Hiburan Semasa Viral

Shuib sah dipanggil SPRM. Terkejut Apabila Pengurus kongsi apa yang berlaku…

Kuala Lumpur: Syarikat rakaman dan pengurusan Indigital Music memaklumkan artis mereka, Siti Sarah Raissuddin hanya menemani suaminya, Shuib Sepahtu ketika pelawak itu hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasu-ah Malaysia (SPRM), Putrajaya, awal pagi hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan Indigital Music selepas tersebar berita mengatakan pasangan selebriti itu dipanggil untuk membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.

“Untuk makluman hanya keterangan Shuib saja yang diambil SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya saja.

“Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan perkara itu untuk tidak mengganggu siasatan SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita,” katanya.

Pihak Indigital Music juga memaklumkan bahawa kerjasama sepenuhnya diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada Sarah dan Shuib tidak berjaya apabila talian telefon mereka dimatikan.

MyMetro melaporkan pasangan selebriti itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.

Difahamkan, pasangan berkenaan masing-masing berusia 36 tahun hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sejak 4 pagi hari ini.

Difahamkan, terdapat beberapa individu termasuk seorang usahawan terkenal turut dipanggil memberi keterangan

Dalam pada itu ramai netizan dan rakan artis menyokong dan mendoakan kedua-dua pasangan itu

Cuma Shuib dipanggil bantu siasatan SPRM, kata pengurus

Pelawak, usahawan dan juruhebah radio terkenal, Shuib, disahkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Pengurus Shuib, Nana Mohamad Rom, bagaimanapun berkata tiada maklumat lain dapat diberikan buat masa ini kerana enggan mengganggu siasatan pihak berkuasa selain menghormati sistem perundangan negara.

“Untuk makluman hanya keterangan Shuib saja yang diambil oleh pihak SPRM manakala isterinya, Siti Sarah Raissuddin, hanya menemani,” katanya dalam satu kenyataan media malam ini.

Terdahulu beberapa portal melaporkan pasangan terbabit hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk membantu sia-satan agensi antirasu-ah tersebut.

Tanpa menamakan sumber Utusan Online melaporkan siasatan itu dibuat berkaitan kegiatan pengubahan wang haram.

Sehingga awal malam ini pasangan terbabit dikatakan masih berada di pejabat terbabit dan tidak dapat dipastikan sama ada tangkapan akan dibuat atau sebaliknya.

Nana berkata, pihak pasangan suami isteri itu memberi jaminan memberi kerjasama penuh kepada SPRM untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Setakat ini sahaja penjelasan yang dapat kami berikan berkenaan isu ini kerana kami masih menunggu perkembangan selanjutnya dari pihak SPRM,” katanya.

Difahamkan, beberapa individu lain termasuk artis juga akan dipanggil SPRM selepas ini

p/s:Kita doakan yang baik-baik sahaja. Semoga urusan mereka dipermudahkan

Sumber : trandingsangat

 

Shuib, Siti Sarah Disyaki Terlibat Urusan Wang Haram. Ini Update Dari SPRM

Memetik laporan Utusan Malaysia, pasangan selebriti Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang har-am membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Laporan memberitahu, pasangan itu hadir tengah hari ini ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut.

Menurut sumber, setakat ini sia-satan masih dijalankan namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.

Sumber berkata, selain pasangan tersebut beberapa individu termasuk selebriti lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil.

“Masih tidak dapat pastikan sama ada mereka akan dita-han atau pun tidak memandangkan proses merakam keterangan masih berjalan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Utusan memaklumkan pihaknya masih dalam usaha mendapatkan pasangan selebriti untuk pengesahan mengenai perkara itu apabila gagal dihubungi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Enggan Mengulas Lanjut

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Hasil tinjaun di IG Shuib,beliau belum mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, sebaliknya masih giat menjalankan promosi perniagaan air milik beliau

Shuib pernah putus asa, tiga perniagaan gagal – “Kurma sampai berulat, kopi pun tak jual!”

PELAWAK Shuib mengakui pernah hampir berputus asa apabila beberapa jenis perniagaan yang diusahakan sebelum ini g4al.

Shuib, 35, bagaimanapun berkata dia tidak menyerah kalah dan terus berusaha meneroka perniagaan lain sehinggalah matlamatnya itu membuahkan hasil.

“Tiga tahun lalu, saya pernah rasa nak give up apabila satu demi satu perniagaan saya g4gal. Bermula dengan bisnes kopi sampai satu tahap produk terlalu banyak tak terjual, nak sedekah pun orang dah tak nak… sudahnya terpaksa buang kerana sudah tarikh luput.

“Selepas itu saya cuba bisnes kurma pun tak menjadi, gagal lagi sampai berulat kurma dan terpaksa dibuang. Cabaran itu memang sangat besar tapi saya kuatkan diri untuk terus mencuba sehinggalah hari ini perniagaan madu.

“Alhamdulillah, perniagaan hari ini mungkin bukan paling berjaya tapi saya dapat rasakan kejayaan itu dan sepanjang tujuh tahun mencuba dalam perniagaan, perjalanan dan pengalaman itu yang paling mahal bagi saya,” katanya kepada mStar.

Isteri, Siti Sarah menjadi tulang belakang kejayaan Shuib.

Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad ditemui semasa majlis penyampaian anugerah Malaysia Prestigious Industry Award 2019 (MPIA) yang berlangsung di Putrajaya Marriot Hotel, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Shuib dianugerahkan Prestigious Leader In Retail Chain & Lifestyle Industry menerusi perniagaan madu, Bee Factory yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

Pesanan saya kepada yang nak mulakan bisnes, jangan putus asa dan ingatlah pengalaman itu lebih mahal harganya daripada kejayaan yang kita akan capai nanti!
Selain Shuib, beberapa selebriti lain seperti Datuk Ramli MS, Datuk Yusof Haslam, Datuk Hans Isaac, Datuk Alha Alfa, Erra Fazira dan Zara Zya turut menerima anugerah masing-masing menerusi kategori berbeza.

Ditanya kunci kejayaannya dalam menguruskan perniagaan, suami kepada penyanyi Siti Sarah Raissuddin ini memberitahu dia mengamalkan bacaan surah al-Waqiah serta memperbanyakkan amalan bersedekah dalam kehidupan.

Shuib menerima anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohamad Akin (dua dari kiri) disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Organisasi Pengarah Syarikat Malaysia (MOCAD), Datuk Seri Dr Ibrahim Ahmad (kiri sekali) dan Pengerusi Penganjur, Datuk Mohd Ali Abdul Majis (kanan sekali).

“Setiap awal pagi dan malam mendengar surah tersebut, sebab saya percaya kita bukan orang yang hebat tapi Allah hantarkan orang lain yang lebih hebat itu kepada kita.

“Sebelum ini, kita ingat boleh buat semua benda, tapi ada suatu masa kita rasa putus asa dan tak boleh pergi. Cumanya bila Allah hantar orang-orang yang hebat pada kita, ia naikkan semangat.

“Pesanan saya kepada yang nak mulakan bisnes, jangan putus asa dan ingatlah pengalaman itu lebih mahal harganya daripada kejayaan yang kita akan capai nanti!,” ujarnya.

Shuib hadiah Siti Sarah jam tangan Rolex

PELAWAK dan penyampai radio, Shuib menghadiahkan jam tangan mewah jenama Rolex berharga ribuan ringgit kepada isterinya yang juga penyanyi, Siti Sarah sempena ulang tahun kelahiran yang ke-36.

Shuib berkata, hadiah terbabit adalah pemberian paling mahal pernah diberikan kepada Sarah sepanjang perkahwinan mereka.

“Hampir 10 tahun usia perkahwinan, saya tak pernah lihat Sarah memakai jam tangan apatah lagi mengenakan aksesori di tangan seperti wanita lain. Namun, sejak kebelakangan ini saya nampak dia sudah mula minat dengan aksesori seperti gelang. Jadi, terdetik di hati saya untuk menghadiahkan jam tangan.

“Saya juga ingin menghargai Sarah sebagai isteri dan ibu yang baik serta memberi ganjaran kepadanya kerana perniagaan yang dijalankannya semakin membuahkan hasil.

“Tahun lepas saya hampir minta dia tutup perniagaan yang dijalankan tapi tahun ini dia berjaya buktikan perniagaan yang diusahakan mencapai sasaran yang memberi keuntungan berganda,” katanya ketika ditemui di majlis kejutan hari lahir Sarah di sebuah hotel di Subang Jaya, malam tadi.

Sementara itu, Sarah mengakui dia bukan wanita materialistik dan tidak pandai memakai barangan mahal.

“Saya terkejut dengan hadiah ini. Saya sendiri tak pandai memakai barangan mahal. Kalau orang tak suruh beli saya takkan beli. Maksudnya kalau beli pun selepas mendapat nasihat orang lain.

“Saya memang tak pandai memakai aksesori sejak kecil lagi. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Shuib kerana dia menghargai saya dengan cara ini. Shuib adalah hadiah paling bernilai untuk saya sepanjang perkahwinan ini dan saya berharap kasih sayang kami akan kekal sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

SUMBER UTUSAN ONLINE

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *