Uncategorized

Sakit Sampai Tak Boleh Nak Bangun. Nabil Ahmad Dedah Dia Kena Satu Sakit Ini Dan Masih Bergantung Pada Ubat Dan Ini Rupanya Punca Dia Terpaksa Undurkan Diri Dari Kendalikan Program Tersebut

Baru baru ini dikhabarkan pengacara Gegar Vaganza 7 ( GV7 ),Nabil Ahmad mendedahkan dia disahkan hidap sakit hernia atau dipanggil angin pasang hingga menyebabkan dia terpaksa undurkan diri daripada mengendalikan program tersebut pada mimggu pertama Ahad lalu. Tambah Nabil lagi,biarpun pernah jalani operasi beberapa tahun lalu,dia masih berisiko untuk berdepan sakit yang sama sekiranya mengabaikan kesihatan.

“Saya kena angin pasang tetapi tidak serius. Saya pernah menjalani rawatan untuk sakit ini beberapa tahun lalu tapi ia datang balik secara tiba-tiba.”Sakit memang sakit, s3nak sampai tak boleh bangun! Siapa yang ada pengalaman faham apa yang saya lalui. Sekali dia datang sumpah tak nak kena lagi,” katanya kepada Gempak

Nabil yang ditemui selepas konsert kedua GV7 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad memberitahu dia masih bergntung pada ubat-ubatan dan perlu membuat pemeriksaan berkala. “Sekarang sudah beransur pulih, tinggal 10 peratus lagi bergantung pada ubat-ubatan dan berulang-alik ke hospital.

“Saya dinasihatkan doktor untuk sentiasa bersenam, menjaga kesihatan sebab saya terlalu aktif keluar bekerja. Berdiri lama-lama dan stress.”Makan pun tak jaga, tidur lambat. Jadi, sentiasalah jaga kesihatan diri! Kita selagi tak kena peringatan, malas jaga diet. “Kadang-kadang kita lupa umur semakin meningkat. Oleh itu, ini merupakan satu peringatan yang sangat baik dari Allah untuk kita,” tambahnya.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi. Aplikasi Astro Go dan portal Gempak turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi untuk musim ini.

GV7 bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul Kapsul Gegar Vaganza.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober dan siaran ulangan  pukul 11.30 malam.Untuk pengisian di platform digital, program Gegar Vaganza Live Plus akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7.Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama GV7 juga bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105).

Selepas Menjalani Ujian Saringan Covid 19. Nabil Ahmad Kongsikan Reaksinya Menerusi Satu Video Ketika Menjalani Ujian Itu Sehingga Meraih Perhatian Orang Ramai.

Pengacara dan pelawak terkenal Nabil Ahmad menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah awal pencegahan pandemik tersebut. Menerusi laman sosial Instagram, Nabil berkongsi sebuah video ketika mengambil ujian saringan tersebut untuk tatapan umum.

“Memang muka swab test macam ni eh rupa dia? Kalau masuk news, shoot muka ni yang diorang highlight ni,” tulis Nabil di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian berdurasi 30 saat itu lagi, Nabil dilihat menahan kesakitan dan terbatuk ketika alat dimasukkan ke dalam hidungnya untuk mengambil sampel.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan kesihatan Nabil dan keputusan ujian yang diperolehinya kelak negatif.  Malah, tidak kurang juga yang terhibur melihat aksi menahan sakit Nabil dengan wajah hampir tebersin. “Haaa, sakit kan? Bayangkan kalau anak-anak kita buat swab test. Kesian anak-anak. Jadi, kita jaga kita ya,” komen seorang wargamaya.

“Sakit dia tu tak kelakar ye. Semoga semua urusan Nabil dipermudahkan,” kata seorang wargamaya. “Hahaha sorry Nabil tapi ni memang lawak,” usik seorang wargamaya. “Awat kami yang berair mata tengok,” tulis seorang wargamaya. “Muka macam kena bersin singgah tu bang, jaga-jaga kang kejang,” pesan seorang wargamaya lagi.  Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram. Sumber: Gempak

Reaksi Tunku Hajah Azizah Aminah dan anakandanya meraih perhatian orang ramai selepas melakukan swab test. Ini reaksinya sehingga membuatkan ramai terhibur.

Pandemik Covid-19 di Malaysia kembali menunjukkan peningkatan sejak beberapa minggu lalu. Hal tersebut pasti membimbangkan semua pihak kerana hampir kesemua sektor sudah mula beroperasi. Oleh itu, ramai yang mulai menyedari kegawatan tersebut dengan mengambil inisiatif untuk melakukan swab test atau ujian saringan bagi memastikan diri bebas daripada wabak tersebut.

Lakukan ujian saringan Covid-19. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut tidak ketinggalan melakukan swab test dan perkara itu dikongsikan baginda di laman Instagram miliknya. Selain Tunku Azizah, anakanda baginda iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah turut sama melakukan proses ujian saringan berkenaan. Namun begitu, kapsyen comel daripada Raja Permaisuri Agong telah berjaya meraih perhatian warganet kerana berseloroh dengan reaksi anakandanya semasa melakukan proses tersebut.

Comellah Tuanku & Tengku Ahmad. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan pelbagai komen selepas menonton video tersebut. Rata-rata memuji kecomelan Tunku Azizah dan Tengku Ahmad Ismail selain mendoakan agar baginda dan keluarga dilindungi Allah SWT. Kita jaga kita. Semoga Tuanku & anakanda diberi kesihatan yang baik

Jalani ujian saringan COVID19 . Rebecca Nur Al Islam dedah punca dia buat ujian saringan dan pengalaman dia sepanjang melalui proses tersebut

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menjalani ujian saringan COVID-19 selepas pulang dari Sabah.Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Rebecca atau lebih mesra disapa Becca berkongsi beberapa foto ketika mengambil ujian saringan tersebut.Menurut Becca, tindakan itu dilakukan sebagai tanda seorang rakyat yang bertanggungjawab selain untuk memastikan keselamatan keluarganya.

“Baru tiba di KLIA dari KK, Sabah. Alhamdulillah. Mummy Becca telah menunaikan tanggungjawab mummy sebagai seorang RAKYAT dan IBU yang mempunyai ramai anak-anak kecil dirumah.“Alhamdulillah.Dalam pada itu, Becca juga berkongsi pengalaman melakukan ujian saringan berkenaan.“Swab test dihidung dan tekak telah dilakukan. Sakit? Sumpah tak sakit langsung. Alhamdulillah… Terima kasih petugas barisan hadapan.

“P/s- Mummy sudah, you all bila lagi? Walaupun anda tak pergi ke tempat berisiko tetapi swab test adakalanya perlu buat supaya kita rasa selamat untuk bersama keluarga dan insan tercinta,” tulisnya.Minggu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mewajibkan individu yang baru tiba dari Sabah bagi menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah serta dipakai gelang kuarantin sehingga 10 Oktober depan.-gmpk

Kes Positif Covid 19 Makin Meningkat Setiap Hari. Disebabkan Itu Ayda Jebat Mahu Kawalan Pergerakan Dikuatkuasakan Tapi Ini Reaksi Warganet Terhadap Kenyataannya.

Penyanyi Ayda Jebat memohon agar ‘lockdown’ atau mengetatkan lagi kawalan pergerakan dikuat kuasakan berikutan kes jangkitan pandemik Covid-19 di negara kian meningkat sejak kebelakangan ini. Jelasnya menerusi satu hantaran terkini di Instagram, kes jangkitan boleh meningkat sekiranya Standard Operating Procedures (SOP) tidak diperketatkan kerana masing-masing akan keluar untuk bekerja dan sebagainya.

Justeru penyanyi Mata ini turut bertanya hal sama kepada para pengikutnya di platform berkenaan. “Assalamualaikum. Dengan dukacitanya, saya mohon tolonglah lockdown atau ketatkan kawalan pergerakan. “Kalau tak lockdown atau ketatkan SOP, kes meningkat, family dan kawan kawan akan keluar selain bekerja, ke sekolah, pergi makan, jalan-jalan dan sebagainya.

“Saya risau. Saya sayang family saya dan semua. Please.. Korang rasa? I’m so sorry. Need to post this. Semoga kita semua dilindungi dari gejala ni,” tulisnya. Bagaimanapun, perkongsian tersebut mendapat reaksi pelbagai peminat. Ada yang bersetuju dan tidak kurang yang turut memberikan pandangan berhubung perkara tersebut. Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat respon Ayda.

Kami tak mampu nak hadap lockdown. Namun, dalam pada itu permohonan perintah berkurung itu mendapat tentangan daripada warganet, yang rata-ratanya tidak bersetuju kerana ia boleh menjejaskan punca rezeki dan mengundang masalah kewangan. “Takut kena buang kerja lagi”. “Kalau lockdown susah la”. ” kami pon ada keluarga jugak”. Dalam setiap keputusan yang harus dibuat pasti ada kebaikkan dan keburukkannya, diharapkan rakyat Malaysia terus mematuhi SOP dan menjaga diri masing-masing dalam usaha mengekang penularan virus.Foto: Instagram Ayda JebatSumber: MediaHiburan, Oh My Media

Badan Nabil Ada Besi. Nabil Baru Buka Mulut Bila Dia Sebenarnya Tergolong Dalam Satu Golongan Ini Dan Pernah Terlibat Dalam Kejadian Yang Tidak Diingini

Mungkin ramai tidak tahu nasib malaang yang menimpa pelakon dan pelawak Nabil Ahmad sewaktu bekerja sebagai seorang Mat Dispatch suatu ketika dahulu.Mengimbas kembali kenangan pahit, Nabil berkata kejadian yang tidak diingini itu berlaku ketika dia berumur 19 tahun.

Kisah Nabil itu dikongsi secara eksklusif menerusi program Rumah No 107 yang bakal bersiaran pada Jumaat ini.Kata Nabil disebabkan kejadian itu itu juga dia terpaksa berpaut kepada sesuatu benda untuk kembali berdiri sekiranya duduk dalam jangka masa yang lama.

“Saya bermula dengan kerja di warung pada umur 15 tahun. Saya bersekolah tetapi pada masa itu saya tanggung diri saya sendiri. Yuran sekolah pun saya bayar.“Kemudian dalam umur 16 ke 17 tahun saya bekerja di sebuah kedai nasi lemak. Selepas itu baru saya jadi dispatch.“

Pada umur 19 tahun saya baring selama setahun kerana mengalami kejadian yang tidak diingini. Peha pataah jadi saya sebenarnya cacaat.“Orang selalu pelik bila tengok saya masuk tandas 0KU sebab mereka lihat saya di kaca televisyen nampak sempurna.

“Tapi sebenarnya orang tak tahu saya selepas membuang tak boleh bangun terus secara mendadak sehinggalah ke hari ini.“Saya selepas duduk dalam tandas untuk waktu yang lama saya tak boleh terus bangun sebaliknya kena berpaut.

“Badan saya ada besi, bermula dari tulang pinggul saya sehingga bahagian tulang peha. Gigi depan saya juga palsu sebab gusi pataah, itulah kejadian yang berlaku sewaktu saya bekerja jadi mat dispatch,” kongsinya Selain Nabil, Datuk Ac Mizal juga merupakan tetamu undangan untuk program tersebut. Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.Saksikan episod penuh bersama Nabil dan Ac menerusi Rumah 107 pada Jumaat, jam 9:00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.

Berikut pula reaksi dari warganet .“Nabil. Ekau xponah kojo merchandizer oppisser. Klu kau kerja merchandizer oppisser, Ekau akan menyanyikan lagu merchandizer oppisser diatas motorsikal sambil Menjeriit2 dgn sekuat2 hati

Nabil Tak Lupa Kawan Sekampung

Nabil mendkwa, hampir setiap hari dia menerima mesej daripada teman sekampung yang meminta bantuan akibat hilang pekerjaan sejak PKP.“Kita tahu bagaimana keadaan ekonomi kita sekarang. Disebabkan PKP, ramai yang hilang pekerjaan. Sekarang, hampir 70 hingga 80 peratus kawan-kawan saya di kampung menganggur.

“Jadi, ramai yang menghubungi meminta dipinjamkan wang. Kawan-kawan kampung saya kenal dari kecil, takkan tak dibantu. Apatah lagi, ada antara mereka mempunyai ramai anak. Tapi saya beri ikut kemampuan,” katanya kepada BH Online.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini Sumber:http://trendingsangat.pw/

Anak Tak Pakai Mask Sedangkan Nabil Pakai Mask Yang Mahal.Komen Warganet Ini Raih Perhatian Ramai Bila Nabil Mula Membalas Komen Tersebut

Nabil Ahmad tampil menjawab pertanyaan yang mempersoalkan penampilan salah seorang anaknya kerana tidak mengenakan topeng pelitup muka di kawasan awam.Terdahulu menerusi Instagram, entri tersebut merakamkan Nabil sedang membawa anaknya, Mishall Imani bersiar-siar di sebuah pusat membeli-belah.

“Apak pakai mask mahal-mahal masuk mall anaknye? Lu pk la sendiri.“Baby should wear mask too,” tulis individu berkenaan. Lalu, komen yang ditinggalkan itu mendapat reaksi hos MeleTop yang turut mengakui anaknya itu berusia kurang dua tahun.

“Bro baby baru setahun 4 bulan. Kau boleh handle ke baby punya cranky,” jawabnya.Menerusi ruangan komen pula, rata-rata pengguna lain turut memberikan pendapat selain turut menjelaskan, kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah tidak diwajibkan untuk memakai topeng muka.Sebaliknya, golongan tersebut tidak digalakkan untuk di bawa bersiar-siar di kawasan yang terlalu padat dengan orang awam sebagai langkah berjaga-jaga. Sekadar informasi selain Mishall, Nabil turut memiliki dua orang lagi anak perempuan iaitu Naira Mikayla dan Leyla Medyna.Nabila telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nazirah Ayub pada 30 September 2011.

Sumber: Instagram Nabil Ahmad

Nabil Nekad Dedahkan Satu Artis Wanita Ini Untuk Menjadi Pengacara Program Tersebut Dan Ternyata Keputusan Yang Dibuat Di Luar Jangkaan Orang Ramai

Nabil Ahmad mendedahkan dirinya terbuka untuk bergandingan dengan mana-mana selebriti yang diundang sebagai hos bersama di program hiburan, MeleTOP setiap Rabu. Bagi Nabil, pihak produksi pastinya mempunyai alasan sendiri mengapa konsep tersebut dilakukan sehingga kini selepas rakan hos, Neelofa mengundurkan diri daripada MeleTop Disember lalu.Bagaimanapun, Nabil turut memberikan beberapa nama selebriti yang dirasakan mempunyai keserasian bila bersama sebagai rakan pengacara.

“Elly Mazlein, Sherry Al Hadad, Jihan Muse dan yang mempunyai energi yang sama dengan saya, saya ‘on’. “Neelofa memang ‘on’ lah kalau dia masuk set MeleTOP kembali, akan tetapi kita sedia tahu dia kini sudah ada program sendiri, Next To Neelofa. “Bila asyik bertukar-tukar hos, boleh dikatakan saya kini berada di peringkat ‘reda’. Apa yang produksi cadangkan, saya okay sahaja asalkan kami boleh berikan yang terbaik.

“Jujurnya sampai hari ini, saya tidak pernah lagi suarakan keinginan kepada pihak produksi untuk diberikan seorang rakan pengacara yang kekal, tidak bertukar-tukar setiap minggu. “Tak pernah lagi cakap kerana bagi saya ia mungkin ini antara strategi pemasaran. Pihak produksi pastinya lebih tahu bab-bab sedemikian,” katanya kepada MH.

Nabil pada masa sama turut menyifatkan rakan hos yang ‘fun’ mampu memberi ruang untuk lebih berkarya menyelitkan elemen humor ketika ia bersiaran secara langsung.“Asalkan rakan hos saya itu seronok, have fun dan tidak tergagap-gadap ketika show, saya okay sajalah.“Dia akan buat kita rasa ‘penat’, bila hanya kita yang seolah-olah kendalikan program itu sendirian, meski sebenarnya berdua.

“Saya cakap ia secara umum dan boleh terjadi dalam mana-mana program juga. Misalnya hanya kita yang kena ‘cover’, kena tanya soalan dan sebagainya.“Jujurnya, kalau penonton tanya mengapa Nora Danish diundang dua kali sebagai hos jemputan, itu sebab saya yang minta.“Saya sukakan Nora kerana saya rasa kelakar bila dapat ‘membahan’ dia.

“Contohnya bila kami bergurau begitu, saya rasa macam kelakar. Itu pada pendapat sayalah.“Tambahan pula saya selesa dengannya kerana ia mengingatkan saya pada musim awal saya bergandingan dengan Neelofa.“Kami bersama selama lapan tahun, beratus-ratus episod. Kami tiada tekanan kerana saling membantu,” jelasnya yang bersiaran sebanyak 370 episod bersama Neelofa di MeleTOP.

Nabil tak lupa teman sekampung

KUALA LUMPUR: Biarpun berdepan cabaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan banyak komitmen seni tergendala, Nabil Ahmad tetap membantu teman yang terkesan dengan 1mpak penularan COVID-19. Nabil mendkwa, hampir setiap hari dia menerima mesej daripada teman sekampung yang meminta bantuan akibat hilang pekerjaan sejak PKP.

“Kita tahu bagaimana keadaan ekonomi kita sekarang. Disebabkan PKP, ramai yang hilang pekerjaan. Sekarang, hampir 70 hingga 80 peratus kawan-kawan saya di kampung menanggur. “Jadi, ramai yang menghubungi meminta dipinjamkan wang. Kawan-kawan kampung saya kenal dari kecil, takkan tak dibantu. Apatah lagi, ada antara mereka mempunyai ramai anak. Tapi saya beri ikut kemampuan,” katanya kepada BH Online.

Nabil berkata, mendengar kisah ada pihak tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga memungkinkan gelombang kedua COVID-19 melanda, hatinya tidak senang.”Memang tidak patut. Kita tidak mahu gelombang kedua berlaku sehingga terpaksa mematuhi PKP sekali lagi. Kalau jadi balik, ekonomi kita akan lebih terjejas,” katanya.Anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini mengaku p3rit apabila tidak dapat menjana pendapatan sepanjang tempoh tiga bulan akibat COVID-19.”Sejujurnya, sepanjang PKP, saya tidak ada pendapatan kecuali sebagai pengacara Meletop. Pengurus saya beritahu ‘show’ dan acara dari Mac hingga Disember, semuanya dibatalkan.”Ada lebih 20 acara dibatalkan dengan kerugian ratusan ribu ringgit,” katanya.Nabil bersyukur kerajaan membenarkan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium.

“Tanpa kemudahan itu, saya tidak akan ‘lepas’ disebabkan banyak acara dibatalkan. Apatah lagi, komitmen saya tinggi,” katanya.Tanpa berselindung, Nabil berkata, dua pekerja syarikat produksinya terpaksa dihentikan perkhidmatan.”Setakat ini, saya bersyukur masih ada pekerjaan. Alhamdulillah selepas PKP, saya dapat rentak semula,” katanya.Malah, Nabil bersyukur banyak jenama tampil menjalin kerjasama dengannya seperti produk wangian, Sugarbomb sehingga dapat menjana pendapatan.

“Saya bersyukur kerjasama ini membuka jalan kepada kawan-kawan untuk berniaga. Ramai antara mereka bergantung kepada perniagaan runcit ini.”Apabila dapat menjana pendapatan sendiri, tidaklah mereka perlu meminjam wang,” katanya yang dilantik duta produk wangian itu bersama Achey.Dalam perkembangan lain, Juara Raja Lawak musim kedua itu menunda tarikh tayangan filem syarikat produksinya, KMN Production iaitu Mat Bond Malaya kepada tahun depan.

“Sepatutnya filem saya ditayangkan Disember depan. Seperti yang kita tahu, panggung wayang sekarang dibuka pada kadar 30 peratus saja, jadi banyak filem dianjak tarikh tayangan termasuklah filem saya.”Saya rela filem saya ditunda hingga tamat penularan COVID-19 kerana kos pembikinan mencecah RM1 juta. Saya harap pulangan daripada perbelanjaan besar yang dikeluarkan,” katanya yang menyelesaikan penggambaran filem itu seminggu sebelum PKP.

Tambah Nabil, dia yakin filem arahannya itu mampu menarik penonton kerana dibintangi ramai artis popular seperti Naqiu dan Elizabeth Tan.”Karya saya boleh menjadi antara filem ‘meletup’ sebab ada ramai bintang membuat penampilan khas. Contohnya, Datuk Ramli MS, Michael Ang, Mamat Khalid, Ghaz Abu Bakar, Aziz M Osman dan Han Byul.”Semua nama-nama panas yang saya panggil termasuk Zarina Anjoulie tetapi dia tidak dapat sertai kerana sibuk,” katanya.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *