Hiburan ISU SEMASA

Gbob dapat bantuan.. Isteri Dedahkan Apa Yang Akan Diberikan Kepada Suaminya

 

KUALA LUMPUR: Hanya lafaz syukur diluahkan isteri pelawak Gbob, Siti Aisyah Wahiddin, 38, apabila Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Selangor menghulurkan bantuan kepada bekas peserta Raja Lawak itu yang terlantar di rumah.

Siti Aisyah berkata, sumbangan PERKESO dapat meringankan beban apatah lagi agensi itu mahu menghantar suami ke pusat pemulihan.

“Alhamdulillah, PERKESO mahu menghantar Gbob ke Pusat Rehabilitasi PERKESO di Bandar Hijau, Melaka.

 

“Apabila mendapat tahu perkara ini, sudah tentu saya gembira kerana dapat menolong Gbob menjalani proses pemulihan. Insya-Allah, dengan adanya bantuan PERKESO, suami saya segera sembuh,” katanya kepada BH Online.

Pada 6 Oktober lalu, Gbob atau nama sebenar, Mohd Hamizi Hashim dan Siti Aisyah, dikunjungi pengurusan PERKESO bagi menyampaikan alatan pemulihan.

Bantuan disampaikan Timbalan Pengarah PERKESO Selangor, Mohammad Ramli Ahmad Dahalan bersama wakil Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).

Awal Mac lalu, Gbob terjatuh dalam bilik air akibat ser4ngan angin ahmar dan disahkan mengalami pendar4han dalam otak.

Gbob kemudian menjalani pembed4han pada tempvrung kepala bagi membuang d4rah beku dan mengikuti proses pemulihan.

Mohammad Ramli berkata, pihaknya bersyukur dapat bersama SENIMAN menghulurkan bantuan kepada Gbob.

“Julai lalu, kami mendapat berita melalui Facebook (FB) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kitafund mengenai keadaan Gbob.

“Hasil semakan mendapati Gbob adalah pencarum PERKESO dan layak untuk menerima pencen ilat dan alatan pemulihan,” katanya.

Mohammad Ramli berkata, Gbob dirujuk kepada Jemaah Doktor PERKESO dan disahkan boleh menerima bantuan atas keadaan dirinya.

Berikutan itu, PERKESO menghulurkan bantuan berupa lampin pakai buang, kerusi roda, tongkat, kerusi tandas, pembersih lvka, barangan dapur dan kaunseling.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :teh tarik kaw Dan Berita Harian
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Jika anda pernah tonton Maharaja Lawak, anda mungkin kenal dengan Hamizi bin Hashim, lebih dikenali sebagai Gbob dalam kumpulan OnxOn. Kitafund mendapat makluman bahawa beliau telah ditimpa kemalangan.

Kalau anda pernah tonton Maharaja Lawak, anda mungkin kenal dengan Hamizi bin Hashim, lebih dikenali sebagai Gbob dalam kumpulan OnxOn. Sudah jarang kita lihat Gbob di kaca TV. Pihak Kitafund mendapat makluman bahawa beliau telah ditimpa kemalangan.

 

Isteri beliau memaklumkan bahawa beliau telah jatuh dalam bilik air. Berikutan kejadian itu, sebahagian tengkorak kepala pecah dan pesakit mengalami strok. Selain daripada strok, beliau juga menderita penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi yang membuatkan keadaan beliau bertambah lemah. Tiada lagi jenaka Gbob yang buat mereka sekeluarga ketawa.

“ Saya seorang pekerja dobi,mempunyai anak yg berumur 2 tahun. Suami saya seorang  pelawak dan pelakon. Bila tidak berlakon, suami akan membawa Grab.

Sekelip mata semuanya hilang. Suami saya sekarang hanya mampu terlantar sahaja. Sebelah kanan badan tak boleh bergerak sebab strok. Leher pun ditebuk untuk letak tiub susu dan saluran pernafasan” – Puan Siti Aisyah, isteri pesakit

Syukur, pada Rabu lalu (18 Mac 2020), pihak Kitafund dimaklumkan yang Gbob sudah dibenarkan pulang ke rumah. Walaubagaimanapun, keadaan beliau masih sama. Setiap bulan, pemeriksaan susulan akan dibuat dan kami hanya boleh menaiki ambulans. Serpihan tengkorak di kepala masih belum dipasang, dan pembedahan akan dibuat dalam masa 3 bulan lagi untuk masukkan serpihan tersebut.

Situasi sekarang pasti amat sukar untuk Gbob sekeluarga. Ayuh #OrangPrihatin semua, kita bantu mana yang mampu. 

KOS YANG DIPERLUKAN:

  1. a) Susu : RM86 x  12 tin sebulan = RM1032
  2. b) Pampers : RM25x 15 pek sebulan =RM375
  3. c) Ulang Alik Menaiki Ambulans (Rumah – Hospital- Rumah) : RM200 x 1 kali sebulan = RM200
  4. d) Alat saluran mesin sedut kahak (suction catherer):RM7 x 15 keping = RM105

Jumlah: RM1,712 x 6 bulan rawatan = RM10,272

JUMLAH KESELURUAN = RM10,272

Kemaskini Kos Tambahan pada (20 April 2020 oleh Admin Kitafund Firdaus)

e) underpad pesakit : RM15.50 x 4 pek(sebulan) = RM62

RM62 x 6 bulan = RM372

JUMLAH KESELURUHAN TERBARU : RM372 + RM10,272 = RM10,644

 

Sumber: kitafund.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *