Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Raih Ribuan Ringgit Sebulan, Instafam0us ‘K4nt0i’ Jual M1nyak Wangi T1ruan

Seorang selebriti media sosial ditahan kerana disyaki menjual minyak wangi  berjenama antarabangsa tiruan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata dalam serbuan kira-kira 3 petang, pihaknya merampas lebih 1,000 botol minyak wangi yang dianggarkan bernilai RM150,000.

Untung beribu ringgit

Siasatan awal mendapati sebotol minyak wangi dijual dengan harga serendah RM150 hingga RM200 dan mampu meraih keuntungan sehingga ribuan ringgit setiap bulan. m@ngsa (pembeli) juga turut diberitahu produk tersebut adalah tulen.

 

Guna platform media sosial Instagram & Facebook

Beliau berkata wanita berusia 26 tahun itu yang turut dibantu oleh suaminya telah beroperasi kira-kira setahun dari rumah berkenaan dengan memasarkan barangan berkenaan melalui platform media sosial Instagram dan Facebook.

Semasa serbuan, katanya turut ditemukan slip penghantaran barangan, kotak pembungkusan dan transaksi perbankan.

Ada pembeli luar negara

Katanya, hasil semakan transaksi juga mendapati barangan terbabit bukan sahaja dibeli oleh pembeli tempatan tetapi juga dari Singapura dan Brunei.

Katanya individu berkenaan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis dan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Kes disi4sat mengikut Sekyen 102 (1)(b) Akta Cap Dagangan 2019  kerana menjual atau menawarkan barangan disyaki menggunakan perihal dagangan p4lsu.

Sumber : Sinarviral

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *