Hiburan

Sarah Tidak Lagi Berhijab.. Ini Komen Suami Sarah Hilderbrand

Perkongsian terbaru Sarah Hildebrand mengejutkan ramai neitzen apabila pelakon itu memuat naik sekeping foto memaparkan dirinya tidak berhijab bersama suaminya, Otto Gillen di Instagram sebentar tadi.

Menerusi perkongsian itu, pelakon berusia 30 tahun itu tidak meletakkan sebarang kapsyen sebaliknya hanya meletakkan nama nama akaun Instagram suaminya, @otto.gillen.

Tindakan pelakon itu sekaligus mengundang tanda tanya serta rasa kurang senang di kalangan peminatnya. Malah, rata-rata peminat turut menegur Sarah kerana mendedahkan aurat.

Dalam pada itu, ada yang membuat andaian kemungkinan foto yang dikongsikan itu adalah foto lama yang dimuat naik semula. Namun, ada yang mengatakan tidak perlu berkongsikan gambar ketika dia tidak memakai hijab kerana bimbang boleh mengundang fitnah.

Meskipun masih tiada kenyataan lanjut daripada Sarah mengenai perkongsiannya itu, rata-rata peminat mendoakan agar pelakon itu terus istiqamah untuk terus berhijab.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, suaminya memuat naik gambar berkenaan serta mengatakan dia menyokong penuh keputusan isterinya.

Sarah membuat keputusan untuk berhijab pada tahun 2015. Pelakon itu telah mendirikan rumah tangga bersama dengan pasangan pilihannya, yang merupakan seorang muallaf berda4rah kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 2019.

Sumber : rotikaya

Suami Sokong SARAH HILDEBRAND Buka Tudung

KECOH di laman sosial apabila pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand kini mengambil keputusan untuk membuka tudung atau tidak mengenakan hijab lagi.

Keputusan Sarah ini turut disokong sepenuhnya oleh suaminya, Otto Gillen.

“I love @sarahhildebrand so much. And I fully support all of her personal decisions.

“That is my one and ONLY response. Don’t message me,” tulis Otto pada Instagram (IG) stories miliknya.

Manakala Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand juga memuat naik status yang mempersoalkan, mengapa orang yang dianggap paling beragama selalunya menjadi orang yang paling pembenci dan tidak bertimbang rasa.

“Why is it that the most religious of us are often also the most hateful and intolerant?” tulis Sarah.

PERSOALAN yang dimuatnaik Sarah dalam IG Stories miliknya

Kemudian menerusi IG Stories, Sarah turut memuatnaik tiga video pendek berkenaan soalan yang diajukan.

Sarah juga berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakannya.

GAMBAR kenangan sebelum Sarah mengambil keputusan untuk membuka tudung. Doakan yang baik-baik buat Sarah ya

Sebelum ini Sarah popular dengan drama bersiri Pujaan Hati Kanda, Suami Tanpa Cinta, Rindu Awak 200%, Suami Tanpa Cinta dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *