ISU SEMASA Viral

Peguam Ini Bersuara Dan Dia Sendiri Kagum Bagaimana Suspek Macau Scam Ini Boleh Lari Panjat Pagar Bangunan SPRM

Beberapa hari lalu media telah melaporkan seorang saspek yang dikaitkan dengan aktiviti Mcau Scam dan penggubahan wang hram berjaya larikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan R4asuah (SPRM)

Difahamkan saspek yang didakwa mempunyai gelaran Datuk Seri palsu terbabit sepatutnya turut ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kgiatan jvdi dalam talian.

Bagaimanapun, saspek bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Susulan berita yang tular di laman sosial itu, rata-rata warganet berasa hairan macam mana saspek boleh larikan diri.

Malah beberapa pihak juga tampil mengulas isu tersebut, antaranya adalah peguam popular, Nor Zabetha.

Kalangan warganet mengenali Zabetha sebagai seorang peguam yang banyak berkongsi pengalaman mengendalikan kes membabitkan penipuan.

Malah Zabetha juga sering mengulas cerita-cerita tular seperti isu membabitkan Eira Aziera yang menghiina seorang wanita baru-baru ini.

Cerita pasal pagar

” Teringat masa zaman sekolah rendah dulu. Saya masuk acara larian, lari berpagar.

” Cikgu kata “Hah! Kamu tinggi. Kita tak cukup peserta. Kamu masuklah acara lari berpagar ni”.

” Menjadi saya yang sentiasa okay ini, terus saya setuju walaupun kaki saya gagal melompat. Bila tiba acara, habis saya tibai semua sampai jatuh.

” Satu pun tak tinggal saya jatuhkan. Diketawakan pula oleh pelajar lain. Tapi saya habiskan.

” Cumanya kagum saya, ada yang lagi hebat berjaya panjat pagar pagar SPRM dan lolos.

” Saya rasa mereka bukan sahaja kaki sc4ammer malah wakil rumah sukan dulu. Hehe! Itu yang champion bukan main.

” Kalau saya idaklah lepas. Pagar yang kecil rupa itu pun, saya gagal. Masa kecik dulu saiz halus dari sekarang pun tetap saya gagal melompat larian berpagar.

” Baru kita kita bersorak dan meraikan secara separa berkenaan isu kemenangan berjaya diberk4asnya geng-geng peny4amar Polis, LHDN, Kastam dll.

” Terlepas pula. Ada rasa ralat waktu baca berita tadi. Haih..” tulis Zabetha.

Sementara itu menerusi ruangan komen pula, rata-rata warganet turut berasa hairan macam mana saspek boleh loloskan diri dengan memanjat pagar.

Malah ada yang berkata pagar di belakang SPRM itu boleh tahan juga tingginya.

” Hebat sunggut lah dia, serba boleh, menyamar boleh, lompat pagar pun boleh,” komen Zabetha sebagai membalas reaksi warganet yang pelik bagaimana saspek boleh panjat pagar walaupun berbadan besar.

Sementar itu, difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi saspeek terdiri daripada dalang utama serta dua pegawai polis dalam proses diserahkan kepada pihak polis untuk sias4atan berhubung kegiatan juudi dalam talian dan peniipuan Macau Scam.

Sumber memaklumkan, polis sedang giat menjalankan usaha memburunya

Sumber : asiakini

 

Kes Macau Scam: Datuk seri, 2 polis direman bawah Poca

Seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ bersama dua anggota polis yang sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes sindiket perjudian Macau Scam, hari ini ditahan reman di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959.

Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret S. Mageswary selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman ketiga-tiga lelaki berumur 34 hingga 39 tahun itu di bawah Poca selama 21 hari bermula hari ini.

Peguam Loi Yap Loong yang mewakili ketiga-tiga suspek ketika ditanya media berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kesalahan anak guamnya tetapi diberitahu mereka ditahan di bawah Poca.

Prosiding reman ketiga-tiga suspek yang memakai baju lokap berwarna oren bermula pukul 10 pagi dan selesai 11.30 pagi.

Isnin lepas, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata polis telah menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman yang dimohon oleh SPRM terhadap mereka setelah ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Beliau berkata mereka ditahan selepas dibebaskan SPRM.

Sumber : Bernama

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *