Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Ibu Dua Anak Ini Merana Selepas Ditinggalkan Suami Warga Asing Kini Tinggal Di Bilik Sewa Sempit Kongsi Bilik Air Bercampur Dengan Warga Asing Lain

Nilai: Seorang wanita hanya mampu menangisi nasibnya bersama dua anak kecil apabila diceraikan suami warga Pakistan yang pulang ke negara asal.Ibu tunggal, Hanum Ramli, 40, berkata, dia baru saja diceraikan suami dua bulan lalu dan ditinggalkan di bilik sewa di rumah kedai di Nilai bersama dua anak, Muhammad Hassan Muhammad Hussain, 1, dan Muhammad Harith, 6.

“Kami tiga beranak ditinggalkan di bilik sewa tanpa kemudahan asas dan yang merumitkan keadaan ialah bercampur dengan warga asing yang lain serta berkongsi bilik air sama.

“Saya tidak bekerja dan hanya bergantung kepada sumbangan Baitulmal sebanyak RM250 sebulan sedangkan bilik sewa ini pun sudah RM300 sebulan, belum termasuk perbelanjaan lain.Bekas suami tak tolong langsung dari segi perbelanjaan harian dan dalam masa yang sama kesihatan saya sering terganggu kerana anak bongsu ini dilahirkan secara pembedahan,” katanya yang berasal dari Johor Bahru.

Katanya, dia tiada kemahiran dan kalau mahu bekerja pun anak-anak masih kecil memerlukan yang penjagaan sepenuhnya.

“Saya dulu pernah tinggal di Johor dengan menumpang di tanah kerajaan tetapi sekarang hanya emak bersama adik-beradik lain tinggal di situ dan saya tidak mahu menyusahkan mereka.Saya ada dua lagi anak lelaki berusia 14 dan 16 tahun dari perkahwinan pertama tinggal di asrama anak yatim di Pontian, Johor.

“Tahun ini saya tidak lagi bertemu dengan dua anak saya yang meningkat remaja itu dan mereka pun tidak tahu keadaan saya tetapi saya hanya berjanji akan mengambil mereka jika ada kediaman yang selesa nanti,” katanya.

Hanum berkata, dia tiada tempat bergantung dan kalau ada masalah dia hanya mengadu kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) yang sering membantunya.

“Malu juga tetapi saya tiada pilihan kerana saya tiada sesiapa di sini dan lebih malang gagal dalam perkahwinan namun kehidupan perlu diteruskan demi anak-anak yang masih kecil.

“Saya sedang mencari pekerjaan yang sesuai yang boleh dilakukan di rumah kerana perlu menjaga dua anak yang masih kecil malah saya juga mengalami sakit pinggang selepas pembedahan anak bongsu,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, Pengerusi PERKASIH N9, Norfadilah Mansor berkata, pihaknya cuba membantu Hamun mendapatkan lain-lain bantuan terutama bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Pihak kami juga sedang menguruskan sebuah kediaman yang lebih selesa di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kadar sewanya lebih murah lagi RM150 sebulan,” katanya ketika dihubungi tadi.

Orang ramai yang bersimpati dan mahu menyumbang bagi meringankan beban keluarga ini, bolehlah terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 01122 29 00023471 5 (Hanum Ramli).

SumberKredit:MetroHarian

 

Isu Kahwin Campur, Peguam Syarie Ini Dedah Kenapa Lelaki Bangladesh Sukakan Wanita Melayu

Berbekalkan charm Shah Rukh Khan, mereka cukup pandai berjanji manis, licik dan majoritinya suka menikahi wanita Melayu. itulah komen peguam syarie Ustaz Shazril Khairy Mustafa tentang trend perkahwinan campur melibatkan lelaki Bangladesh dan wanita tempatan.

Kata Ustaz Shazril, kadang-kadang tak logik akal kenapa seorang pemuda Bangladesh atau Pakistan tergamak mengahwini wanita Malaysia di kalangan warga emas.

“Tolong saya ustaz, dia sudah pukul saya. Lepas sah nikah dia sudah keluar rumah tinggal dengan perempuan lain. Saya kena bela dia. Hari-hari dia ugut saya minta duit”

Dialog kes di atas, klien saya berusia 64 tahun berkahwin dengan warga dari Pakistan berusia 25 tahun. Kes tahun 2010.

Hari ini saya nak mengulas tentang perkahwinan dengan warganegara asing. Sejak saya praktis saya telah mengendalikan terlalu banyak kes pengesahan nikah wanita Melayu dengan warga asing.

Paling ramai warga Bangladesh, kedua warganegara Pakistan dan ketiga banyak adalah warganegara Indonesia. Macam-macam jenis surat nikah saya telah lihat.

Palsu pun boleh nampak macam ori. Kekadang sukar hendak dibuktikan kecuali bukti bergambar atau rakaman video.

Perkahwinan dibuat di selatan Thailand atau wanita tersebut pergi ke Bangladesh atau Pakistan untuk bernikah di sana. Kena tahu mazhab apa yang diamalkan.

Perkahwinan tersebut dijalankan dengan cara yang berbeza. Dan semasa perbicaraan di mahkamah kena buktikan mazhab yang digunapakai semasa upacara pernikahan tersebut.

Bagi perkahwinan dalam Malaysia terdapat sindiket yang mengendalikan perkahwinan katanya Imam atau orang kuat agama dari kalangan mereka sendiri. Perkahwinan ini tidak sah. Tetapi sekiranya adanya wali berkemungkinan sah jika memenuhi rukun nikah, namun tetap dianggap sindiket.

Dalam kes melibatkankan pernikahan dengan warganegara asing ini saya paling tegas ‘tidak kasi muka’. Kenapa?

Antara sebab wanita Melayu memilih untuk berkahwin dengan warga asing terutama dari Bangladesh dan Pakistan:

  1. Wajah Shah Rukh Khan.
  2. Pandai ayat dan kata-kata manis.
  3. Warga asing.
  4. Anda boleh tambah lagi.

Antara yang saya lihat kenapa warga asing memilih berkahwin dengan wanita Malaysia:

  1. Mudahkan tinggal lebih lama di Malaysia atas tiket perkahwinan.
  2. Nak memohon warganegara selepas 10 tahun.
  3. Nak menggunakan nama isteri untuk berniaga di Malaysia. Semua diuruskan oleh mereka dan cara itu rakan-rakan dari Bangladesh dan Pakistan dibawa masuk lagi untuk bekerja dengan perniagaan nama isterinya.
  4. Anda boleh tambah lagi.

Saya hanya geleng kepala. Dan kebanyakan berakhir perceraian. Sebabnya hilang dengan surat nikah dan tinggal dengan wanita lain.

Foto: Rida Shah’s Photography

Ada juga kes yang saya kendalikan, bapanya telah berhutang banyak dengan Bangladesh ini, sebagai cagaran anak tersebut dinikahkan dengan Bangladesh tersebut. Pada ketika itu usia baru 18 tahun.

Masih terngiang di telinga saya Bangladesh ini berkata, ‘Saya mau kasi hancur dulu ini perempuan supaya tiada siapa mahu kahwin dengannya lagi. Selepas 5 tahun berkahwin endingnya bercerai.’

Ada juga berkahwin semata-mata renewpermit. Selalunya orang asli atau wanita di pedalaman dan andartu. Wanita ini dipujuk rayu dan akhirnya bersetuju berkahwin. Selepas sahaja berkahwin ditinggalkan.

Tidak terlepas juga janda, menjadi alasan balas dendam kepada bekas suami, katanya dengan orang melayu pun boleh cerai lebih baik kahwin dengan Bangla.

PERANGKAP CINTA

Ada juga masih isteri orang ditangkap khalwat dengan Bangla. Bila disiasat telah lama berkawan dan banyak kali terlanjur. Suami menoreh getah di Sik, Kedah. Isteri bekerja kilang di Sungai Perati. Kerap overtime walhal singgah di Hotel Cinta Sayang. Paling dahsyatnya boleh bercakap Bangladesh dengan pasangan yang ditangkap bersamanya.

Bayangkanlah boleh menguasai bahasa Bangladesh. Agak-agak berapa lama depa kawan?

Ramai juga mereka ini menjadi kontraktor atau membuka kedai atas nama isteri. Kalau tak percaya semaklah kedai-kedai Bangladesh dan Pakistan ini. Pastinya anda akan lihat pendaftaran syarikatnya adalah nama isterinya. Warga asing tidak dibenarkan berniaga di Malaysia.

Cara percakapan lemah-lembut gemalai membuatkan masyarakat setempat percaya dan tertarik dengan warga asing ini. Tetapi tidak bagi saya. Saya amat memahami perangai dan kehendak warga asing ini dan saya amat simpati dengan wanita yang berkahwin dengan warga asing ini.

Endingnya berakhir perceraian apabila mereka ini pulang ke negara mereka dan tidak balik ke Malaysia.

Rupa paras mereka menjadi ‘penunduk’ wanita tempatan

Pernah saya bertanya kepada seorang warganegara Bangladesh apa yang dia buat di Malaysia? Beliau memaklumkan bahawa pendapatannya di Malaysia dihantar balik ke Bangladesh dan beli tanah. Di Malaysia mereka kuli di Bangladesh mereka dihormati.

Kebanyakan pula telah ada pasangan atau telah berkahwin di Bangladesh sebelum datang ke Malaysia. Malaysia lubuk mencari rezeki bagi warga Bangladesh dan Warga Pakistan. Wang dihantar balik ke negara mereka untuk membeli tanah dan aset-aset lain.

Bila aset telah banyak mereka kembali ke negara mereka semula. Mana mungkin wanita Melayu dapat tinggal di sana yang berbeza adat dan resam contohnya minum susu masam dan lain-lain lagi.

Sekiranya terjadi perceraian, mangsa adalah anak-anak. Sukar untuk menuntut nafkah anak, eddah, mutaah, tambahan melibatkan harta sepencarian.

Aset kebanyakan di Bangladesh atau Pakistan. Susah hendak dibuktikan. Undang-undang berbeza dan sukarnya juga nak dikuatkuasakan. Pendek kata jangan harap apa-apa. Kena redha dan pasrah banyak.

Walau bagaimanapun ada juga yang baik. Masih hubungi saya dan bersahabat baik dengan saya hingga hari ini.

Pesanan saya bagi yang akan berkahwin dengan warganegara Bangladesh dan Pakistan ini fikir 100 kali. Cinta itu buta, tapi jgn butakan hati anda.

Bagi yang telah berkahwin jagalah sebaik mungkin. Anggap jodoh telah ditentukan Allah.

Bagi yang berpisah atau bercerai dengan warga Bangladesh dan Pakistan ini bertabahlah menempuh hari-hari mendatang.

Sumber : nona

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *