Hiburan

Sepanjang Hidup Dah Lihat Huruf Perkataan Lirik Nombor Muzik Dalam Warna. Terkejut Tiz Zaqyah Baru Sedar Ada Kelebihan Luar Biasa Ini Sejak Kecil Lagi.

SENTIASA melihat perkara dari sudut berlainan dan mudah marah, aktress Tiz Zaqyah memberitahu dia baharu menyedari dirinya mengalami sinestesia sejak kecil. Menjelaskan dengan lebih lanjut, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 32, berkata, dia mampu melihat beberapa perkara seperti huruf, perkataan, lirik, muzik dalam bentuk warna dan gelombang.

“Pada hari ini (Khamis) saya dapati bahawa saya dilahirkan dengan sinestesia. Saya dapat mengesahkan ini kerana sepanjang hidup saya telah melihat huruf, perkataan, lirik, nombor, muzik dalam warna. “Bersinar…. kadang-kadang dalam gelombang. Macam-macam dan menarik!” ujarnya.

Tidak hairanlah sukar bagi orang untuk fahami saya. Pelakon yang popular dengan drama Nur Kasih ini juga tidak menolak dirinya sukar untuk difahami dan kadang-kala mudah marah. Tambahnya, dia juga melihat setiap perkara dalam perspektif yang berbeza daripada orang lain.

“Tidak hairanlah kadang-kadang sukar bagi orang untuk memahami saya. Saya mudah marah kerana mengharapkan orang memahami. Sekarang saya tahu mengapa saya melihat sesuatu perkara berbeza dan lebih masuk akal. “Kadang-kadang saya juga dapat mencium bau karya seni. Saya benar-benar fikir semua orang mempunyai perkara yang sama dalam fikiran mereka selama ini” ujarnya.

Untuk makluman, sinestesia merupakan keadaan berasaskan neurologi di mana stimulasi suatu indera atau laluan kognitif menyebabkan pengalaman luar kawal automatik, dalam indera atau laluan kognitif kedua. Individu yang memiliki sinestesia memiliki persepsi berupa penglihatan, pendengaran, atau sensasi daripada hal-hal yang biasanya tidak menimbulkan respon indra tersebut. Contohnya, individu itu akan melihat warna merah ketika mendengar atau membaca kata ‘Isnin’, bagaimanapun apabila mendengar atau melihat kata ‘Selasa’ ia akan bertukar kepada warna biru.

Sumber: Mstar

FENOMENA SINETESIA: SAAT SESEORANG MAMPU MERASA PERKATAAN

Pernah terfikir bagaimana bunyi untuk warna biru? Apakah rasanya? Bau sesebuah lagu? Apakah warna lagu kegemaran anda? Bagi kebanyakan orang, mungkin mereka tidak pernah mendengar fenomena sinestesia. Sinestesia ialah keadaan di mana seseorang itu mampu merasai sesuatu deria (contohnya: pendengaran) yang menterjemah kepada medium yang lain dalam masa yang sama (contohnya: visual).

Contoh lebih jelas apabila anda mendengar muzik dan anda mampu melihat corak-corak warna di dalam muzik tersebut secara visual. Jom kita lihat sinestesia yang melibatkan deria utama kita. Sebenarnya terdapat lebih 80 jenis sinestesia, tetapi ini antara senarai yang telah disenarai pendekkan.

1. Kromestesia – Melihat bunyi melalui warna. Sinestesia ini melibatkan bunyian dan warna. Melihat bunyi termasuk lagu dan diterjemahkan kepada warna. Pergerakan dan bentuk adalah termasuk sekali. Lain orang, lain pengalamannya. Setiap not ada warnanya yang tersendiri.

2. Sentuhan Cermin Sinestesia (Mirror-touch sinestesia)Anda melihat seseorang menyentuh telinga mereka, tetapi anda pula yang rasa seperti telinga anda disentuh. Malah dalam kalangan orang yang tidak mengalami sinestesia, lebih kurang 30% orang mempunyai gejala ini apabila mereka juga mengalami kesakitan sewaktu melihat orang lain terluka. Ini mungkin apabila kita ada perasaan empati terhadap orang lain.

3. Lexical-Gustatory Synesthesia. Antara jenis sinestesia yang jarang berlaku. Seseorang itu boleh ‘merasa’ perkataan. Bukan sahaja deria rasa yang terlibat, malah seseorang itu boleh merasa suhu serta lokasi perkataan tersebut. Contohnya perkataan ‘almari’, suhu yang panas dan rasa seperti ikan masin.

4. Sinestesia Kalendar. Anda boleh melihat warna setiap hari di dalam kalendar. Contohnya hari isnin berwarna kuning, selasa berwarna hitam dan lain-lain. Situasi ini berbeza bagi setiap individu. Malah mungkin juga seseorang itu akan mengalami minggu bekerja dengan warna gelap dan minggu bercuti dengan warna yang cerah. Sekali-sekala hari itu akan ditafsirkan sebagai bentuk (bulat, bujur, dll.).

5. Sinestesia Grapheme. Sinestesia grapheme berwarna adalah keadaan di mana seseorang itu melihat huruf dan nombor sebagai warna. Huruf ‘A’ contohnya boleh jadi warna hijau muda atau kuning, ataupun warna yang lain. Warna ini konsisten mengikut waktu. Dan keadaan ini juga antara fenomena biasa sinestesia.

Untuk yang tidak mengalami pengalaman sinestesia, ia sukar dibayangkan oleh seseorang kerana kita sendiri tidak merasai perkara tersebut. Sinestesia ini adalah subjektif dan sangat berbeza setiap orang, apa yang kita rasa, apa yang kita alami. Namun, apa yang dapat disimpulkan ialah sinestesia ini membantu kreativiti seseorang dalam menghasilkan sesuatu karya yang luar biasa. Sememangnya manusia adalah suatu makhluk yang kompleks.

RUJUKAN:6 Intriguing Types of Synesthesia: Tasting Words, Seeing Sounds, Hearing Colours And More. https://www.spring.org.uk/…/6-intriguing-types-of…Sinestesia, Fenomena Unik Saat Seseorang Bisa Merasakan Warna. https://hellosehat.com/…/sinestesia-adalah-merasakan…/

Gara gara sering dipersoalkan kenapa masih tiada pasangan sampai sekarang. Tiz Zaqyah mula buka mulut menjawab persoalan warganet itu. Akhirnya ini jawapan dari pelakon itu.

Pelakon Tiz Zaqyah tampil memberi nasihat terutamanya kepada individu di luar sana yang sering saja bertanyakan mengenai soal perkahwinan kepada orang yang masih bujang. Dia yang menyelar tindakan tersebut mengakui dirinya masih selesa untuk hidup solo kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta. “Sibuk sangat “bila nak kahwin”. Kau yang dalam f**ked up marriage, jangan bitter kat kami bujang ni. I’m lucky, i’m happy to have breakfast everyday with my parents. With my family. So shut up.”

This image has an empty alt attribute; its file name is Untitled-80-300x145.png

Kenyataan itu telah dikongsi Tiz Zaqyah menerusi ruangan twitter peribadi miliknya, hari ini. Menurutnya, walaupun sudah berkahwin, seseorang itu tidak perlu berasa iri hati dengan kehidupan orang masih bujang. Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh pelakon cantik itu. Perkembangan Tiz Zaqyah kini selain aktif berlakon, dia kini dilaporkan sering melakukan ‘Instagram Review’ di media sosial miliknya serta turut giat mempromosikan produk kesihatan.

SUMBER: BEAUTIFULNARA

“Cari Duit Cara Lainlah ..” – Peminat Tegur Tiz Zaqyah Terima ‘Review’ Produk Tayang Aset

Pelakon Tiz Zaqyah menerima kritikan warganet gara-gara tidak menapis produk sebelum membuat ulasan (review). Tiz menerusi Instagram (IG) miliknya membuat posting yang ditujukan untuk wanita mempunyai masalah payudara dan punggung. Entri tersebut memuat naik video yang menunjukkan seorang wanita menari sehingga menampakkan sebahagian payudara.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menegur dan memohon agar Tiz mencari duit sampingan dengan cara yang lain. “@mat_jijan02: Tak faham dengan dunia akhir zaman ni, ada lagi yg berniaga tayang aset sendiri. “@_.mhdamirull: Zina mata. “@norhisham_69: Cari duit cara lain la dari buat review macam ni. “@sh.rmro: Kes tak ada duit laa ni. “@wne_awz_firshaz: Awak memang ada share ke dengan dosa macam ini? “@cempaka125: Adakah awak pun dibayar banyak untuk review produk ini? Yang buat awak rasa rugi tolak. “@jue_2020: Orang sekarang ni mana kenal halal haram yang penting perut kenyang! Bila hati dah hitam… Selalu-selalu dengar ceramah ustaz yang baik-baik. Insyallah jadi baik,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Walaubagaimanapun, ada segelintir peminat yang tidak percaya dan mendakwa akaun IG Tiz telah digodam. “@ila.mohdkasim: Tak mungkin @tiz.zaqyah mempromosi produk seperti ini. Akaun dia kena hack kot? Kesian dia. “@lyne.zana: Tolonglah kata akaun Tiz ni kena hack. Saya mempunyai persepsi yang satu ini bahawa Tiz adalah wanita yang pintar dan berkelas. Iklan ini sangat bertentangan dengan apa yang saya fikirkan mengenai Tiz,” antara yang ditulis. Sebelum ini, usahawan kontroversi Safiey Illias dikritik selepas tidak menapis bahan sebelum dipromosikan di IG.-

sumber : GEMPAK, erakini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *