Hiburan

MV ‘Siapa Tak Mahu’ Siti Nurhaliza Dipuji Orang Luar, 800 Ribu Tontonan Kurang 24 JamO

Penyanyi kegemaran ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan menonton video muzik lagu terbaharunya, Siapa Tak Mahu di YouTube miliknya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, beliau memuat naik ucapan terima kasih kepada semua yang menyokong video klip terbaru beliau.

 

Baru dilancarkan, telah cecah 500 ribu tontonan

“Dilancarkan malam tadi, video muzik #SiapaTakMahu telah mencecah 500 ribu tontonan, terima kasih semua,” tulisnya semalam.

Selain itu, Siti juga turut memuat naik satu lagi perkongsian di Instagram miliknya berkenaan muzik video tersebut.

 

 

 

Terima kasih kepada semua yang menonton

“Dilancarkan malam tadi, video muzik #SiapaTakMahu telah mencecah 500 ribu tontonan, terima kasih semua”

“Ramai yang bertanyakan mengenai trending, team saya bersama label & youtube expert mengambilberat untuk terus mengenalpasti. Tak mengapa, kita fokus terus, tonton, like, share dan jangan lupa subscribe ya”.

“Terima kasih kepada semua yang telah menonton dan memberikan ucapan positif di atas pelancaran muzik video ini”.

Pendengar luar negara turut menikmati muzik video Siapa Tak Mahu

Video tersebut merupakan reaksi seorang pendengar luar negara yang terpaut dan menikmati lagu serta muzik video Siapa Tak Mahu.

Menerusi video yang direpost oleh Siti, wanita kulit hitam itu terlihat teruja mendengar lagu milik Siti yang tidak difahaminya.

Sebuah lagu yang sangat indah

“Ini adalah sebuah lagu yang sangat indah dan MVnya sangat memukau. Oh Siti Nurhaliza terlalu cantik!,”ucap wanita itu penuh teruja.

Muzik itu boleh menyatukan kita

“Seronok tgk reaksi orang luar bila buat reaction lagu kita. Betullah, muzik itu boleh menyatukan walaupun kita tak faham pun apa maksudnya. Thank you for the positive reviews,”.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen positif mengenai muzik video itu dan turut menitipkan doa serta sokongan buat penyanyi kesayangan mereka itu.

Sumber :yoy

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti