Viral

Pengemis kanak2 mengalir air mata makan cili padi demi duit, si perakam gelak ketawa tengok

Kesusahan hidup membuatkan manusia sanggup berbuat apa sahaja, walaupun sehingga membahayakan diri. Namun, apa yang lebih buruk lagi, terdapat juga manusia yang tergamak mengambil kesempatan atas kesempitan hidup orang lain.

Seperti kisah mengenai satu video yang tular memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang mengemis di kaki lima sebelum didatangi oleh seorang lelaki.

Sanggup makan cili demi duit

Dalam video tersebut menunjukkan seorang lelaki menawarkan kanak-kanak itu sejumlah wang, dengan syarat dia perlu makan sebiji cili padi.

Dapat diperhatikan, kerana sangat memerlukan wang tersebut kanak-kanak itu dengan segera memakan cili yang pedas itu dengan keadaan tersenyum bagi menyembunyikan kepedasannya.

Kesusahan hidup orang lain jadi bahan lawak

Lebih menyedihkan lagi, lelaki yang menawarkan wang kepada kanak-kanak itu terhibur dan ketawa apabila si kecil tersebut mampu menghabiskan cili yang pedas dengan linangan air mata.

Meskipun jumlah yang diterima tidak sebesar mana, namun kanak-kanak ini kelihatan gembira dan tersenyum mendapat wang iu walaupun perit menahan pedas.

Rasa sakit hati bercampur sebak melihat video itu, masih ada lagi manusia bergelak ketawa di atas kesusahan insan lain.

Sumber : Around the world,  ohmymedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *