Infomaklumat ISU SEMASA Viral

JurutoI Dislmbah Air MiIo Oleh Pemandu Kereta Dikcam Ntlzen , Ini Punca Sebenar Kejadian

Pagi ini telah tuIar satu kejadian di sebuah pondok tol di lebuhraya kesas dimana seorang jurutoI telah dislmbah air oleh seorang pemandu kereta yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru kerana didkwa tidak berpuas hati tidak dibenarkan untuk tambah nilai touch & go diIorong tersebut.

Kejadian yang dirakam oleh CCTV itu dilihat seorang lelaki keluar daripada keretanya dan menuju ke arah pondok tol tersebut sebelum bertindak menylmbah air yang diminumnya kepada jurutol tersebut.

Rlngkasan kejadian

Berikut ringkasan kejadian yang telah dicerltakan oleh jurutol trsebut di instragram st0ry miliknya.

“Pkul 7.30 pagi dia masuk line faten mintak nak topup.Faten cakap sini touch and go sahaja takde topup, kalau nak topup lorong sebelah..”

“Dia nak jugak topup katanya sebab sebelum masuk tol dia dah baca signboard. Faten suruh dia bayar RM2 sahaja tapi dia tetap berkras”

“Nak jugak topup sebab dia kata nak lalu tol depan takde tempat untuk topup, jadi faten cakap kalau encik nak encik kena parking kereta kat sini keluar(jalan) pergi Iorong tambah nilai..”

“Dia tak berpuas hati dia keluar kereta tengok keadaan dalam pondok dan dia kata biasa Iorong tambah nilai belah hujung”

“Lepas dia topup apa semua dah jalan ingatkan dah settle. Tpi jam 9.20 pagi dia lalu lagi sekali dengan bawak air milo ais dia tuu”

“Dia minum sambil cakap ‘lain kali jngan suka nak knakan orang’ dan terus slmbah air dia tu..” tulisnya

Vldeo rkaman kejadian

Sumber : Info Roadblock

 

 

Pelanggan bergaduh dengan petugas drive thru sebab buat payment guna method Paywave tanpa izin

 

Viral di media sosial semalam video pergaduhan di antara pelanggan dan kakitangan sebuah restoran makanan segera di Rawang.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.30 malam Ahad (27/9/2020) berpunca dari salah faham yang berkaitan dengan kaedah pembayaran di kaunter lorong pandu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa mendakwa petugas di kaunter berkenaan menguruskan pembayarannya secara pay wave tanpa kebenarannya yang membuatkan dia berasa tidak puas hati.

Selain itu, mangsa mendakwa petugas yang sama meninggikan suara dan bercakap kasar terhadapnnya serta membuatnya menunggu lama yang membawa kepada pertengkaran sebelum didatangi lelaki lain yang menumbuk mangsa di dahi kiri dan pergelangan tangannya ditarik dengan kuat.

Difahamkan, mangsa berusia 41 tahun itu telah membuat laporan di Balai Polis Serendah pada jam 8 malam pada hari kejadian dengan mendakwa pekerja restoran itu memukulnya.

Mangsa yang cedera kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Polis juga menerima satu laporan polis dari kakitangan restoran berkenaan dan beberapa saksi juga telah tampil untuk diambil keterangan.

 

Sementara itu, McDonald’s Malaysia mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan kejadian itu berlaku di salah satu cawangannya di Rawang di mana pekerjanya telah diserang oleh mangsa.

“Kami memandang perkara ini dengan serius kerana ia membabitkan kecederaan terhadap pekerja kami.

“Kami telah membuat satu laporan polis mengenai kejadian ini dan akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini,” katanya.

Seorang netizen yang mendakwa dirinya adalah isteri kepada salah seorang kakitangan di premis itu menceritakan situasi sebenar kejadian tersebut.

“Kesnya lelaki ini nak bayar makanan dia. Dah bayar pakai pay wave, keluar resit. Tiba-tiba nak tukar payment method guna pin pula. Memang tak bolehlah sebab dah keluar resit. Benda yang sama saja sama ada pay wave atau pin, bayar juga kan?

“Dok bising-bising, habis ditumbuk muka budak drive thru tu. Lebam biji mata sudah. Sudah refund duit pun masih bising mengamuk, sampai naik ikut tingkap drive thru, masuk ke kitchen ambil fire estinguisher nak sembur pada pekerja-pekerja.

“Nasib baik laki saya sempat tolak tangan dia ke atas. Kalau tak, habis semua makanan-makanan di situ.

“Itu saja yang boleh cerita. Yang selepas itu tak boleh sebab agak sulit untuk diteruskan,” katanya.

Sumber: Berita Harian, Info Roadblock JPJ/POLIS

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *