Hiburan

“Ada Netizen Yang Komen Saya Memperdagangkan Agama…” – Ini Jawapan Zara Zya

Pelakon dan usahawan, Zara Zya yang mula mengenakan hijab sejak bulan september lalu ternyata kecewa dengan segelintir netizen yang menuduhnya memperdagangkan agama apabila dia memulakan kembali perniagaan tudungnya.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Zara meluahkan isi hatinya tentang perkara tersebut.

“Adakah media sosial sekarang dijadikan sebagai platform untuk menilai dan memberi persepsi kepada orang lain? Lately, saya selalu dapat DM yang menilai dan menghentam diri saya.

“Sampaikan ada netizen yang komen saya memperdagangkan agama antara kehidupan peribadi dan business tudung yang saya buat,” tulis Zara.

Menurut Zara, dis sudah memulakan perniagaan menjual tudung sejak tahun 2015 lagi, dan perniagaan itu dimulakan kembali dengan nafas baru yang lebih segar.

“Yang penting, kehidupan peribadi saya sekarang adalah fokus untuk berubah ke arah yang lebih baik tanpa melibatkan dunia business dan pihak lain. Apa pun saya mohon maaf atas kekurangan dan kekhilafan diri saya ye,” jawap Zara kepada mereka yang melemparkan tohmahan.

View this post on Instagram

Selamat Petang Kesayangan Semua 🌹 . Adakah media sosial sekarang dijadikan sebagai platform untuk menilai dan memberi persepsi kepada orang lain? Lately, saya selalu dapat DM yang menilai dan menghentam diri saya… sampaikan ada netizen yang komen saya memperdagangkan agama antara kehidupan peribadi dan business tudung yang saya buat. 🥺 . Kalau nak diikutkan, sejak 2015 lagi saya mula jual tudung dan sekarang saya mulakan balik business ni dengan nafas baru yang lebih fresh. . Dan yang penting, kehidupan peribadi saya sekarang adalah fokus untuk berubah ke arah yang lebih baik tanpa melibatkan dunia business dan pihak lain. Apa pun saya mohon maaf atas kekurangan dan kekhilafan diri saya ye.. . Anyway, enjoy lah tengok video tutorial @zarazya.scarfz yang tak seberapa ni okay ☺️

A post shared by ZaraZya (@zarazya) on

Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia pernah bertunang dengan pelakon Hafreez Adam tetapi mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan tersebut selepas sebulan bertunang.

Sumber : gempak

Zara Zya bertudung

Pelakon, Zara Zya, 35, sekian lama memendam hasrat berhijrah akhirnya membulatkan tekad bertudung sejak beberapa hari lalu.

Sebelum ini, bintang drama Seadanya Aku dan Korban Kasih itu dilihat memuat naik gambar bertudung hingga menarik perhatian pengikut, baru-baru ini. Kebanyakan peminat menyukai imej bertudung yang digayakan.

 

Menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik, Zara menyentuh soal doa yang cepat atau lambat dimakbulkan Allah. Ia seperti memberi satu bayangan wanita kelahiran Lenggong, Perak itu sudah mula berhijrah.

Mengukuhkan tanda tanya apabila Zara dilihat menjual pakaian lama menerusi laman Instagram (IG) Story, Rabu lalu.

“Secara jujur, saya masih dalam proses membiasakan diri dalam penghijrahan ini.

Saya mengharapkan doa yang baik-baik.

“Semuanya berlaku atas gerakan hati. Keputusan ini tidak perlu dilengahkan. Saya juga tak mahu hati berbolak-balik dalam melakukan tuntutan wajib ini.

“Saya sempat menghabiskan penggambaran drama Beri Sedikit Waktu pada Jumaat lalu, sebelum bertekad mengenakan tudung sepenuhnya,” katanya

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia memutuskan untuk menolak beberapa tawaran drama yang kurang sesuai dengan imej bertudung.

Baginya, hatinya kuat mahu berubah termasuk menutup aurat.

“Saya selalu dengar soal istiqamah ini bukan mudah. Saya harap Allah tetapkan hati dan jiwa saya. Insya-Allah, saya mahu masa depan menjadi lebih baik daripada semalam yang ditinggalkan.

“Tiada langsung rasa sayang menjual pakaian lama. Saya akui, sudah tidak sabar mahu menutup aurat selama ini. Moga ia menjadi permulaan yang baik,” katanya.

Katanya, dia tidak gentar sekiranya keputusan menutup aurat mungkin menjejaskan tawaran lakonan.

“Saya tak terfikir soal ada tawaran kerja atau sebaliknya. Saya percaya pada rezeki yang tertulis.

“Saya banyak membeli tudung dan pakaian baru,” katanya.

Sumber : BH online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *