ISU SEMASA Viral

Berkahwin Untuk Kali ke 5, Lelaki Pilihan Natasha Hudson Rupanya Bukan Calang2 Orang

Terdahulu, PELAKON Natasha Hudson, 37, mendedahkan pernah dua kali keguguran dalam tempoh sembilan bulan berkahwin sebelum ini.

Menurut pelakon yang menempa nama menerusi filem Chermin itu, dia sedih dan kecewa dengan kehilangan besar itu dalam perkahwinan keempatnya.

“Hanya sedikit kebahagiaan yang dikecapi sepanjang berkahwin, selebihnya penuh dengan penderitaan.

“Sebenarnya, pada hari pertama perkahwinan lagi rumah tangga kami sudah mula bermasalah.

“Justeru, saya reda dengan kehilangan dua kehamilan itu kerana percaya dengan perancangan dan ketentuan Allah SWT,” katanya kepada Harian Metro.

Natasha berkata demikian ketika mengulas berita perceraiannya dengan ahli perniagaan Noor Nashriq Sekanor, baru-baru ini.

Pelakon itu berkahwin dengan ahli perniagaan terbabit pada 7 Disember tahun lalu tetapi bercerai talak satu selepas sembilan bulan berkahwin.

Mengulas penerimaan keluarga pula kata Natasha, tiga anaknya turut menderita dalam perkahwinan kali keempatnya yang bermasalah itu.

Hasil dua perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki tiga anak iaitu Neesa Helena, Naeema Kalila dan Faatimah.

“Bila saya tidak bahagia, tiga anak juga turut menderita.

“Justeru, anak-anak dan ahli keluarga sangat bersyukur akhirnya saya dapat keluar daripada kemelut rumah tangga,” katanya.

Menurut Natasha lagi, dia terpaksa berjauhan dengan tiga anaknya itu sepanjang berkahwin kerana mengikut bekas suami menetap di Kelantan.

“Saya hanya dapat bertemu tiga anak sebulan sekali.

Pastinya ia tidak cukup kerana anak-anak sangat rapat dan memerlukan kasih sayang saya sebagai ibu mereka,” katanya.

Bagaimanapun kata Natasha, dia kini dia sudah memulakan hidup baru bersama anak-anaknya.

“Sebelum ini bekas suami tidak membenarkan saya berlakon.

“Kini, selepas kembali solo, sampai masanya saya tumpukan perhatian terhadap karier seni, perniagaan dan keluarga,” katanya.

Menyingkap tabir hidupnya, sebelum berkahwin dengan Noor Nashriq, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 tetapi hanya bertahan selama empat bulan.

Selepas bercerai dengan Mohd Faiz, Natasha berkahwin dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007.

Dan bertahan selama dua tahun serta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena.

Menyusul selepas itu, Natasha berkahwin dengan Carleed Khaza atau Khalid Kamal pada 2012.

Dia dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Naeema Khalila dan Faatimah.

Berkahwin Untuk Kali ke 5, Lelaki Pilihan Natasha Hudson Rupanya Bukan Calang2 Orang

Natasha Hudson memberi bayangan seolah bakal menamatkan zaman solo selepas bercer4i kali keempat pada tahun lalu.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Natasha, 38, seakan menggambarkan akan ada momen indah yang lebih baik bakal berlaku.

Berkahwin Untuk Kali ke 5, Lelaki Pilihan Natasha Hudson Rupanya Bukan Calang2 Orang

“Apa yang akan datang lebih baik daripada yang ada di sini sekarang.

Hargai apa yang anda miliki, jadi seorang yang jujur, setia, penyayang dan ia akan kekal.

“Jadilah orang yang baik. Semua kecantikan terletak di dalam diri anda,” tulisnya.

Lebih mengukuhkan lagi, pemilik nama Natasha Liana Hudson berkongsi satu tarikh iaitu pada 14 Oktober 2020.

Entri tersebut turut memuat naik separuh foto pasangan lelaki dan perempuan yang menampakkan sebentuk cincin.

Berkahwin Untuk Kali ke 5, Lelaki Pilihan Natasha Hudson Rupanya Bukan Calang2 Orang

Hasil pemerhatian Gempak, rata-rata pengikut IG sudah mula menitipkan ucapan tahniah dan juga mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

@mcfarul: Tahniah babe! Lelaki itu seorang yang bertuah.

@hajarmohamadali: Tahniah awak.

@eanlee__: Tahniah Tasha dan pasangan!

@ummuaiynul: Semoga dipermudahkan semuanya.

“@faisalmary: Tahniah. Semoga kekal sampai Jannah..Amin,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Sementara itu, Gempak sudah menghubungi Natasha namun, nombor telefon yang dihubungi sudah tidak digunakan lagi.

Gempak juga sudah menghubungi Natasha melalui DM, namun masih menanti jawaban dan pencerahan daripadanya.

Sebelum ini, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007.

Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Pada Oktober 2018 , Natasha mengakui telah bercer4i dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada April 2012 buat kali ketiga.

Sekali lagi jodoh tidak panjang, menerusi perkahwinan keempat Natasha mendedahkan dia sudah bercer4i dengan Noor Nashriq Sekarnor pada tahun lalu.

“Saya Bukan Dilahirkan Untuk Mendapatkan Sesuatu Yang Kekal”

Sementara itu, Natasha juga menerusi satu kemas kini di IG turut meluahkan perasaannya dengan memberitahu dia sering mendapat sesuatu yang tidak kekal.

“Saya percaya ini adalah masa yang tepat.

Saya bukan dilahirkan untuk mendapat sesuatu yang kekal seperti yang saya mahu.

“Mungkin bukan sekarang. Saya bukan awak. Mungkin (ada) nanti dengan orang yang tepat atau di kehidupan yang lain.

“Saya tiada masa untuk bersedih. Saya hanya punya masa untuk berkongsi kegembiraan dengan orang-orang disekeliing saya.

“Sesiapa yang kenal saya, tahu bahawa saya seorang yang penuh dengan emosi, berhibur, sukakan cabaran dan sentiasa mahukan kebahagiaan.

“Saya hanya berdoa yang terbaik buat untuk saya dan untuk kamu semua,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Natasha sendiri belum memberikan kenyataan atau pengesahannya mengenai status rumah tangganya itu di mana-mana media.

“Saya dapat banyak pertanyaan sebegini. Jawapan saya, lari, keluar dari situasi itu dan tinggalkannya (kerana saya sudah melakukannya) dan saya sangat gembira sekarang.

“Jangan bazirkan masa dan tenaga untuk sesuatu yang tidak berbaloi buat masa anda.

“Senang sahaja. Teruskan hidup dan jangan dengar kritikan orang sebab mereka tidak tahu apa yang berlaku di sebaliknya.

Ini adalah kehidupan anda bukan mereka,” jawabnya.

Sumber : zox

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti