Hiburan Viral

Wahh Ada Rupa. Setelah Sekian Lama Menyepi Bekas Madu Izreen Azminda Tampil Dedahkan Wajah Kekasih Baru. Rupa Rupanya Kekasih Dia Bukan Calang Calang Orang.

Bekas isteri pemuzik Ude Wahid, Intan Salleh kembali menjadi perhatian apabila memuat naik fotonya bersama seorang jejaka.Menerusi kemas kini terbaharu di akaun Instagram miliknya, Intan turut mendedikasikan nukilan khas buat jejaka itu.

“Sesuatu hubungan itu terjalin bukan kerana anda mengenali seseorang dalam jangka masa yang panjang, ia tentang siapa yang masuk ke dalam hidup anda dan berkata ‘saya di sini untuk awak’ dan berjaya buktikannya! Saya ketawa sedikit besar, menangis sedikit dan senyum banyak kerana awak. Terima kasih kawan!” katanya.

Dedikasi khas Intan yang membahasakan dirinya sebagai Bonda terhadap jejaka itu telah menimbulkan andaian dan persoalan daripada pengikutnya yang merasakan dia sudah menemui pengganti. “Ya Allah , jodohkan lah kawan Bonda ni dengan Bonda. “Wow lagi handsome dari sebelum ni.

“Allah gantikan yang lebih herl0k dari sebelm ni, semoga dipermudahkan Bonda,” komen antara pengikutnya. Pun begitu, Intan tidak berdiam diri dan tampil menjawab persoalan mereka. “Hehehe terima kasih semua..terima kasih komen…but we’re just friend… doakan Bonda bertemu jodoh ya…hehehehhe,” jawabnya.

Intan berkawin dengan Ude pada 1 Mac 2013 dan berpisah tal4k satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 2 tahun. Intan sempat bermadu selepas Ude mengahwini pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 secara tutup tanpa kehadiran media.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: MH

Tiada lagi hati pada Intan – Ude

PEMUZIK bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, mengakui perpisahan adalah jalan terbaik kerana tiada hati untuk meneruskan hidup bersama isteri pertamanya Intan Liana Saleh. Suami kepada pelakon Izreen Azminda itu, berkata dia dan Intan Liana tidak sanggup lagi membohongi diri dengan mempertahankan rumah tangga mereka, sedangkan sudah tiada hati untuk hidup bersama.

“Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan. “Ketika ini, mereka tinggal bersama isteri pertama, tetapi saya bebas mengambil untuk bermalam pada bila-bila masa.

“Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu warganet yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya,” katanya dipetik berkata kepada BH Online.

Terdahulu, Ude dilaporkan bakal melafazkan talak terhadap isteri pertamanya selepas memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Permohonan cerai dibuat pada 30 November tahun lalu.

“Saya masih belum melafazkan talak terhadap Intan Liana. Ketika ini, kami dalam proses perbincangan mengenai nafkah dan hak penjagaan anak. “Saya terkejut apabila dikatakan sudah melafazkan talak terhadap isteri pertama, sedangkan ia baru sebutan kes,” katanya ketika dihubungi.

Jangan kaitkan Izreen

SUAMI pelakon popular Izreen Azminda, Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, juga seorang pemuzik berharap pihak luar tidak mengaitkan pelakon popular itu dalam proses perceraiannya dengan isteri pertama. Sebaliknya Ude, yang dihubungi di sini, hari ini menegaskan apa yang berlaku antara dirinya dan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh tidak ada kaitan dengan Izreen.

“Seperti yang saya nyatakan bahawa keputusan untuk berpisah adalah jalan terbaik. “Apa yang berlaku biarlah saya dan Intan Liana yang selesaikan. Izreen tidak pernah mencampuri urusan saya dan Liana,” katanya.

Kata Ude lagi, sebagai suami dan bapa dia bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku. Ude juga mengharapkan orang keliling tidak memberikan tekanan dan membuat spekulasi. “Seperti sebelum ini orang menuduh saya melulu dengan berkata saya seorang bapa yang tidak bertanggungjawab, sedangkan kebajikan Intan Liana dan dua anak tidak akan saya abaikan,” katanya.

Selepas lima tahun berkahwin, Ude, pemuzik bebas, masih belum melafazkan talak terhadap Intan Liana Saleh memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, petang tadi. Ude dan Intan Liana bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.

Tak sokong tapi simpati

“ITU di luar kawalan dan saya sebenarnya tidak menyokong tindakan mereka kerana takut pihak sana menuduh saya melakukannya,” kata Intan Liana Saleh, isteri pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude.

Dia berkata sebagai mengulas kewujudan laman khas (page) di media sosial yang memberi sokongan kepadanya. Laman (page) itu menjadi tempat warganet mengkritik Ude dan isteri keduanya, pelakon Izreen Azminda berikutan tindakan Ude yang mengambil keputusan meneruskan proses lafaz talak terhadap isteri pertamanya ini di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur selepas memfailkannya pada 30 November 2017.

Intan berkata, walaupun hatinya terluka dengan tindakan Ude, dia tetap bersimpati dengan suaminya yang berterusan menerima kritikan masyarakat sejak enam hari lalu. “Saya akui tiada hak untuk menghalang masyarakat berbuat demikian tetapi kami masih bergelar suami isteri sehingga keputusan dibuat pada 22 Mac ini. Perasaan kasihan tetap ada namun kritikan itu dibuat kerana tindakannya sendiri.

“Saya juga tidak mahu isu itu membuatkan keluarga Ude menyalahkan saya kerana saya tidak pernah minta mana-mana pihak buat laman terbabit. Sebelum ini pun saya hanya jawab jujur apa yang disoal pihak media,” katanya.

Mengulas perkembangan terbaru, Intan yang pernah menjadi penari di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama sembilan tahun, mengakui sudah menerima tawaran menjadi duta tudung. “Dalam keadaan sekarang, saya memang berminat terima apa saja tawaran yang sesuai demi menyara dua anak iaitu Aris Muqri, 4, dan Ariq Muqri, 1.

“Saya hanya akan bersetuju dengan produk memerlukan saya tampil, sopan dan tidak menimbulkan cemuhan masyarakat. “Setakat ini, ada beberapa tawaran diajukan tetapi saya memang tidak pandai untuk bincang berkenaan harga. Segala-galanya diserahkan kepada kakak saya, Roza,” katanya.

‘Saya doakan terbaik untuknya’

“SAYA tidak tahu apa-apa,” kata isteri pertama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, Intan Liana Saleh mengenai suaminya dikatakan berubah angkara buatan orang. Katanya, dia tidak tahu-menahu mengenai perkara itu, sebaliknya hanya mengetahui hal itu menjadi bahan perbualan dalam kalangan warganet.

“Saya tidak mahu komen. Saya sudah dinasihatkan untuk tidak memberi sebarang kenyataan sehingga kes ini selesai. “Tunggu keputusan mahkamah pada 22 Mac depan bagi sebutan semula kes berkenaan,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai luahan perasaan yang dimuat naik menerusi Instagram Story semalam sempena ulang tahun kelima perkahwinannya, Intan menegaskan kenyataan terbabit adalah gambaran perasaan sebenarnya ketika ini.

Dalam luahannya Intan, 33, berkata meskipun riak wajahnya nampak tenang namun jauh daripada lubuk hati dia tidak mampu menggambarkan perasaan itu. “Sedih itu datang daripada hati bukan muka. Luaran nampak happy tapi dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.

“Jika Allah tidak mengizinkan kita bersatu dengan orang yang kita cinta, semoga Allah satukan kita dengan orang yang mencintai kita. “Aku pernah sayang orang sepenuh hati, sampai aku rasa hati aku mti kehilangan dia,” tulisnya di laman InstaStory, semalam.

Walaupun hatinya terluka, Intan masih mendoakan terbaik untuk suaminya. “Saya doa yang terbaik untuknya pada masa mendatang. Saya bukan wanita terbaik untuk Ude dan dia sudah jumpa yang lebih baik untuk dirinya,” katanya.

Kelmarin, Ude dan Intan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi urusan lafaz talak selepas pemuzik memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan pada 30 November 2017. Hasil perkahwinan dengan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata Aris Muqri, 4, dan Ariq Muqri, 1.

Marah betul dengan Izreen…

TINDAKAN pelakon Izreen Azminda, 32, dan suaminya Ude Wahid, 29, tidak mengaktifkan Instagram masing-masing kerana tidak tahan dengan kritikan warganet sejak dua hari lalu menyebabkan warganet beralih arah. Mereka kini ‘marah’ akaun Instagram Kelab Peminat Rasmi Izreen Azminda (Official FC Izreen Azminda) serta akaun Instagram Zatee Hijab yang mengambil Izreen sebagai duta.

Waraganet terutamanya kaum wanita seperti tidak dapat membendung kemarahan membuak-buak sehinggakan bertindak mencari alternatif lain meluahkan perasaan biarpun hanya di Instagram yang bukan dikendalikan oleh Izreen.

Rata-rata mereka mencemuh dan mengkritik Izreen yang dianggap menjadi punca kepada masalah rumah tangga diantara Ude dan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh, 33. Warganet bertegas tidak akan menonton lakonan Izreen di kaca TV selain memboikot kesemua produk yang menggunakan Izreen sebagai duta sehinggakan Zatee Hijab terpaksa menutup fungsi komen manakala Kelab Peminat Rasmi Izreen Azminda meletakkan mood privasi pada Instagramnya.

Kebanyakan mereka mengeluarkan kata-kata kesat menyalahkan Izreen dianggap perampas kebahagiaan rumah tangga Ude dan Intan Liana yang mempunyai dua anak iaitu Aris Muqri, 4, dan Ariq Muqri, 1. “Bukan main lagi jual tudung muslimah tapi perangai bukanlah baik sangat. Dasar perampas suami orang,” kata seorang warganet dikenali sebagai Sasha.

Seorang lagi warganet, Sofia kesal dengan sikap Izreen yang dikatakan pura-pura tidak tahu tindakan yang dibuat oleh Ude terhadap Intan. “Tak perlulah bermain wayang kerana segala perancangan pasti dibuat Izreen. Aku doakan selepas ini Ude akan dirampas oleh perempuan lain pula agar kau faham erti kesakitan,” katanya.

Azee pula menempelak Izreen kerana sanggup melukakan hati kaum sejenisnya. “Dia seorang perempuan dan sudah tahu bagaimana sakitnya apabila diperlakukan begitu oleh suami. Kita patut boikot Izreen dan produknya di pasaran,” katanya.

Bagaimanapun terdapat juga segelintir pihak membela Izreen yang menyifatkan segala kejadian ini kehendak takdir tetapi kata-kata mereka disanggah oleh warganet lain yang sangat marah. Kritikan warganet terhadap Izreen dan Ude mula berlaku apabila Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mengambil keputusan meneruskan proses lafaz talak terhadap isteri pertamanya ini di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur selepas memfailkannya pada 30 November 2017.

Mahkamah akan membuat keputusan pada 22 Mac depan. Dalam masa sama, Intan Liana sendiri pernah mengeluarkan kenyataan dia ikhlas menerima Izreen sebagai madunya. Dia kebingungan kerana tidak tahu sebab sebenar dia ingin dilepaskan.

Bagaimanapun, Intan Liana membuktikan dia seorang wanita yang berjiwa besar apabila reda dengan keputusan Ude untuk meneruskan proses perpisahan mereka. Namun, Intan Liana melahirkan perasaan sentimentalnya apabila memuat naik luahan perasaannya menerusi Instagram Story semalam sempena ulang tahun kelima perkahwinannya dengan Ude.

Dia menerima sokongan hebat daripada warganet sehingga menyaksikan peningkatan jumlah pengikut Instagram peribadinya berkali ganda daripada 29,000 sebelum ini, kini bertambah kepada 64,900 pengikut. Warganet turut membuka Instagram izreenazminda_haters yang kini mempunyai 2349 pengikut yang bertujuan menyalurkan kemarahan terhadap Izreen.

Lebih baik diam…

PELAKON drama Izreen Azminda menegaskan dia tidak mahu mencampuri urusan suami dan isteri pertamanya yang mengambil keputusan untuk berpisah. Suami Izreen, Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, seorang pemuzik dijadualkan melafazkan talak terhadap isteri pertamanya, Intan Liana Saleh di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur, 2.30 petang tadi tetapi kes itu ditangguhkan, minggu depan.

Bagaimanapun, pelakon drama popular, Kerana Terpaksa Aku Relakan itu berkata dia tidak berhak memberi sebarang ulasan mengenai perpisahan itu. Izreen dihubungi berkata, dia tidak mahu memberi sebarang komen membabitkan apa sedang berlaku antara suami dan isteri pertamanya, apatah lagi apabila memikirkan kedudukannya sebagai isteri kedua.

“Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan,” katanya. Tegas Izreen lagi sebaik berita pernikahannya dengan Ude diketahui umum dan mendapat banyak kritikan, dia mengambil pendekatan tidak mahu mencampuri urusan suami dan isteri pertamanya itu.

“Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua. Saya rasa itu jalan terbaik mengelak konflik. “Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya. Dan saya tidak punya hak untuk ambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian,” katanya. Izreen dan Ude bernikah pada 8 Ogos lalu di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Sebelum itu, Ude bernikah dengan Liana empat tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Sumber : apampink

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *