ISU SEMASA Viral

Muda Lagi Dh Kahwin, Giliran ‘Madu Muda’ Pula Buka Mulut. Kongsi kisahnya saat dipinang

Assalamualaikum, Memandangkan sekarang tengah hangat isu viral perkahwinan saya, di sini saya nak kongsi cerita bagaimana saya boleh berkenalan dengan suami saya. Sebelum itu saya ingin memohon maaf kepada semua tentang video tiktok saya yang mendapat kecaman ramai org.  Saya juga telah memaafkan semua kata² yg telah dilontarkan kepada saya dengan ikhlas hati 

Awalnya nak mencari kerja tapi tak sampai seminggu sudah dipinang jadi isteri muda Wanita yang baru sahaja berusia 21 tahun tersebut juga berkongsi kisahnya saat dipinang lelaki berkenaan. Menurutnya pada awal Februari lalu, dia telah menghadiri temuduga dan diterima bekerja di syarikat milik Khubaib. Tak sampai seminggu berkhidmat di tempat itu, dia telah dipelawa untuk diperisterikan sebagai isteri muda.

Begini ceritanya

1/2/2020 – saya pergi interview di syarikat suami saya. Petang tersebut saya mendapat tawaran utk bekerja disitu

2/2/2020- saya mula bekerja di syarikat suami saya.

6/2/2020- suami saya menyampaikan hasratnya/ melamar saya, dalam masa yg sama dia memberi tahu yang dia memang sedang mencari isteri lagi. Katanya isteri nya memberi kebenaran untuk tambah lagi. “beri saya masa utuk berfikir” itu shja balasan saya

Awalnya t0lak pelawaan, lama-lama terbuka hati

Nurul Ain pada mulanya ingin men0lak pelawaan tersebut dan berhenti kerja. Namun hari demi hari, hatinya makin terbuka untuk menerima lelaki berkenaan.

Tambahnya lagi, dia juga perlu seorang pemimpin untuk membimbingnya. Walaupun mendapat kec4man ramai, tapi dia lebih yakin pada j0doh pertemuan itu di tangan Allah.

“Hari bertambah hari. En suami teruskan usahanya untuk dapatkan saya. Pada awal² nya saya tidak mahu menerima lamaran tersebut, saya ingin berhenti kerja..Tetapi hari semakin hari Allah membuka hati saya untuk menerima. Dalam masa yg sama saya cuma berfikir,

“Saya sebagai seorang permpuan perlukan seorang pemimpin yg boleh membimbing saya ke syurga Allah. Kerana akhirat la hujung kehidupan kita . Mak & ayah sangat support keputusan saya

“20/2/2020- saya menerima lamaran tersebut & en suami terus memberi tarikh² yang sesuai utk bertunang, Saya bertunang pada 15/3/2020

“Alhamdulillah majlis berjalan dengan sangat lancar. Pada 20/9/2020. Saya telah sah menjadi isterinyaa. Saya yakin jodoh & pertemuan semuanya hak Allah

Madu Calon Ke 8

Bagi kebanyakan wanita bukan mudah menerima hakikat dirinya dimadukan dan terpaksa berkongsi kasih apatah lagi untuk membuat persiapan majlis perkahwinan baharu suami.

Namun, guru sains di Maktab Mahmud Padang Terap, Rosyilah Abd Rashid, 42, bukan sahaja membuat persiapan majlis perkahwinan malah menemani suaminya, Khubaib Ramli, 36, semasa majlis akad nikah ketiga di Masjid Kampung Kubang Palas, Ahad lalu.

Perkongsian Rosyilah mengenai persiapan majlis perkahwinan suami bersama isteri baharunya, Nurul Ain Md Soleh, 21, dan gambar bersama mereka bertiga yang dimuat naik sendiri olehnya tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rosyilah berkata, dia turut menjadi tulang belakang dengan membuat persiapan perkahwinan termasuklah menyarungkan cincin tunang ke jari Nurul Ain sehinggalah majlis persandingan suaminya yang juga merupakan pengetua sekolah agama di Padang Terap.

Menurutnya, dia tidak pernah menghalang suaminya berpoligami sama ada dengan anak dara atau pun janda, malah dia sendiri membantu mencari calon isteri lain buat suami.

Katanya, madunya itu adalah calon kelapan buat suaminya sebagai isteri selepas gagal dalam pencarian sebelum ini.

“Saya tidak halang suami untuk berpoligami lagi sebab suami hajat untuk berpoligami selepas kami berkahwin.

“Sebelum ini ada tujuh calon, namun mereka semua menolak disebabkan oleh tidak setuju dengan poligami ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang di sini hari ini.

Sumber: Facebook Syiela Rashid, Ain Soleh, Kisah Dunia, trandingsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *