Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Naib Cancelor UPSI Di Kecam Kerana Minta Ebit Lew Buat Permohonan Maaf Terbuka.

Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memohon maaf kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi membawa pulang mahasiswa universiti tersebut.

Katanya menerusi laman Facebook, dia dihubungi Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran secara peribadi dan diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka tersebut.

“Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI terutama Naib Cancelor sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka.

“Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu.

“Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat. Biasa naik bas bayar tapi kali ini percuma dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan,” katanya di laman Facebook tersebut.

Tindakan naib canselor tersebut di kecam oleh netizen

sumber : kosmo / trending network

 

Ustaz Ebit Lew Sewa Bas Untuk Hantar Pelajar Terkandas di Universiti Balik Kampung

Isu mengenai penangguhan pendaftaran semestar baharu institusi pengajian tinggi terus tular di media sosial.

Ramai pelajar dikatakan terkandas apabila kebanyakan dari mereka sudah mula sampai ke  masing-masing dan ada dari mereka sudah membeli tiket untuk pulang ke universiti.

Selepas Dr. Maszlee, Ustaz Ebit Lew tampil tolong mahasiswa

Malahan, ada yang terpaksa menanggung kerugian dan isu tersebut telah mendapat perhatian dari beberapa individu termasuk pendawah bebas Ustaz Ebit Lew.

Sementara itu, orang ramai juga telah tampil memberikan bantuan kewangan dan juga penempatan sementara buat mereka kerana memahami kesulitan yang dihadapi.

Bantu pelajar yang terkandas

Prihatin dengan nasib pelajar-pelajar, Ustaz Ebit Lew telah menyuarakan hasrat membantu pelajar-pelajar tersebut dengan menyewakan bas untuk membawa pulang mereka yang terkandas di IPT.

Menerusi laman Facebookpendakwan ini, beliau telah memuat naik satu posting mengenai bantuan untuk mahasiswa yang memerlukan bantuan ketika ini.

‘Saya nak sewakan bas, boleh pm saya’

“Buat adik-adik dan rakan yang daftar universiti terkandas nak balik kampung saya nak sewakan bas. Boleh pm saya-ebitlew”.

Menurutnya lagi, mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut diminta untuk terus menghubunginya kerana urusan mendapatkan bas sedang dijalankan oleh ketika itu.

Terima kasih Ustaz Ebit Lew

Perkongsian itu telah mendapat perhatian warganet kerana terharu dengan keprihatian yang ditunjukkan oleh pendakwah tersebut.

Menjenguk ke ruangan komen, posting berkenaan telah dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet yang mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh pelajar disebabkan isu tular semalam.

Semoga para pelajar yang terkandas ketika ini mendapat bantuan dan berada dalam keadaan yang selamat. Diharap lebih ramai orang yang akan tampil membantu mereka.

Sumber : yoy

Siap Suapkan Makan, Dato M Daud Kilau Sebak Dapat Kunjungan Ustaz Ebit Lew

Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew meneruskan perjalanan misi bantuan beliau kepada rakyat yang memerlukan di luar sana.

 

Sebelum ini beliau turun padang membantu ramai rakyat yang mengalami kesempitan terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menerusi perkongsian beliau di laman Facebook, pada kali ini beliau sempat melawat salah seorang penyanyi yang dikenali ramai iaitu Dato M Daud Kilau.

Ustaz Ebit Lew ziarah Dato M Daud Kilau

 

Kisah Dato M Daud Kilau sebelum ini telah tular mengenai tahap kesihatan penyanyi ini yang semakin uzur .

Walau uzur penyanyi ini masih senyum ceria

“Sebak sayu hati rasa baru ziarah Dato M Daud Kilau dan datin di Bagan Datuk. Walau uzur beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu. Sedap laksa”.

“Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan”.

“Semua kru kena makan,saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz”tulisnya.

Doakan saya yer

“Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz”.

“Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer” tulisnya.

Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat

“Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah”.

 

“Tadi beliau sempat menyanyi bersama dan macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara”.

 

Semoga penyanyi kesayangan ramai Dato M Daud Kilau diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk kembali sihat.

Sumbet : yoy

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *