Hiburan Viral

‘Follower’ mencanak naik lepas berniqab, IG Neelofa cecah 8 juta pengikut

Penampilan selebriti popular, Neelofa yang kini sudah berniqab benar-benar memberi impak yang luar biasa terhadap pandangan umum kepada dirinya.

Rata-rata warganet termasuk rakan artis menyambut baik perubahan Neelofa dan terus mendoakan agar selebriti yang juga usahawan berjaya ini terus beristiqomah.

Cecah 8 juta pengikut
Susulan daripada itu, pengikutnya di Instagram juga dilihat semakin bertambah apabila sudah meraih lapan juta pengikut hanya dalam beberapa hari selepas pengumuman dirinya berhijrah.

Meningkat dalam masa kurang semingu
Menerusi maklumat daripada Astro Gempak, sebelum ini Neelofa mempunyai pengikut seramai 7.8 juta dan telah meningkat secara mendadak pada minggu lepas.

Pencapaian angka 8,007,202 juta tersebut dilihat semakin meningkat selepas pengacara program bual bicara Next To Neelofa itu mengumumkan dirinya berniqab pada Khamis lalu.

 

Datuk Seri Siti Nurhaliza – 7.9 juta pengikut

Sebelum ini, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan selebriti Malaysia yang paling tinggi pengikutnya iaitu 7.9 juta dan diikuti Neelofa serta Zizan Razak dengan jumlah pengikut 7.6 juta.

Zizan Razak – 7.6 juta pengikut

Terdahulu, media sosial milik Neelofa telah mendapat perhatian warganet kerana perubahan yang dibuat selebriti itu disambut baik oleh orang ramai.

Walaupun masing-masing masih tidak percaya akan perubahan yang berlaku dalam diri Neelofa, namun mereka tetap berasa gembira dan terinspirasi dengan tindakan berani yang dilakukan untuk kehidupannya.

Sumber: Astrogempak, ohmymedia

 

Baru Je Neelofa Pakai Purdah, Sekali Individu Ini Beri Hadiah Yg Sangat Teristimewa Buat Ramai Terkeejut

KISAH penghijrahan pengacara dan usahawan popular, Neelofa yang tampil berniqab baru-baru ini ternyata mencvri perhatian ramai.

Selain para peminat, seorang gadis mengakui turut tersentuh dengan khabar gembira itu sehingga berhasrat menyerahkan lukisan Kaabah yang dihasilkannya kepada Neelofa.

Menurut Wan Nur Baiti Wan Mohd Fauzi, 25, dia sudah lama menghasilkan lukisan itu dan berbesar hati jika Neelofa sudi menerima hadiah tersebut.

“Sebenarnya lukisan itu saya hasilkan sekitar Mac lalu. Ambil masa dua ke tiga minggu juga untuk dilukis sebenarnya.

“Saya mahu hadiahkan versi cetakan yang saya hasilkan untuk Neelofa sebab lukisan asal sudah dijual.

Baiti mengakui terinspirasi dengan penghijrahan Neelofa.

“Saya tersentuh baca mengenai penghijrahannya. Jauh perjalanan dia sampailah ke tahap ini. Pengorb4nannya untuk hal duniawi sangat memberi inspirasi kepada saya,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Baiti, dia mengakui lukisan itu cukup dekat di hatinya.

Malah, ia dihasilkan dengan teliti, menggambarkan kerinduannya kepada Tanah Suci selepas dua kali kunjungan untuk melakukan ibadah umrah pada tahun 2009 dan 2018.

“Lukisan itu meluahkan rasa rindu saya untuk melihat Kaabah di depan mata. Ia seolah-olah boleh relate dengan penghijrahan Neelofa.

“Hadiah ini juga sebagai tanda terima kasih untuk dia kerana memberi inspirasi kepada saya. Dia juga idola saya dalam bidang perniagaan.

Lukisan Kaabah ini dilukis sebagai lambang kerinduan Baiti kepada tanah suci Makkah.

“Ada perasaan istimewa bila hasilkan lukisan tu, sambil melukis saya pasang lagu nasyid. Ia betul-betul menggamit memori,” kata Baiti.

Bercerita mengenai dirinya, pelukis itu mengakui tak menang tangan melayan permintaan pelanggan sehingga tempahan sudah penuh sehingga April tahun depan.

Baiti sebelum ini pernah mendapat liputan mStar mengenai kisahnya yang menghasilkan seni bercirikan Islamik dikenali sebagai Tehzip.

Di Twitter, posting Baiti yang menyuarakan hasrat menghadiahkan lukisan itu kepada Neelofa turut meraih 5,600 ulang kicau (Retweet).

Sumber : sinarviral, mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *