Hiburan Viral

“Hari Ni Last Day Kerja,” – Shuib Sedih

Mesti ramai yang familiar, hafal ataupun selalu dengar tagline radio kegemaran ramai ni kan?

“Muzik paling hangat, Hot FM!”

Radio yang kini dibarisi Fizie, Shuk, Shuib, Deen, Haziq dan Zetty terus hangat di hati peminat walaupun Malaysia kini sedang berusaha untuk melawan serta memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Selain cuba untuk menghiburkan, penyampai radio turut bertugas dalam memberi saranan ataupun nasihat yang berguna buat pendengar terutamanya dalam keadaan yang tidak mengizinkan ketika ini.

Baru-baru ini, pelawak Shuib yang juga salah seorang penyampai radio segmen Geng Pagi Hot (GPH) telah memuat naik satu foto di laman Instagram miliknya dengan memberi bayangan bakal meninggalkan konti:-

Last day keje di konti Hot FM, besok dah work from home,” tulisnya

Rupanya gambar berkenaan bukanlah petanda untuk suami kepada penyanyi Siti Sarah itu untuk meninggalkan radio berkenaan, sebaliknya mengikut saranan kerajaan untuk bekerja dari rumah.

Sebelum ini pada 20 Oktober 2020, terdapat berita di mana pekerja di peringkat pengurusan dan pengawasan dalam sektor awam dan swasta di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah telah diarah bekerja dari rumah berkuat kuasa 22 Oktober.

Keputusan berkenaan dibuat menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengurangkan pergerakan pekerja bagi mengekang penularan COVI1D-19.

Apa-apa pun stay safe and healthy guys!

 

Sumber : hotfm, sinarviral

“Saya Anggap Ini Dugaan”- Shuib Ditahan 23 Jam Di SPRM

Penyampai radio dan pelawak Shuib Sepahtu menganggap penahanannya selama hampir 24 jam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis sebahagian daripada ujian dan cabaran berbisnes.

 

Jelas Shuib, dia dipanggil ke suruhanjaya terbabit untuk membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.

“Salam Jumaat, Alhamdulillah syukur… Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan isteri.

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan terima kasih pada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik pada saya sepanjang 23 jam siasatan.

“Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam bisnes. Doakan perniagaan BubbleBee kami terus maju dan memberi manfaat pada semua orang,” tulisnya di Instagram pada Jumaat.

Akui Shuib, dia sedia berdepan cabaran sedemikian sejak mula mengambil risiko untuk menjalankan perniagaan.

You pray for the rain, you have to deal with the mud also,” tambah Shuib lagi.

Terdahulu media melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi semalam.

Sementara itu, semalam pihak syarikat pengurusan Shuib Sepahtu mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah sekadar menemani suaminya.

Siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM.

Sumber : Instagram @shuibsepahtu, Gempak

 

Pengurus Shuib Jawab Spekulasi Kereta Disita SPRM

tular di media sosial, foto puluhan kereta berjenama mewah disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan kesemua kereta yang disita berkait rapat dengan siasatan terhadap kes penggubahan wang haram dan sindiket Macam Scam.

Bagaimanapun spekulasi mula timbul apabila warganet mendakwa, ada di antara kereta tersebut mirip pacuan empat roda jenis Ford Mustang milik pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu.

Pihak pengurusan Shuib, Indigital Music ketika dihubungi Gempak memohon maaf kerana tidak dapat membuat sebarang kenyataan mengenai dakwaan tersebut.

“Minta maaf, kami tidak boleh memberi sebarang kenyataan kerana kes ini masih dalam siasatan SPRM.

“Bukan tidak mahu mengulas lanjut tetapi kami harap semua faham dengan situasi ini. Betul atau tidak itu kereta Shuib, biarlah orang terus berspekulasi,” kata Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohd Rom.


*Foto carian google*

Terdahulu media melaporkan SPRM telah membeku sebanyak 750 akaun milik seorang ahli sindiket Macau Scam dan Perjudian yang membabitkan nilai RM75 juta.

Selain itu, SPRM turut menyita rumah dan 24 kereta mewah milik lapan individu yang ditahan baru-baru ini di mana lima daripadanya adalah milik seorang lelaki bergelar datuk.

Antara kereta yang disita berjenama Bentley, (Ford) Mustang, Roll Royce, Ferrari, Lamboghini, Porche, (Nissan) GTR dan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi.

Beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai sindiket Macau Scam dan perjudian yang menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *