ISU SEMASA Viral

“Ambillah hati ibu nak..” Ibu Muda Ini Sanggup Derma Sebahagian Hatinya Demi Anak Tercinta

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu mahupun bapa kepada anak-anak penyambung zuriat mereka.

Menerusi laporan Harian Metro, satu kisah meruntun jiwa apabila seorang ibu sanggup berkorban demi melihat anaknya kembali sihat seperti kanak-kanak seusia dengannya.

Baby Aryan, ambillah hati ibu nak

“Baby Aryan, ambillah hati ibu nak.”ungkapan penuh makna memperlihatkan pengorbanan Fatin Nabilah Ab Aziz untuk anaknya.

Anaknya Mohamad Faqish Aryan Mohamad Yuslin Affiq yang berusia setahun menghidap Biliary Atresia sejak kecil.

Fatin Nabilah dermakan sebahagian kecil hatinya untuk anak tercinta

Pada 4 November ini, Fatin Nabilah, 26, akan mendermakan sebahagian kecil daripada hatinya kepada anak tercinta yang kini semakin lemah dan memerlukan pembedahan segera.

Jelas Fatin Nabilah, keputusan untuk berkongsi hati itu dibuat sejak anaknya itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara beberapa bulan lalu.

Saya tidak sampai hati melihat keadaanya

“Saya tidak sampai hati melihat keadaannya. Dia boleh pengsan jika tidak minum susu selama setengah jam”.

“Perutnya semakin membesar dan dia semakin lemah. “Memang ada yang sudi dermakan, tetapi biarlah badannya menerima hati daripada darah daging sendiri, doktor turut mengatakan itu lebih baik,” katanya.

Ujar Fatin Nabilah lagi, dia tidak bekerja dan hanya mengharapkan orang ramai menghulurkan bantuan untuk membiayai kos perubatan berkenaan.

Simpanan sedia ada sudah habis digunakan sepanjang berada di hospital

Katanya, dia memerlukan RM12,000 lagi untuk menampung rawatan keseluruhan bernilai RM120,000.

“Setakat ini, saya hanya bergantung kepada bantuan orang ramai yang simpati dengan keadaan anak saya”.

“Saya tidak bekerja manakala suami hanya bekerja sendiri. Simpanan sedia ada pun sudah habis saya gunakan sepanjang berada di hospital untuk pemantauan sejak dua bulan lalu,” katanya.

Berdoa supaya anaknya dapat hidup normal seperti orang lain

Tampak sedih riak wajah ibu ini yang turut berkongsi kisah anaknya itu di Facebook sehingga mengundang simpati rakan serta kenalan yang turut membantu mendapatkan dana.

Katanya, dia berdoa supaya pembedahan itu berjalan lancar dan anaknya itu dapat hidup normal seperti orang lain.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, saudara Junaidi Harris turut sama berkongsi kisah adik Mohamad Faqish Aryan ini.

Boleh menderma menerusi akaun yang tertera dibawah

 

Kepada sesiapa yang menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB Bank nombor 7611143446 atas nama Fatin Nabilah.

Diharap semoga segala perancangan keluarga Fatin Nabilah dapat dipermudahkan dan anaknya kembali sihat seperti kanak-kanak lain.

Sumber : yoy, Hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *