Hiburan

Bawa Baby Nur Fatima Check-up.. Netizen Bongkar Sesuatu Tentang Fazura..

Baru-baru ini, pelakon jelita Nur Fazura selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Nur Fatima Aisya dimana pastinya menjadi detik terindah buat dirinya dan suami.

Melalui pengalaman pertama sebagai seorang ibu, pelakon juga isteri kepada aktor Fattah Amin itu dilihat teruja menjalani rutin harian sebagai seorang ibu.

Menunaikan janji, pelakon Nur Fazura berkongsi nama diberi kepada puteri sulung iaitu Nur Fatima Aisya pada akaun Instagram (IG), @fattzuralovelife.

Melalui entri itu, Fazura memuat naik video menampakkan dia memangku bayi yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Jumaat lalu.

Fazura bagaimanapun tidak mendedahkan wajah penuh bayinya comel dan berkulit cerah itu.

“Assalamulaikum… Hari ini genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020.

Fazura berkongsi nama puterinya, Nur Fatima Aisya kepada pengikut melalui perkongsian di IG.

“Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima sudah berusia seminggu hari ini.

Tapi Daddy dan Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial,” tulisnya.

“Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada ‘aunties’ dan ‘uncles’ semua…

Terima kasih. Fatima tidak sabar hendak jumpa semua apabila Daddy dan Mommy fikir Fatima sudah sedia,” katanya.

Kapsyen itu turut menyebut Fazura dan suaminya, Fattah Amin hanya bersedia mendedahkan anak mereka kepada semua pihak apabila tiba masa sesuai.

Sebelum ini, pasangan selebriti popular itu memohon diberi sedikit masa untuk mendedahkan nama dan wajah anak mereka sehingga tujuh hari dilahirkan, selaras sunnah Rasulullah SAW.

View this post on Instagram

Fortunate is a woman whose first child is a daughter – Prophet Muhammad SAW Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga. Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah. Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga. ❤️ Dearest everyone. We are delighted to announce the birth of our first bundle of joy on this blessed Friday, 14 Safar 1442 and 2nd October 2020. She is a healthy babygirl bringing with her so much love and happiness into our lives. Please allow us to keep our precious baby’s name and face a secret until after seven days from today, following the sunnah of our beloved Prophet Muhammad (PBUH). In shaa Allah. We are truly grateful for your continuous love and prayers from the very beginning until Fazura’s safe delivery. Lots of Love from the three of us. ❤️ @fattzuralovelife ✨

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Bawa Ank Pergi Chec-Up, Netizen Terpandang Sesuatu Mengejutkan Pada Fazura

Namun, posting terbaru yang dimuat naik ternyata mencuri tumpuan peminat yang terpegun melihat kejelitaan pelakon berusia 37 tahun itu.

Dalam posting berkenaan, pelakon filem ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’ itu kelihatan anggun dan berseri dengan mengenakan blouse berwarna hitam.

Netizen Perasan Fazura Makin Cantik Walau Dalam Pantang

Keserian dan kegembiraan sebagai seorang ibu jelas terpancar di wajahnya yang mendukung Fatima ketika membawa bayinya itu ke klinik untuk pemeriksaan berkala.

Rata-rata posting itu mengundang pujian ramai warganet yang terpesona.

Dan kagum melihat kecantikan Fazura selepas bersalin walaupun masih dalam tempoh berpantang.

Terdahulu, pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan pada majlis tertutup di sebuah hotel ibu negara pada 27 November 2017.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Laman Maya

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *