Hiburan Viral

“Kalau Betul Dapat RM40k Satu Malam, Buat Apa Nak Berlakon Lagi?,” – Chacha Maembong

Pelakon Chacha Maembong menafikan dirinya antara artis yang terbabit dalam sindiket pel4curan kelas atasan yang dibayar antara RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu malam, sebagaimana yang did@kwa sesetengah pihak.

Pelakon tersebut menegaskan dia tidak pernah terlibat dalam mana-mana kegiatan seumpamanya susulan gosip yang diperkatakan.

Jelas bintang berusia 24 tahun itu lagi, ada pihak yang mengaitkan namanya yang secara tidak langsung boleh menjejaskan kerjaya seni dan perniagaan yang dibinanya.

“Saya bekerja daripada dulu sampai sekarang memang cari rezeki. Orang nak cakap apa dan fitn4h macam-macam, teruskan. Satu hari akan terbukti juga.

“Ada keluar gosip kaitkan nama saya dalam skandal RM40,000. Ada juga yang mesej secara peribadi (DM) di Instagram bertanya.

“Kalau betul, saya tak perlu berlakon dan kerja. Kalau ya dapat RM40,000 satu malam, buat apa nak berlakon lagi?

“Tapi itu lah, semua itu mulut orang dan kaitkan dengan perangai saya dulu. Apabila saya sudah berubah pun, orang tetap kaitkan lagi dengan perangai lama saya. Bagi saya, ia adalah lumrah mulut orang,” katanya.

Dalam masa sama, Chacha yang ditemui di lokasi penggambaran drama Bidadari Salju terbitan A Aida Productions turut mended@hkan, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan und4ng-und4ng terhadap individu yang menvduh dirinya terbabit dalam aktiviti Macau Scam.

“Beberapa hari lalu saya ada keluarkan kenyataan di IG mengenai perkara ini sebab terlalu banyak fitn4h yang dilemparkan.

“‘Konon saya pun buat scam dengan t1pu duit orang pasal produk saya. Mereka kata produk saya datang daripada duit har4m.

“Saya perlu menjelaskan perkara ini demi menjaga reputasi produk saya apatah lagi ia masih baru di pasaran. Lagi pula ini kolabrasi saya dengan Alken dan tidak ada kaitan langsung dengan aktiviti ini.

 

“Saya akan ambil tindakan undang-undang pada komen yang melampau. Ia menjejaskan kerjaya, bisnes dan nama ahli keluarga lain.

“Saya di sini berani kerana saya tak salah. Jadi apa yang orang nak cakap, cakaplah,” katanya.

Foto: Instagram Chacha Maembong

Sumber : MH, Sinarviralkini

 

‘Datuk Z’ dalam hati Chacha

KUALA LUMPUR: Pengalaman melalui episod cinta tidak kesampaian bersama seorang deejay bukan beragama Islam selepas lima tahun berpacaran membuatkan Chacha Maembong serik bercinta.

Pada sesi fotografi bersama BH Online, awal tahun ini, Chacha mengaku zaman remaja terbuang dengan perhubungan yang tidak memberi apa-apa makna.

Malah, akui Chacha, kerjaya lakonan terabai disebabkan terlalu asyik diulit cinta.

Bagaimanapun, baru-baru ini, ada angin membawa khabar kononnya pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan ini sedang menjalin hubungan dengan seseorang.

Kehadiran lelaki yang didakwa sebagai buah hatinya pada majlis pelancaran Elysyle CM Secret Perfect Look dan sesi menandatangani kerjasama antara Eylsyle Elken Global & Chacha Maembong di Petaling Jaya, baru-baru ini seakan mengesahkan gossip itu.

Enggan membiarkan spekulasi terus bertebaran, soalan itulah diajukan kepada Chacha atau nama penuhnya, Siti Aisyah Ismail sebaik acara berakhir.

Seakan mengerti ke arah mana persoalan itu bakal dijurus, Chacha menjelaskan hubungannya dengan lelaki yang dikenali sebagai ‘Datuk Z’ itu hanyalah rakan perniagaan.

“Dia adalah rakan perniagaan dan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. Sebagai orang yang masih baharu dalam dunia perniagaan, saya perlukan individu betul dan mahir mengenai dunia bisnes selain adik-beradik.

“Dia ahli perniagaan dan apabila saya lahirkan hasrat untuk berniaga, dia cuba membantu. Daripada situ, kami mula berbincang dan mencari idea.

“Sementara dalam proses melancarkan produk, dialah yang banyak membantu daripada segi pengurusan dan pembangunan kerana saya sibuk dengan penggambaran.

 

Chacha mahu membahagiakan keluarga sebelum memikirkan soal jodoh. Foto NSTP/Asyraf Hamzah

Chacha mahu membahagiakan keluarga sebelum memikirkan soal jodoh. Foto NSTP/Asyraf Hamzah

 

“Saya hanya buat kerja pemasaran,” katanya kepada BH Online.

Bercerita lanjut mengenai jejaka berusia awal 30-an itu, pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Kau Yang Terindah pada 2012 itu mengaku ‘Datuk Z’ lelaki yang baik .

“Sepanjang mengenalinya, dia sangat baik dan boleh dipercayai. Jika kita hendak menjalankan perniagaan dengan seseorang, kita kenalah tahu sama ada orang itu jujur atau sebaliknya.

“Berniaga ini kita kena fikir jangka panjang, bukan untuk sementara sahaja. Saya juga bersyukur kerana dia banyak beri bimbingan dan tidak pernah kedekut ilmu,” ujar pelakon seksi ini.

Diusik bagaimana perasaannya jika hubungan profesional terjalin bakal membibitkan putik-putik cinta, pantas Chacha menjawab:

“Kenalah jumpa keluarga,” katanya sambil tertawa.

Namun, tegas pelakon berusia 24 tahun ini, soal cinta bukanlah menjadi agendanya. Masih ada banyak perkara yang perlu diberi perhatian termasuk membahagiakan keluarga.

“Selepas kakak, Emma mendirikan rumah tangga, terdetik perasaan saya sudah tidak boleh menjadi seperti sebelum ini.

“Kalau dahulu, setiap kali saya buat perkara nakal, saya tahu saya ada kakak yang menyokong dan menjadi tempat mengadu.

“Sebagai anak bongsu, saya mula sedar tanggungjawab dan tak boleh lagi main-main. Sampai bila saya mahu mengecewakan peminat dan orang sekeliling.

“Jadi sudah tiba masanya untuk jadi lebih matang dan positif. Bagaimanapun, sekiranya ditakdirkan ada jodoh, saya mahu terus berkahwin.

“Tak mahu lagi berkenalan dan bercinta kemudian putus di tengah jalan. Sudah tiba masanya saya jadi individu yang ada hala tuju dan lebih fokus kepada kerja,” katanya optimis.

Sementara itu, mengulas mengenai perniagaan diceburinya, pelakon drama rantaian Pesan Pada Hati dan Bukan Gadis Biasa ini memberitahu, idea itu tercetus ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.

“Hasrat mengeluarkan produk sendiri timbul ketika PKP. Cuma saya masih lagi mencari apakah produk yang sesuai. Selepas membuat kajian selama berbulan-bulan, barulah saya temui produk kecantikan ini.

“Selepas mendaftarkan syarikat, saya mendapat tawaran bekerjasama dengan Elken,” katanya.

Chacha menghasilkan produk itu atas permintaan peminat yang mahu cantik tanpa perlu mengeluarkan belanja besar.

“Produk ini boleh membantu untuk menegangkan kulit muka, menghilangkan dahu berlapis, kantung mata serta mencerahkan kulit yang kusam,” katanya.

sumber : HM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *