ISU SEMASA Viral

Enggan masuk mahkamah, bapa bvnvh bayi diusung 6 anggota polis

Semalam kita dikejutkan dengan satu berita menyayat hati membabitkan seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang didakwa dibvnvh oleh bapa kandungnya sendiri.

Hari ini, bapa kandungnya yang yang bekerja sebagai tukang kebun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Bachok bagi prosedur perintah tahanan reman.

Dipercayai ada masalah mental

Namun, suspek berusia 40 tahun yang dipercayai mempunyai masalah mental itu enggan masuk ke dalam mahkamah sehingga perlu diusung oleh enam anggota polis.

Menurut laporan Kosmo! Online, lelaki tersebut dikatakan membaca pelbagai surah al-Quran dengan alasan untuk berdoa sebagai pendinding diri.

Walau bagaimanapun, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan anaknya.

P3dih kulit bayi dilumur garam

Majistret Mohd. Dinie Shazwan Ab. Shukor memutuskan tahanan reman terhadap suspek berkuatkuasa hari ini hingga Selasa depan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, mangsa ditemui dalam karung guni dengan kesan lebam di beberapa bahagian badan selain turut dilumur garam kasar.

Sumber: Kosmo Online , ohmymedia

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *