ISU SEMASA

Isteri Pertama Pujuk Untuk Polig4mi.. Tak sangka Bila Dah Bermaduu Ini Yang Terjadi..

Assalamualaikum, sebenar aku nak minta pendapat korang tau. tolong fahamkan ya..

disebabkan tekanan hidup yang teruk dari awal perkahwinan, aku terpaksa rujuk kaunselor setelah aku berpisah.

Dan aku mula kenal dan belajar agama dan mengaji dengan seorang ustaz ni.

Aku kenal dia 1 bulan, terus dia melamar aku. Korang ingat aku nak? Memang tak la.

Aku tak nak terima sebab pengalaman macam-macam aku hadap sorang diri kelakuan lelaki sebelum ni.

Tambahan ustaz aku ni ada isteri yang cantik, muda dan ada anak 3 orang.

So aku pun reject.

Tapi malam yang sama juga, isteri ustaz tu melamar aku dan minta sangat2 untuk aku nikah dengan ustaz.

Aku tolak dan aku tak nak dah kawen.

Sampai aku berhenti belajar dan berhenti hantar anak-anak aku belajar dengan dia.

Namun isteri ustaz ni tetap dtg rumah aku, pujuk dan melamar aku.

Macam-macam cara aku mengelak dan tak jawab call diaorg.

Tapi diaorg dtg umah aku sampai aku tak de pilihan terpaksa jemput masuk juga.

Masa tu aku sampai rasa ada something diaorg nak dr aku sebenarnya.

Takkan la hebat sangat isteri ustaz ni punya agam sampai paksa aku kawen dengan laki dia.

So, pendekkan cerita setahun aku mengelak, akhirnya aku bgtau camnni sebab aku pun dah tak larat nak lari dan aku nak belajar mengaji.

Kalau ustaz rasa ustaz sungguh nak nikah saya kerana Allah, ustaz pergi la jumpa ayah saya.

Dan dia pergi jumpa ayah dengan isteri dia.

Pada mulanya ayah marah tapi entah isteri dia pujuk apa sampai ayah setuju.

Majlis berlangsung tahun lepas.

Mula2 risau juga aku sbb 2 perkahwinan aku gagal walpun bercinta sakan.

Ni pula nikah tak pernah bercinta.

Tapi alhamdulillah ustaz memang suami yang cukup sempurna untuk aku buat masa ini.

Madu aku tak bekerja tapi ada beberapa peniagaan online.

Kami diuji dengan ekonomi dimana PKP suami diberhentikan kerja Jadi suami tidak mampu untuk bagi nafkah.

Syukur juga aku ni bekerja ada pendapatan sendiri.

Sehingga la mereka terpaksa keluar dari rumah sewa dan madu aku pindah balik kampungnya.

Suami stay dengan aku kerana aku telah memodalkan untuk dia memulakan perniagaannya sendiri lebih kurang 20k+.

Isunya, madu jeles dengan aku.

Aku tak secantik dia tapi suami aku lain sikit bila dengan aku contohnya cara bercakap, suami lebih lembut dengan aku dr dia.

Bila ditanya suami kata sebab aku lembut. Madu aku agak kasar.

Dan suami aku kata dia lebih selesa dgn aku.

Sampai aku sendiri minta utk dia layan kami sama.

Namun madu tetap terasa.

Aku sendiri pun rasa sama je suami layan tapi madu makin menjadi-jadi dia punya jeles.

Tapi dia selalu nak tidur rumah aku. Lepas tu nanti dia yang sendiri sakit hati.

Sampai dia cuba nak jadi macam aku dan cuba tiru perwatakan aku.

Isunya, madu aku ni sudah buat cerita macam-macam pasal aku pada saudara-saudara terdekat.

Sampai ada juga kata aku ni bmohkan suami dan buat bagi suami tak ingat dan buat sihir pemisah utk dia.

Hu. korang rasa? Aku ni pergi kerja balik keja suami hantar ambil.

Sebab?

Sebab si madu ni dah jual keta diaorg dan ambil duit tu bayar apa yang patut dan dia shopping utk diri dia dan anak dia.

Sampai suami aku bgtau saudara, masa bila yang aku nak pergi buat kerja tak elok tu.

Aku ni memang sentiasa dengan suami sejak madu pindah kampong.

Tak cukup itu, dia buat posting-posting fb cerita kesusahan dia seolah-olah suami ni tak adil dan teruk.

Sampaikan adik ipar aku hantar msg kata aku ni perempuan tak baik, dan mcm sampai kubur mak ayah aku dimakinya.

Sedih sangat tapi aku tak pernah cerita kat keluarga aku sbb aku malu aku kawen asyek bermasalah je.

Sampai aku tak tahan aku minta suami aku ceraikan aku.

Tapi suami aku orang yang ada agama dan dia tau siapa salah dan tak.

Dia minta aku maafkan dan terima madu aku tapi aku sakit sgt rasa.

Baru ni aku bagi duit kat suami suruh dia balik kampong tgk madu tapi madu suruh mak dia ambik.

Suami aku terkejut bila mak yang dtg ambik kat ktm dia salam dan terus naik grab sbb mak dia minta utk suami aku tinggalkan aku dan pindah dari sini.

Mak dia nak bagi duit utk dia mulakan hidup baru dengan madu aku di KL.

Adik ipar aku upah kawan-kawan dia utk cari suami aku, pendekkan cerita suami aku jatuh masa cuba lepaskan diri dari geng tu.

Tapi suami aku jatuh, luka dan kaki dia retak.

Aku jadi makin benci dan meluat kat madu aku.

Masa tu suami aku call bgtau yang dia rindu sgt kat aku dan nak balik semula kat aku.

Tapi masa dia call tu dia tak cerita yang dia lari dr adik tu.

So aku Cuma suruh dia terus blk kampong. Bila dia balik sini, aku bawa dia pergi hospital doktor kata jari dia tu retak yang teruk.

Dan suami aku baru cerita perkara sebenar kat aku sbb dia kata dia tak nak aku risau.

Aku jadi makin geram dan tak boleh nak dengar pun nama madu aku ni.

Aku minta suami aku lepaskan aku sbb aku tak de masalah insyaAllah kalu dia tak de.

Pembaca sekalian, korang rasa?.. Aku suh suami pilih dia tak nak.

Aku dah malu nak pergi fail kes sebab br sgt nikah lg.

 

masa menunggu hari untuk bersalin saya kena pukul dengan suami Yang paling saya tak boleh terima dia tunjuk jari depan muka mak saya

 

Salam admin.saya ingin minta pendapat semua.

Sebelum saya bersalin masa menunggu hari untuk bersalin saya kena pukul dengan suami Yang paling saya tak boleh terima dia tunjuk jari depan muka mak saya dan kata mak saya tak pandai ajar anak.

Dia pukul saya depan mak, pakcik, anak sedara dan anak2 saya.

Dia ketuk kepale saya berkali kali dengan kuat walaupun mak dan pakcik saya cuba halang dia.

kmudian saya balik rumah mak dan pergi bersama keluarga saya ke rumah keluarga dia. kat situ kami dapat tahu yang dia pernah setahun tak keluar bilik dan tak bercakap.

Kat situ saya dan keluarga mula risau dan syak sesuatu. kemudian keluarga dia dan saya panggil dia datang bersemuka.

Dia datang tapi dalam keadaan mengamuk. tendang pintu maki hamun saya.

Saya dah nekad nak minta cerai tak saya jadi takut dengan dia yang tak boleh kawal marah.

Punca awal dia marah tak saya minta dia balik awal haritu tak saya demam dan due date saya dah dekat.

kebtulan haritu pun hari sabtu dia cuma keje half day.

Tapi masatu dia balik lambat.

Dalam keadaan tak sihat dan hamil saya agak merajuk bila saya rasa dia abaikan.

Dengan saya belum makan sedangkan dia tahu saya belum makan dan tunggu dia untuk singgah makan kat luar selepas balik dari klinik nanti.

kebetulan masa dia sampai tu saya baru selesai order foodpanda tak da tak tahan tunggu dia lama sangat tapi bila dia sampai rumah dia trus marah2.

tengking saya.

saya dalam keadaan emosi yang sensitif masatu.

Saya pun call mak saya minta ambil saya dan nak balik umh mak.

Mak saya ni jenis sayang menantu.

dia sayang suami saya.

tapi bila dia da nampk depan mata macam mana suami saya pukul saya dan dia tunjuk jari dpn mak sampai sekarang mak masih belum lupa dan maafkan dia.

Selepas kjadian tu balik dari rumah mertua saya terus ke balai buat rport kene pukul rupanya kat situ da ada rekod yang dia prnah kena tahan tak ganja.

polis bagitahu saya.

Rupanya memang dia hisap ganja.

Sebelum ni pernah beberapa kali saya jumpa ganja dalam beg dia tapi dia tak mengaku dia punya. dia kata barang kawan dia.

Saya ambil gambar ganja tu bagitahu kakak dia yang saya jumpa ganja tu tapi kakak dia cuma bluetick.

Dan pernah saya jumpa lagi dan saya bagitau ayah dia tapi tetap sama bluetick yang saya dapat.

Bila saya adu saya kena pukul jawapan yang pernah saya terima dari akk dia dia tak boleh cakap ape2 dan tak boleh campur urusan rumh tangga saya.

Sekarang ni saya da bersalin. Saya da tawar hati pada dia tak saya sentiasa tringat ape yang dia buat pada saya dan mak saya sebelem ni.

Anak2 saya pun yang sebelum ni harapkn bila saya berkawin dapat la mereka tumpang kasih sayang ayah tiri tapi tak.

Anak saya selalu kena marah, selalu ada je salah.

pernah kena pukul berbilai2 badan tangan dan kaki. pernah kena tampar kat muka sampai menangis padahal masa sebelum kawin baik je dia layan dan sayang anak2 saya.

Tapi mungkin tu hanya lakonan dia. Saya sendri pun masa awal2 mengandung malah tak sampai sebulan kawin pun da kena pukul sampai kn pcah komputer dan pintu bilik dia kerja kan.

Sekarag slepas saya bersalin dia da tak ade pkul saya lagi cuma satu yang saya kena terima dia hisap ganja.

tak kami da bincang hal ni. dia kata dia memang tak boleh berhenti isap ganja.

Saya pun buntu dengan hidup saya ni. saya da berape kali minta dia lepaskn saya dengan cara baik api dia tak nak.

saya berani bagi tahu minta lepaskan pun cuma dari whtsp. tak berani cakap depan2 dia tak saya da boleh agak mesti di akan mengamuk pukul saya.

Dia prenah bgtau saya masa dia pukul saya depan mak saya dlu yang masatu dia tak sedar.

Saya dan anak2 hidup dalam keadaan tertekan.

Ketakutan lagi2 time dia mengamuk tapi sekarang kalau dia mengamuk dia maki saya akan jawap balik.

saya da tak ade rasa takut dengan dia. Tak more pada menyampah dan geram. dia suka maki hamun.

sekarang yang buat saya risau kalau saya minta cerai saya risaukn anak saya yang kecik ni sebab dia masih minum susu dan guna pampers sdangkan saya skarang tak bekerja.

Lagi2 dia pernah bagitahu yang dia akan fight untuk dapatkan hak pnjagaan ank kami.

Kemudian Saya ada fikir nak report aadk tapi saya fikir macam saya terlalu zalim pula.

tak kesan kalau saya report aadk ni dia akan hilang pekerjaan dia sekaramg yang juga masa depan dia.

Dia hilang saya. dan hilang anak. mahu gila pula dia nanti. rasa cara tu kejam sangat pada dia.

Tp bila saya minta lepas cara baik dia buat tak tahu.

Saya jadi stress dan tertekan hidup mcm ni.

Lagi2 bila da tawar ati pada dia walaupun dia elok dari segi nafkah zahir dan batin tapi sikap dia yang macamtu.

dan ape yang dia da buat pada saya, mak dan ank2 dah btul2 buat saya tawar hati untuk teruskan prkawinan ni.

Jadi mohon pendapat cara macam mana yang baik untuk saya berpisah dengan dia dan anak kami yang baru berusia setahun ni jadi hak jagaan saya tanpa dendam dari dia. mohon pendapat.

terima ksih.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :kisahrumahtangga/sostomatoonline
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *