Hiburan

Dikatakan Dapat Baju Percuma Lepastu Jual Dekat Orang. Akhirnya Wany Hasrita Tampil Bersuara Bongkarkan Sesuatu Buat Warganet Terkedu. Menegejutkan Sampai Macam Ni Sekali Wany Bersuara.

Penyanyi Wany Hasrita tampil menjawab dakwaan waragnet yang menuduhnya menjual baju sample yang diperolehnya secara percuma secara preloved. Jelas Wany, dia tidak berniat untuk menjualkan baju yang diberikan kepadanya secara percuma melainkan ada pakaian yang sudah tidak muat untuk dipakai lagi.

“Semua barang pre-loved di prelovedstillinlove saya beli. Tak pernah dan tak akan pernah jual barang yang saya dapat percuma. “Sample (contoh) yang dimaksudkan adalah baju sample yang dipakai sewaktu sesi fotografi produk (baju model) yang ada satu saiz sahaja dan dijual di butik tersebut.

“Dan satu-satunya saiz yang sesuai dan ngam dengan saya tanpa perlu alteration. Lepas itu sekarang dah tak muat (padan muka siapa suruh makan nasi lemak) saya nak let go la,” tulisnya menerusi ruangan Instagram Stories.

Pada masa sama Wany turut memuat naik paparan skrin mesej yang dihantar seorang pengguna di laman sosial miliknya yang mendakwanya hebat dalam permainan jual beli barangan percuma. “Dapat barang percuma lepas itu jual kat orang, hebat-hebat permainan. Jelas kat situ *** sample,” tulis individu terbabit.

Tegas Wany, individu tersebut tidak perlu berasa bimbang kerana dia masih menjaga dan mementingkan etika serta keberkatan dalam setiap apa yang dilakukannya. “Jangan risau, saya masih lagi mementingkan etika dan keberkatan,” tambahnya.

Sanggup Ketepikan Cita Cita Untuk Jadi Doktor Demi Sara Ibu. Wany Hasrita Nekad Bongkarkan Dia Pernah Dikasari Bapanya Gara Gara Satu Hal Ini
SINOPSIS kasih sayang penyanyi Wany Hasrita terhadap ibunya, Norita Jaafar bak kiasan syurga di bawah telapak kaki ibu. Setiap bakti dan pengrbanan yang dicurahkan, semuanya demi wanita yang dipanggil ibu itu. Bahkan, selebriti berusia 28 tahun itu sanggup mengenepikan cita-cita bergelar doktor untuk masuk ke bidang nyanyian bagi menyara ibunya

“Jodoh ibu dan ayah tidak lama. Mereka berpisah tatkala saya menginjak usia 12 tahun. Sejak episod perpisahan itu saya dibesarkan dan tinggal bersama ibu sehingga hari ini.“Bayangkan betapa akrabnya hubungan kami berdua. Biarpun kadangkala berlaku perbezaan pendapat, tetapi kasih sayang kami tidak pernah pudar. Semakin hari semakin sayang.

“Ibulah sumber inspirasi dan peniup kekuatan agar saya sentiasa berani berdiri di atas kaki sendiri. Walaupun ada masanya saya mengalami ‘kejatvhan‘, namun mood sedih itu tidak lama kerana ibu berada di sisi,“ jelas pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah ketika ditemui SinarPlus pada sesi fotografi di butik villa Azura Couture, Shah Alam, Selangor minggu lalu.Bicara lanjut, sisi empati beliau semakin sarat apabila ibunya, Norita Jaafar, 49, yang bekerja di syarikat cari gali minyak dan gas terpaksa diberhentikan kerja (retrenchment) kira-kira empat tahun lalu.

“Justeru, sebagai anak tunggal, saya turut terkesan dengan situasi tersebut. Maklumlah, selama ini kos pendidikan dan sara hidup kami terletak pada bahu ibu.“Enggan terus berada dalam kesemp1tan hidup, maka solusi terbaik saya menerima tawaran menjadi artis rakaman di syarikat FMC (Fantasia Music City) dan melupakan impian seketika menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran di peringkat lebih tinggi,“ luah Wany Hasrita yang menzahirkan kesyukuran apabila niatnya untuk menyara ibu dipermudahkan ALLAH SWT.

Biarpun ketika itu perlu membahagikan masa antara karier nyanyian dan melunaskan pengajian tahun akhir, namun keutamaan pencinta warna terang tersebut tetap pada akademik. Hasrat beliau adalah ingin menjadi artis yang mempunyai ilmu dan pengetahuan.

Berkat sokongan padu ibu dan kegigihannya, Wany Hasrita berjaya memperoleh segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti Sains dan Pengurusan (MSU).“Setiap hari keluar sahaja rumah untuk bekerja, saya berdoa agar semua berjalan lancar. Diharapkan rezeki yang diperoleh mampu menampung kehidupan dan mengukir senyuman pada wajah ibu,“ tuturnya.

Butiran kata itu bukan sekadar taburan janji manis tetapi disusuli tindakan.Terbaharu, menerusi laman sosial Intagram peribadi, beliau berkongsi video kegembiraan apabila impian memiliki kediaman yang selesa untuk berteduh bersama ibu terlaksana.

“Alhamdulillah, untuk segalanya. Betullah, kata-kata itu satu doa. Setiap hari menyebut hendak membeli rumah, menunaikan haji dan umrah. Akhirnya, doa untuk membeli rumah dipermudahkan.“Ini azam saya tahun 2019, tetapi setahun tertangguh. Namun begitu, ALLAH tahu bila waktu terbaik untuk beri pada hamba-NYA. Ibu, ini rumah kita. Terima kasih pada semua yang mendoakan,“ coret beliau dalam satu entri Instagram selepas singgah kediaman dua tingkat di sebuah kawasan di Semenyih, Selangor.

Berjuang demi Syria

Sembang kami pada petang Khamis minggu lalu rancak meskipun hujan lebat membasahi bumi. Penulis gali satu persatu sisi diri artis yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu itu.Lantas, penulis bertanya tentang penglibatannya dalam misi kemanusiaan.

Tanpa berfikir lama, Wany Hasrita dengan penuh keterujaan berkata, jiwanya mudah tersentuh apabila melibatkan hubungan sesama manusia dan hal-hal kemasyarakatan.Justeru, beliau nekad untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan yang bermatlamat menghulurkan bantuan kepada insan memerlukan ataupun melibatkan alam sekitar.

Lagipun, Islam sentiasa menekankan agar manusia saling membantu antara satu sama lain. Firman ALLAH SWT: “…Dan tolong-menolonglah kamu dalam (melakukan) kebaikan dan ketakwaan dan jangan tolong-menolong dalam berbuat do0a dan permusvhan. Bertakwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH sangat berat seks4an-NYA.“(Surah al-Ma‘idah, ayat 2).

Justeru, titik permulaan pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2018 adalah dilantik menjadi Ikon Kemanusiaan Syria Care bersama rakan artis, Khai Bahar.“Bersyukur dengan rezeki-NYA yang memberi saya peluang menyumbangkan khidmat untuk kerja amal ini. Biarpun belum berkesempatan menjejakkan kaki ke Syria, tetapi itu bukan alasan saya tidak boleh membantu.

“Tiada batas untuk menghulurkan pertolongan sesama manusia. Tidak kira tempat kita atau di luar, mereka memerlukan bantuan. Kita harus saling membantu tidak kira bangsa atau agama,“ luahnya.Beliau juga reda apabila kunjungan ke Syria dijadualkan pada bulan April lalu terpaksa ditunda berikutan pandem1k Covi1d-19.

Wany Hasrita menambah, beliau berharap, menerusi penyertaannya bersama pihak Syria Care sedikit sebanyak dapat menyuntik kesedaran dalam kalangan masyarakat tempatan mengenai penderi1taan yang dialami oleh rakyat Syria.“Ini soal kemanusiaan yang mana kita hanya perlu menjadi manusia untuk merasa kasi1han,“ ujarnya yang sentiasa menyeru rakyat Malaysia khususnya para pengikutnya dalam laman sosial Instagram menyumbang kepada Syria Care.

Aktif.Siapa sangka di sebalik keanggunannya menyarungkan persalinan busana fabrik songket dan bercucuk sanggul lintang pada ketika mengalunkan lagu tradisional, Canggung, beliau sebenarnya wanita aktif dan lasak.Wany Hasrita yang memiliki ketinggian 164 sentimer itu berkongsi satu kisah lucu yang menyebabkan dirinya dimar4hi tervk oleh bapanya, Hasbullah Hassan.

Masakan tidak, jika kanak-kanak perempuan berusia enam tahun bermain boneka dan masak-masak, beliau pula lebih asyik bermain di l0ngkang besar bersama budak lelaki.“Biasalah zaman kanak-kanak. Tak terfikir pun soal bah4ya. Keutamaan masa itu hanyalah keseronokan bermain dengan kawan-kawan. Ingatkan dapat sembunyikan daripada pengetahuan ayah dan ibu, tetapi lain pula ceritanya.

“Sebaik saja ayah mengetahui aktiviti nak4l saya, apa lagi saya bukan sahaja dimar4hi, bahkan turut dipukvl. Sejak itu, sedikit demi sedikit saya cuba berubah menjadi anak perempuan yang lebih sopan,“ seloroh Wany Hasrita yang pernah bergayvt di buaian kepala di bawah, badan di atas.Pun demikian, beliau jujur mengatakan bahawa pengalaman dipukvl sedikitpun tidak menerbitkan perasaan benc1 terhadap bapanya.

Beliau mengerti tind4kan orang tuanya itu adalah untuk mendidik, apatah lagi anak perempuan wajar menjaga tingkah laku.Bagaimanapun, satu perkara yang tidak berubah, beliau sukar berpisah daripada terus melakukan aktiviti lasak dan mencabar.Penangan sikap tersebut secara tidak langsung telah mendorong Wany melibatkan diri dalam dunia perlumbaan kereta di bawah program Toyota Gazoo Racing.

“Sememangnya, saya suka memandu laju di lebuh raya terutamanya perjalanan jarak jauh. Justeru, apabila ditawarkan menyertai program berkenaan (Toyota Gazoo Racing), tanpa berfikir panjang saya menerima pelawaan tersebut.“Lagipun daripada memecut di atas jalan raya, lebih baik saya berlumba di litar kerana ia lebih selamat. Menariknya, menerusi program seumpama ini, para peserta juga berpeluang mempertingkatkan skil pemanduan dan diberi latihan intensif oleh jurulatih bertauliah,“ katanya yang pernah berdepan detik cemas apabila keretanya ters3ret akibat gagal mengawal ketika mengambil selekoh tajm di Litar Sepang Antarabangsa, Selangor.

Selain beliau, program Toyota Gazoo Racing turut disertai barisan selebriti wanita tempatan lain seperti Diana Danielle, Janna Nick dan Nabila Razali.Sebelum menamatkan bicara, Wany Hasrita yang merupakan juara cabaran Toyota Gazoo Racing Festival dan Perlumbaan Toyota Vios kelas selebriti di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu pada tahun lalu menitipkan pesanan:

“Tahap keselamatan memandu di atas jalan raya dan di litar adalah berbeza.Bagi individu minat berlumba kereta, anda disaran memilih platform betul dan mendalami ilmu terlebih dahulu daripada mereka yang pakar . Ia bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan demi menjaga keselamatan orang lain.”Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: SinarPlus

Bangga Impian Sudah Tercapai. Wany Hasrita Beli Sesuatu Yang Berharga Buat Ibunya Dan Rupanya Ada Dua Impian Lagi Yang Tak Tercapai
Wany bangga impiannya miliki rumah tercapai.IMPIAN penyanyi Wany Hasrita ingin memiliki kediaman sendiri akhirnya tercapai apabila dia menerima kunci rumah pertamanya itu, baru-baru ini.Menerusi perkongsiannya di Instagram, Wany atau nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata dia memasang impian untuk memiliki kediaman itu sejak tahun lalu.

“Alhamdulillah atas segalanya. Betullah kata-kata itu satu doa. Setiap hari sebut nak beli rumah, pergi haji dan umrah… doa dipermudahkan untuk beli rumah.”Ini azam saya tahun 2019, satu tahun delay tapi Allah tahu bila waktu yang terbaik untuk dia beri pada hamba-Nya.”Ibu ini rumah kita… terima kasih pada semua yang mendoakan,” katanya.

Wany tunjuk rumah yang baru dibeli.Penyanyi lagu Canggung ini turut berkongsi video dia bersama ibunya mengunjungi kediaman dua tingkat yang dipercayai terletak di Semenyih, Selangor itu.Dalam video yang dimuat naik di laman YouTube itu, Wany berkongsi kepada peminat ruangan dalaman rumah berkenaan.Malah, dia turut memberitahu akan melakukan beberapa pengubahsuaian sebelum berpindah masuk.

Wany berkongsi ruang dalaman rumah baharunya.“Ini adalah tanggungjawab ya! Rumah ini tak besar tak kecil tapi sedang cukup untuk kami berdua dan anak-anak kucing.”Alhamdulillah… saya juga merancang untuk mengubahsuai beberapa bahagian di rumah ini,” ujarnya.Menerusi laporan mStar pada Disember 2018, Wany berkata dua impiannya yang masih belum tercapai ialah membawa ibu menunaikan umrah dan memiliki rumah sendiri.-mstar

Selepas Giliran Mira Filzah Kahwin Kali Ni Wany Hasrita Pula Bakal Menamatkan Zaman Bujang. Wany Hasrita Dedahkan Sesuatu Tentang Status Dirinya Buat Warganet Terkedu.
PENYANYI Wany Hasrita berharap agar lagu nyanyiannya berjudul Canggung berjaya bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) akan datang. Wany atau nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 28, berkata dia sudah lama tidak beraksi di pentas AJL dan kebanyakan lagunya hanya berjaya sampai ke peringkat separuh akhir sahaja.

“Saya sendiri pun letak harapan yang besar untuk lagu ini sebab ia kena dengan jiwa saya. “Saya pun dah lama tak beraksi di pentas AJL, sebelum ini Menahan Rindu dan lagu-lagu lain hanya sampai ke separuh akhir sahaja, ” ujarnya kepada mStar

Wany ditemui ketika menjayakan rakaman Akustika Suria di Petaling Jaya pada Khamis. Dalam pada itu, Wany menafikan dia bakal mengakhiri zaman bujang dalam masa yang terdekat seperti khabar angin yang berlegar dalam kalangan peminat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Sumber : Mstar@Teh Tarik Kaw

Wany teroka dunia fesyen
HAMPIR lima tahun menceburi industri hiburan tanah air, penyanyi, Wany Hasrita menyatakan keinginannya mahu mengorak langkah lebih jauh, dengan menyusun strategi lebih mantap bagi mengembangkan lagi karier seninya.

Masih lagi bernaung di bawah syarikat rakaman FMC, penyanyi lagu Terlalu Memuja itu mengambil inisiatif mengatur semula pengurusan kerjanya ke arah lebih baik. “Kalau sebelum ini, saya diuruskan sepenuhnya oleh FMC. Tapi sekarang selepas perbincangan diadakan, mereka bersetuju untuk menguruskan kerjaya muzik saya sahaja, manakala untuk urusan kerja lain akan dikendalikan oleh saya sendiri.

“Dalam kata lain, kalau sebelum ini, mereka yang uruskan 100 peratus, tapi kini akan dibahagikan sama rata dan pasti memberi manfaat untuk kedua-dua pihak,” katanya. Bagi mengukuhkan lagi namanya dalam industri, Wany memaklumkan dia mahu meneroka dunia fesyen sekali gus mendedahkan dirinya dalam cabang seni itu.

“Bermula sekarang, saya nak lebih mendalami dan menonjolkan diri dalam dunia fesyen pula. Jadi, saya akan banyak muncul di pelbagai acara berkaitan fesyen serta cenderung melakukan kerja untuk kempen produk. “Sedikit sebanyak, kalau saya dapat sertai acara-acara dianjurkan jenama terkemuka, secara tak langsung dapat membuka ruang dan peluang yang lebih luas,” katanya.

Bercerita mengenai fesyen dan penampilan, Wany menjadi antara selebriti pada kalangan ‘budak baru nak up’ (BBNU) yang sering menerima kritikan pedas di awal kemunculannya. “Selepas beberapa tahun berada dalam industri, saya sekarang lebih terbuka melabur dan melantik penata gaya terutama untuk membantu menyesuaikan gaya bagi menghadiri acara hiburan tertentu.

“Setakat ini, ada beberapa penata gaya yang saya selesa bekerjasama dan mereka juga faham kehendak saya untuk disesuaikan dengan konsep gaya diilhamkan mereka,” katanya. Berkongsi juga perkembangan terbaharunya, Wany masih lagi teruja dengan kejayaan lagu, Canggung yang menjadi tumpuan ramai sehingga jumlah tontonan video muziknya mencecah lebih enam juta di YouTube.

“Saya sendiri tak menjangkakan sambutannya begitu menggalakkan untuk lagu Canggung ini. Walaupun sudah lebih tiga bulan dilancarkan sejak Mac lalu, ia masih lagi mendapat tempat di hati peminat dan tersenarai dalam carta lagu popular radio.

“Bagaimanapun, kini fokus saya adalah untuk menyusun dan menyelesaikan segala kerja yang tergendala kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Pada masa sama, alhamdulillah rezeki sebagai duta untuk beberapa jenama juga mengisi jadual saya,” katanya.

Selain itu, Wany juga baharu sahaja selesai merakamkan lagu baharunya hasil ciptaan gandingan mantap, penyanyi dan komposer Amylea Azizan bersama Farouk Roman. “Judulnya masih belum ada lagi tapi apa yang boleh saya kongsikan, ia adalah lagu baharu berentak balada yang lari sedikit daripada lagu-lagu pernah dinyanyikan sebelum ini.

Kiranya, ia lagu balada yang ada identiti Amylea dan Farouk. Malah, saya juga dapati ia sangat sesuai dijadikan lagu OST drama,” katanya. Tidak cukup dengan itu, Wany juga kini giat berusaha mencari material sesuai untuk menambahkan koleksi lagu untuk dirakamkannya.

“Saya ada minta satu lagu daripada komposer dan penyanyi rap, Altimet untuk projek seterusnya. Apatah lagi, kali ini saya mahu mencabar diri untuk keluar dari zon selesa serta menyampaikan lagu yang mempunyai elemen rap,” katanya.

Menurut Wany lagi, dia mahu mempelbagaikan kemampuan nyanyiannya dan secara tak langsung, dapat memberi alternatif lain yang lebih segar kepada pendengar.

“Saya sendiri yang nak pelbagaikan lagu-lagu saya. Sebelum ini, saya dah cuba nyanyikan lagu balada ala ‘Leman’, Irama Malaysia dan Pop. Termasuk, menyanyi duet dengan idola saya, Datuk Jamal Abdillah pun sudah dilakukan.

“Jadi, saya kena cari kelainan dan sentuhan karya lagu baharu yang segar buat peminat. Ini bagi membuktikan kepada mereka (peminat) bahawa saya boleh pelbagaikan nyanyian dan pada masa sama, mengukuhkan lagi penjenamaan nama sendiri,” katanya.

Cari peluang jadi pengacara

Ditanya mengenai bidang lakonan, Wany juga terbuka untuk menerima tawaran berlakon sekiranya dia mendapat peluang. “Dulu, saya pernah berlakon dalam telefilem dan jika ada tawaran yang bersesuaian, saya sedia pertimbangkan. Sejujurnya, saya sendiri pun masih teragak-agak dengan kemampuan lakonan sendiri kerana tak pernah membawa karakter yang berat dan bermain dengan emosi.

“Tapi, yang mula menjadi minat saya sekarang adalah untuk cuba melangkah masuk ke dalam bidang pengacaraan. Kalau ikutkan minat, saya selesa mengendalikan program santai kerana kalau rancangan berkonsep formal, tentunya banyak yang perlu saya pelajari,” katanya.

Terbaharu, Wany akan berganding dengan rakan karibnya iaitu penyanyi, pelakon dan pengacara Amira Othman bagi menjayakan satu karya berjudul ICU terbitan platform digital patuh syariah, Nurflix Original. “Ia adalah satu program baharu yang mungkin akan ada elemen drama mengenai individu-individu yang pernah berdepan situasi genting, yang secara tak langsung membuka mata mereka dengan kekuasaan Allah SWT.

“Terus-terang, sedikit sebanyak platform patuh syariah sebegini membuat saya berasa lebih selesa untuk bekerja dalam bidang lakonan berikutan semua prosesnya mengikut apa yang dituntut agama dan ada kawalan batasan pergaulan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Apam pink media

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *