Hiburan Viral

“Bila Masa Kami Pakai Purdah?” Perkongsian Disalah Erti – Izreen Azminda

Selepas berita perubahan mengejutkan oleh pengacara Noor Neelofa, nampaknya dia kini sudah menjadi inspirasi kepada ramai selebriti wanita lain untuk turut berubah ke arah kebaikan.

Pada 21 Oktober lalu, pelakon Izreen Azminda ada kongsikan satu foto dia sedang lengkap memakai jubah serta tudung labuh bersama dengan purdah.

Caption yang ditulis oleh Izreen itu ada mengatakan tentang kehidupan di dunia dan lebih kepada kata-kata hikmah motivasi buat yang membaca.

Ruangan komennya dibanjiri dengan kata-kata doa daripada peminat dan ramai yang berharap agar dia terus istiqomah dalam menutup aurat.

Namun mungkin ada sesetengah netizen yang tidak membaca caption itu sehingga akhir kerana di bawahnya ada tertulis bahawa dia hanya la mempromosikan purdah dan khimar kerana tudung yang dipakainya itu sangat selesa digunakan untuk golongan wanita.

Kami masih sama takdak perubahan apa-apa dari segi pakaian sebelum ni… Kami masih pakai macam dulu lagi.

Dalam masa yang sama, Izreen terpanggil untuk memperbetulkan d@kwaan yang diperkatakan oleh netizen tentang penampilan dirinya.

 

Akui belum lagi berpurdah, Izreen memuat naik satu lagi foto pakaian biasa yang digunakan olehnya dan jelas Izreen tidak berpurdah seperti yang diperkatakan.

Bila masa kami kata kami berpurdah ni.. Ada ni ha sama ja mcm dulu.. Blog blog ni haish malaih cakap la… Sat gi tambah dosa kami ja… Suka bagi netizen buat dosa kering.

Selepas gambar itu dimuat naik pada 22 Oktober lalu, ada beberapa pengikutnya meninggalkan komen tentang sikap segelintir netizen yang tidak mempunyai kerajinan untuk membaca keseluruhan caption yang sudah ditulis.

Mereka turut menitipkan doa supaya satu hari nanti Izreen turut akan mengikut jejak langkah Neelofa.

Sumber: Hot Fm, sinarviral

 

‘Suka-suka dah jadi serius’

SELEPAS berkahwin kali kedua sejak tiga tahun lalu, pelakon Izreen Azminda, 35, lebih banyak memberi fokus kepada keluarga, suami ada anak.

Walaupun jauh di sudut hati kerinduan terhadap dunia lakonan sentiasa membuak-buak, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam tidak mahu pentingkan diri.

Apatah lagi selepas melahirkan anak kedua, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun dua bulan, Izreen perlu meluangkan lebih banyak masa di rumah.

Namun, bagi mengisi waktu yang ada Izreen berjinak-jinak dalam bidang perniagaan makanan dengan membuat apam, Sugar Butter Milk yang dibuat sendiri.

Walaupun baru beberapa bulan beroperasi, Izreen yang juga bekas pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2013 bersyukur apabila perniagaan yang pada awalnya sekadar suka-suka itu semakin berkembang maju dan sudah tidak menang tangan melayan tempahan pelanggan.

“Syukur makin lama makin meriah tempahan masuk setiap hari. Daripada hanya seorang bekerja, menjadi berdua dan sekarang sudah bertiga.

“Selepas ini mungkin akan berempat. Rezeki ini datang macam-macam cara dengan keizinan-Nya.

“Tapi atas usaha kita juga. Kalau kita bersungguh, hasil pun berganda-ganda. Kalau kita main-main, jadilah usaha separuh jalan. Bagaimanapun, saya bersyukur, perniagaan yang hanya suka-suka ini sudah menjadi serius dan semakin menyeronokkan.

“Tambahan lagi apabila mendapat maklum balas positif daripada pelanggan, hati terus berbunga. Selepas ini kalau ada rezeki terus nak buka kedai bukan jual apam dan puding raja saja, tapi macam-macam lagi kami nak jual,” katanya.

BAHAGIA bersama suami, Ude.
BAHAGIA bersama suami, Ude.

Menurut Izreen yang juga isteri kepada pemuzik bebas, Ude, mendapat pekerja yang baik juga adalah rezeki buat dirinya apatah lagi baru berjinak-jinak sebagai ahli perniagaan.

“Bukan ini saja saya anggap rezeki, tapi mendapat pekerja yang bagus seperti sekarang ini pun rezeki bagi saya. Pada saya, apa saja yang kita buat hati kena bersih, ikhlas dan sentiasa positif.

“Negatif ni semua kena buang jauh. Tak elok untuk diri dan rezeki kita. Bersedekah selalu pun boleh jemput rezeki sebenarnya.

“Pastikan sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Insya-Allah hidup kita akan lebih bahagia. Tenang dan rezeki senang nak datang,” katanya.

Mengenai kerjaya lakonan, Izreen yang pernah popular menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Eksperimen Cinta mengakui masih mendapat tawaran.

“Ada saja tawaran yang datang, tapi buat masa sekarang masa belum mengizinkan. Ditambah pula dengan perniagaan ini. Saya kena fokus satu persatu dahulu.

“Insya-Allah kalau semuanya sudah terkawal dan terurus dengan baik, baru saya fikirkan mengenai lakonan. Tipulah saya kalau tak rindu berlakon.

“Kalau boleh nak macam dulu, tapi saya percaya aturan Allah itu lebih baik dan rezeki ada di mana-mana,” katanya.

sumber : mymetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *