu serahkan kunci,” katanya kepada mStar. Ashira ditemui ketika sidang media memperkenalkan 14 peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh di Envi Skydining, Aras 36, Menara Ta One, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ashira tinggal bersama anak lelakinya iaitu Megat Shazril Haziq Hadi, 14 tahun selepas berpisah lima tahun lalu. Dalam pada itu, Ashira memberitahu dia kini menumpang di rumah kakaknya di sekitar Kuala Lumpur dan terpaksa berpisah dengan anaknya buat sementara waktu.

“Buat sementara ini, saya menumpang di rumah kakak tapi terpaksa berpisah dengan anak saya. Dia terpaksa tinggal di rumah kakak saya lagi seorang sebab rumah yang saya duduk ini kecil. Saya betul-betul rasa down dan hilang keyakinan. Nak kata kemurungan, saya tak tahu la tapi ada ketika saya akan tiba-tiba menangis dan terfikir apa kesalahan besar yang saya lakukan sampai diduga sebegini,” ujarnya.

Ashira terpaksa berpisah dengan anaknya buat sementara waktu.

Ashira turut memberitahu, anaknya juga mengalami tekanan akibat kehidupan yang mereka lalui. “Satu persatu saya ujian menimpa saya. Cikgu sekolah Shazril ada beritahu yang sejak akhir-akhir ini anak saya nampak seperti tertekan. Dia tak pernah kongsi perasaan dengan saya mungkin sebab dia lebih selesa pendam. Kalau boleh, saya tak nak anak saya tertekan dan berusaha untuk dia tak terlibat dalam masalah yang saya sedang hadapi ini,” ujarnya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Gegar Vaganza musim ketujuh kembali dengan 14 peserta

PROGRAM realiti popular Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) membariskan 14 peserta berbanding 12 peserta dalam musim terdahulu.

Mereka adalah Mus MAY, Yantzen, Cliff Umar, Aju, Oja, Nomad, Noraniza Idris, Rozita Izlyn, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Ashira, Haslinda serta dua kumpulan iaitu Eva dan Indigo.

GV7 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 11 Oktober depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap Ahad jam 9 malam.

Ayu Damit ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana akhirnya diberi peluang untuk menyertai program ini selepas enam kali percubaan.

“Alhamdulillah, selepas enam kali mencuba nasib menyertai GV dan sekali Gema Gegar Vaganza (GGV), tapi belum ada rezeki. Jadi, bila dapat peluang kali ini, saya bersyukur dan berharap semuanya dipermudahkan,” katanya.

Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris berkata, dia bersetuju untuk menyertai GV7 di saat-saat akhir.

“Saya sudah dipujuk berkali-kali untuk menyertai GV dan kali ini, saya terima juga di saat akhir,” katanya.

Sementara itu, Linda Nanuwil yang sebelum ini pernah menyertai Akademi Fantasia musim kedua berkata, ia umpama pembuka lembaran baru buat kerjayanya.

“Saya sudah buat kemunculan semula dalam industri muzik sejak 2018. Jadi, bila dapat peluang untuk sertai GV7, saya harap ini dapat jadi pintu rezeki buat saya,” katanya.

GV7 masih mengekalkan format pemarkahan yang diadili 100 peratus juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim.

Ia juga masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.

Sumber : Hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *