Uncategorized

Dirancang Penuh Teliti.. Ini kronologi Macam Mana Suspeek Boleh Lepas

Kuala Lumpur: Seolah-olah dirancang dari awal dengan penuh teliti. Malah, kedudukan pagar keselamatan jenis anti-climb, jalan pintas dan susun atur sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, diselidik terlebih dahulu.

Semua itu membolehkan dalang utama sindiket cuci duit atau pengubahan wang haram berusia 32 tahun terbabit melarikan diri tanpa disedari pihak berkuasa dalam kejadian jam 6.30 petang Ahad lalu.

Difahamkan, suspek yang mendakwa sebagai Datuk Seri itu meloloskan diri dengan bantuan tiga pengawal peribadinya yang bertindak cekap dalam tempoh kurang dua minit.

Dia sebelum ini ditahan SPRM pada 2 Oktober sebelum direman sehingga Ahad lalu susulan siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan artis.

Sumber berkata, dua daripada pengawal peribadi suspek berperanan sebagai ‘kuda’ bagi membolehkan suspek memijak belakang tubuh mereka untuk melepasi pagar setinggi hampir dua meter itu.

Menurutnya, seorang lagi pengawal peribadi suspek menyambutnya di luar pagar sebelum mereka melarikan diri dengan menaiki Perodua Myvi.

Sumber itu berkata, terdahulu, sembilan suspek yang dilepas reman dibawa pulang ke ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk proses dokumentasi jaminan sekitar jam 6 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di pejabat SPRM, ramai anggota polis berkumpul di lobi utama bangunan.

“Ini menyebabkan semua suspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing. Ada kalangan ahli keluarga suspek juga hadir di lokasi untuk proses jaminan.

“Berlaku kekecohan di lobi utama bangunan SPRM apabila semua OKT (orang kena tuduh) enggan keluar dari kenderaan berikutan kehadiran ramai anggota polis di lobi Ibu Pejabat SPRM,” katanya.

Menurutnya, hasil perbincangan antara SPRM, polis dan peguam, polis akur dan bersetuju menunggu semua suspek di luar pintu utama Ibu Pejabat SPRM.

“Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, semua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing untuk keluar dari Ibu Pejabat SPRM.

“Ada empat kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput suspek yang melarikan diri.

“Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama disekat dan suspek lain ditahan polis semula.

“Bagaimanapun, seorang suspek yang dibebaskan dengan jaminan diserahkan SPRM kepada peguam beliau,” katanya.

PAGAR tempat suspek melarikan diri.
PAGAR tempat suspek melarikan diri.

Menurutnya, suspek bergelar Datuk Seri terbabit masuk ke dalam Toyota Vellfire bersama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.

“Dia masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.

“Bagaimanapun, dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, suspek dipercayai keluar dari kenderaan dan melarikan diri ke arah pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua pengawal peribadi.

“Lokasi suspek melarikan diri terselindung di sebalik tempat penyimpanan gas. Suspek dikesan memijak belakang tubuh dua pengawal peribadinya untuk melepasi pagar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek disambut seorang lagi pengawal peribadi yang menunggu di luar pagar.

“Sebuah Perodua Myvi menunggu di tepi jalan dan melarikan suspek.

“Apabila polis menahan Toyota Vellfire yang dinaiki suspek dan melalui pintu pagar utama, baru disedari suspek melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, tidak timbul isu kecuaian dan dakwaan ada pembabitan ‘orang dalam’ berikutan suspek ketika itu dibebaskan dengan jaminan.

“Pihak SPRM sentiasa memberi kerjasama baik dan membantu siasatan polis bagi memastikan kes berkenaan disiasat dengan rapi,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, individu yang melarikan diri itu bukan bergelar Datuk Seri seperti ditularkan ataupun dilaporkan.

Pada 8 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya mengesan ratusan syarikat diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa berhubung sindiket pengubahan wang haram dikaitkan dengan perniagaan membabitkan artis dan selebriti.

SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya Ford Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porsche serta beberapa motosikal berkuasa tinggi dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan haram.

Sebelum ini, SPRM turut dilaporkan memanggil pasangan selebriti untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram berkenaan.

Lepas Je Shuib Muat Naik Foto Terbaru Dengan Kereta Tiba Tiba Warganet Desak Iesya Toh Minta Maaf Pada Shuib. Rupanya Ini Sebab Warganet Desak Untuk Beliau Minta Maaf.

Selepas pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu memuat naik foto terbaru bersama isteri dan kereta mereka, pelbagai reaksi ditinggalkan warganet. Ia termasuk komen yang mengheret nama pengacara dan penyanyi Iesya Toh ke dalam ruangan komen dan mendesak personaliti tersebut memohon maaf kepada Shuib.

Antara komen tersebut mengatakan, Iesya sebelum ini pernah memuat naik hantaran di laman sosial Instagram (IG), mengaitkan Shuib dengan kes penggubahan wang haram dan Mcau Scam. Menyedari namanya disebut pada ruangan komen di IG Shuib, Iesya memohon maaf kerana dengan tindakan yang membuat hantaran semula (repost) dari Facebook (FB), foto pacuan empat roda yang dikatakan milik pelawak tersebut.

Tidak melenting namanya ditagged oleh warganet, bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) itu secara terbuka membuat permohonan maaf kepada Shuib. “Minta maaf @shuibsepahtu post pic kereta u, even repost from FB,” tulisnya.

Walaupun sudah memohon maaf dan tindakan tersebut menjadi perdebatan warganet, ada pengikut IG yang memuji Iesya kerana berani tampil di laman sosial suami kepada Siti Sarah itu. “Love U Iesya, humble straight to the point. Berani kerana benar, salah minta maaf…simple!”, komen sorang pengikut.

Love U more, tak kurang seringgit pun dengan minta maaf. Pic (gambar) tu SPRM yang keluarkan. Apa yang penting kes lagi besar sedang berjalan. Kita doakan agar yang salah boleh dibongkarkan oleh Allah SWT,” balas Iesya.

Selain itu menerusi tinjauan Gempak di ruangan komen, Shuib turut memberi respon kepada Iesya. “Terima kasih sebab banyak sebar dan fitnah saya. Saya doakan semoga awak diberkati dan dirahmati selalu,” tulisnya.

Sementara itu, Iesya ketika dihubungi Gempak enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu memanjangkan isu. “Saya minta maaf, saya tidak ada apa-apa komen lagi tentang perkara ini,” jawabnya ringkas.

Dalam pada itu Iesya menerusi sebuah hantaran di IGnya berkata dia hanya menulis berdasarkan rekod awam. Hantaran tersebut turut mendapat sokongan pengikutnya di IG yang tidak putus-putus memberikan kata-kata positif dan semangat agar Iesya terus menyalurkan informasi terkini di laman sosialnya.

Shuib Baru Sahaja Memaklumkan Penutupan 4 Cawangan. Rakan Kongsi BabyAnamoi Terus Beri Sindiran Padu Dan Dikatakan Mahu Menyaman Warganet Disebabkan Satu Perkara Ini
Sejak kebelakangan ini,heboh satu Malaysia berkaitan dengan kes SPRM melibatkan selebriti tanah air,Shuib dengan beberapa individu lain termasuk berpangkat Dayin dan Datuk Seri. Untuk pengetahuan semua,kes tersebut masih lagi di bawah siasatan pihak SPRM. Mereka yang dithn adalah untuk memberi kerjaama kepada SPRM untuk menyelesaikan kes tersebut

Manakala di media sosial,ramai mengatakan bahawa beberapa individu ditahn tersebut merupakan orang yang terlibat sebagai ejen atau boss. Untuk makluman semua orang,SPRM membekukan 750 akaun. Dengan simapan kira kira RM75 juta hasil aktiviti penggubahan wang haram,termasuk membabitkan selebriti.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Harian Metro

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *