Hiburan

Ramai Gadis Patah Hati Bila Tengok Foto Syafiq Kyle Dengan Perempuan Siap Lentok Kepala Kat Bahu Lagi. Rupa Rupanya Ini Identiti Sebenar Wanita Itu

Lama dah tak dengar khabar atau berita tentang pelakon pujaan ramai Syafiq Kyle yang popular menerusi drama rantaian Nur gandingannya bersama dengan aktres Amyra Rosli. Baru-baru ini, isteri kepada pengarah Adlin Aman Ramli yang juga pelakon Emelda Rosmila telah memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya suami isteri serta Syafiq Kyle dan seorang gadis.

“Suweet tak kiter,” tulisnya. Menerusi ruangan komen, ramai yang terkejut dengan penampilan berkenaan selain tertanya-tanya siapakah gadis yang berdiri rapat bersebelahan Syafiq itu. Ada juga yang melahirkan perasaan kecewa selepas melihat foto tersebut.

Bagaimanapun, sekiranya sesiapa yang mengikuti rapat tentang perkembangan Syafiq, pastinya ramai tahu bahawa gadis berkenaan adalah bakat baharu bernama Siti Khadijah Halim. Mereka bakal digandingkan dalam sebuah drama terbitan sebuah saluran televisyen tidak lama lagi. Apa-apa pun, you girls jangan patah hati lagi sebab Capik masih single tau!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : HotFM via SlamberMedia

Mengejutkan Mimi Lana Muatnaik Sesuatu Yang Buat Warganet Tergamam. Sampai Macam Ni Sekali Penampilan Terkini Mimi Lana Lepas Putus Dengan Syafiq Kyle.

Sebelum ini pelakon Mimi Rozaiana atau lebih dikenali sebagai Mimi Lana pernah digosipkan bercinta bersama pelakon popular Syafiq Kyle. Nama dia kian meningkat naik selepas watak Mira yang dipegangnya dalam drama Cari Aku Di Syurga bersiaran di TV3.

Terbaru, foto dimuatnaik Mimi Lana di Instagram miliknya jadi perhatian warganet dan ada yang menyamakan dia dengan papan plywood. Amboi mulut korang! Cantiknya..

Dia memuat naik fotonya di gimnasium dengan berpakaian sukan sedang membuat persiapan untuk melakukan senaman. Namun yang menjadi perhatian warganet adalah badannya yang dikatakan agak kurus. Bukan b0dy goals!

Sumber : Mimi Lana

Sumber : OHBULAN

Pakai Pakaian Dedah Lutut. Mimi Lana Ditegur Warganet Gara Gara Pakaian Yang Kurang Sopan Dipakai Ketika Menghadiri Rancangan TV Dan Ini Reaksi Dari Mimi Sendiri

Umum mengetahui bahawa pelakon Mimi Lana merupakan seseorang yang tidak takut untuk berpakaian mengikut citarasanya sendiri. Bahkan kalau menjengah ke laman Instagram wanita itu, banyak sahaja fesyen unik yang digayakan olehnya dalam kehidupan seharian.

Baru-baru ini, wanita tinggi lampai itu telah menghiasi rancangan ‘MeleTOP’ sebagai pengacara jemputan di samping Nabil Ahmad. Tidak sangka ramai rupanya yang tidak senang dengan penampilan dikenakan oleh Mimi Lana pada malam itu.

Tampil dengan gaun paras lutut dihiasi corak abstrak, kebanyakan warganet tinggalkan komen meminta supaya pihak produksi lebih peka terhadap pemakaian pengacara memandangkan rancangan itu ditonton oleh pelbagai lapisan umur.

Bahkan perkara ini bukan sahaja dibangkitkan pada entri rasmi program ‘MeleTOP’, malahan komen yang sama turut ditinggalkan pada entri yang dimuat naik oleh Mimi Lana di laman Instagram miliknya sendiri.Pun begitu, pelakon wanita tersebut sepertinya menerima teguran yang ditinggalkan pengikut selain berjanji akan lebih menjaga penampilannya pada masa akan datang. Bagusnya Mimi Lana sebab boleh terima teguran dengan hati yang terbuka, semoga terus muncul dalam banyak program hiburan lagi selepas ini.-beautifulnara PELAKON, Mimi Lana, ketika menjayakan penggambaran filem, Pusaka, Julai lalu. – Foto Instagram Mimi Lana

Badan kurus, Mimi Lana dipersenda warganet

KUALA LUMPUR: Gara-gara memiliki tubuh yang dikatakan terlalu kurus, pelakon, Mimi Lana, mengakui dirinya sering dipersendakan warganet.Akui terbuka menerima komen waragent Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 24, bagaimanapun pelik apabila segelintir pihak terlalu risau dengan susuk badannya.

“Bukan sahaja mereka yang berbadan gempal, orang kurus macam saya pun dipersendakan. Tetapi, saya tidak mempunyai masalah dengan komen sebegitu.”Cuma, segelintir pihak seperti terlebih prihatin apabila melihat tubuh saya begini. Mereka memberikan komen berbaur kesedihan dan terkejut melihat keadaan diri saya.”Kadang-kadang saya sendiri tak faham, bentuk tubuh macam mana yang mereka anggap sihat?” katanya kepada BH Online.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Cari Aku Di Syurga itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Pusaka, di sini.Dalam naskhah bercorak seram yang akan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 31 Oktober depan itu, dia berlakon di samping Syafiq Kyle, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi dan Sweet Qismina.

Mimi berkata, tubuhnya semakin mendapat perhatian warganet apabila dia kehilangan enam kilogram bagi menjayakan watak dalam filem terbabit.”Biasanya, berat saya sekitar 49 kilogram. Pengarah filem ini, Razaisyam Rashid, bagaimanapun mahu saya kelihatan polos, tanpa perlu sebarang solekan tambahan, bagi menampakkan wajah cengkung.

“Jadi, sepanjang latihan dan penggambaran, saya berjaya menurunkan berat badan sehingga mencecah 43 kilogram.”Ketika itu, pelbagai komen diterima, sedangkan saya cuma mahu menjayakan watak penagih dadah. Bagaimanapun, kini saya kembali ke berat asal.”Saya juga berusaha untuk mendapatkan berat ideal, iaitu 55 kilogram. Bagaimanapun, ia lebih susah berbanding usaha menurunkan berat badan. Kadar metabolisme saya agak tinggi,” ujarnya.-bh

Mimi Lana masih baik dengan Syafiq Kyle

PELAKON Mimi Lana mengakui masih berkawan baik dengan bekas kekasihnya, Syafiq Kyle walaupun hubungan cinta mereka sudah putus sejak sebulan lalu.Mimi berkata, dia dan Syafiq akan terus bersikap profesional dalam kerjaya.”Tak semestinya kalau sudah putus kena balah. Lagipun kami sudah berkawan dan hubungan kami sudah berlangsung lima tahun. Apa yang terjadi saya anggap tiada jodoh. Ia lebih kepada tiada persefahaman,” katanya.

Menurut Mimi, dia reda dengan apa yang berlaku dan masing-masing boleh fokus dengan kehidupan sendiri.”Kami masih boleh bekerjasama dan bersikap profesional. Tiada apa yang menghalang. Kehidupan perlu diteruskan saya reda. Paling penting sekarang saya kena fokus pada diri sendiri, kerjaya dan perkara lain.”Mungkin dalam waktu terdekat bukan masa sesuai untuk saya berfikir soal hubungan baru. Biarlah masa menentukan. Kalau ada jodoh tak ke mana,” katanya.Terdahulu, Mimi mengesahkan sudah putvs cinta dengan Syafiq sejak sebulan lalu selepas lima tahun bercinta.-mymetro

‘Unfollow’ IG sejak April lalu, rupa-rupanya Syafiq Kyle, Mimi Lana dah putvs! – “Bukan sebab popular atau orang ketiga”

Hubungan lima tahun Syafiq Kyle dan Mimi Lana berakhir.SELEPAS berhenti mengikuti Instagram masing-masing, pelakon Mimi Lana akhirnya mengesahkan hubungan percintaan dengan aktor Syafiq Kyle sudah pun berakhir sejak sebulan lalu.Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, menerusi laman Instagramnya memberitahu, dia reda dan menyerahkan perkara itu kepada takdir Allah.

“Ya Allah, berikan aku teman yang mempunyai hati kepada Mu.”Tapi jika ditakdirkan tiada sesiapa yang aku temukan, aku hanya berserah kepada Mu,” ujarnya.Syafiq dan Mimi Lana putus sejak sebulan lalu.Hubungan pasangan ini disedari berdepan masalah selepas kedua-dua mereka berhenti mengikuti akaun Instagram masing-masing sejak April lalu.Dalam pada itu menerusi laporan BH Online, tiadalagi persefahaman menjadi punca hubungan itu tidak dapat diselamatkan.

Bagaimanapun, Mimi berkata, perpisahan itu bukan disebabkan populariti atau gngguan orang ketiga.”Apa yang boleh saya katakan antara kami sudah tiada persefahaman. Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau gngguan orang ketiga.”Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bermasam muka… anggap sahaja kami tiada jodoh,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon Cari Aku Di Syurga ini mengakui sedih apabila terpaksa memutskan hubungan yang dibina selama lima tahun itu.”Bohonglah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama.

“Hendak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan.”Fokus saya sekarang ini adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan.”Soal cinta, saya ketepikan dulu. Bila hidup solo, senanglah untuk saya merancang kerjaya seni saya,” katanya.Walaupun bukan lagi pasangan kekasih, Mimi tidak menolak jika digandingkan dengan Syafiq dalam drama atau filem pada masa akan datang.-mstar

Tak sangka putus dengan Mimi Lana, warganet kecewa ‘jenguk’ IG Syafiq Kyle

Tidak disangka-sangka selepas terbuka untuk berkongsikan kisah cinta mereka pada tahun lalu dimana Syafiq Kyle dan Mimi Lana telah empat tahun mengenali antara satu sama lain namun berita yang tular sejak pagi tadi menjadi bualan hangat warganet dilaman sosial.Ini kerana, menerusi laporan pelakon Mimi Lana mengesahkan sejak sebulan yang lalu hubungan cintanya dengan Syafiq Kyle sudah berakhir selepas lima tahun bercinta.

Pun begitu, Mimi Lana dikatakan tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak serta berkata dia dan Syafiq Kyle berpisah setelah tidak ada lagi persefahaman.“Apa yang boleh saya katakan antara kami sudah tiada persefahaman. Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau gangguan orang ketiga.“Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bermasam muka… anggap sahaja kami tiada jodoh,” ujarnya terhadap BH Online.

Meskipun akui dia yang menjadi pihak memutuskan hubungan berkenaan namun dia sedih dengan apa yang terjadi itu apatah lagi, banyak kenangan mereka tercipta bersama. Walau bagaimanapun, menurutnya dia reda dan fokusnya kini adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan.Pun begitu, lain pula yang jadi menerusi laman Instagram Syafiq Kyle apabila dihujani pelbagai komen melalui sekeping foto bersama Mimi Lana.Selepas tersebarnya kisah cinta Mimi Lana dan Syafiq Kyle yang sekian lama terjalin putus membuatkan, warganet pula menjenguk kelaman sosial milik pelakon itu lalu meninggalkan pelbagai komen di posting lama.-hcl

“Dah Get Back Balik Ke Ni?,” – Mimi Lana Muat Naik Foto Bersama Syafiq Kyle, Lihat Apa Reaksi Peminat

Selepas mengesahkan hubungan mereka putus di tengah jalan, pasangan pelakon, Mimi Lana dan Syafiq Kyle dilihat selesa membawa haluan hidup masing-masing.Setelah sekian lama dilihat tidak bersama, Mimi menerusi posting terkini ada memuat naik foto terbaru bersama Syafiq ketika menjadi tetamu jemputan di sebuah program televisyen.

Pasangan pelakon tersebut dilihat hadir ke program berkenaan bagi mempromosikan sebuah drama pendek berjudul Serikan Hatimu 2 yang turut dilakonkan mereka.“Hi nama i INTHON !! Siapa tengok #serikanhatimu2 ?,” tulisnya.Foto yang dimuat naik di akaun Instagram itu nyata mengundang reaksi pelbagai warganet selepas meraih lebih 20,000 tanda suka dan turut dihujani ratusan komen.Malah, mereka turut memuji sikap profesionalisme yang ada pada pelakon tersebut.

Drama pendek Serikan Hatimu 2 bakal bersiaran pada setiap Isnin, jam 9.50 malam di TV3.Selain Mimi dan Syafiq, drama ini turut menampilkan seorang lagi pelakon popular yang juga merupakan anggota kumpulan De Fam iaitu Azira Shafinaz.Sumber: Instagram Mimi LanaApa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube ViralJom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press Sumber : MH

‘Raya tetap raya’

MESKIPUN Aidilfitri kali ini diraikan dalam keadaan yang cukup sederhana berikutan penularan wabak Covid-19, ia tidak menghalang pelakon kacak Syafiq Kyle untuk merayakan hari mulia itu dengan meriah. Jika saban tahun, Syafiq bersama keluarga pulang ke kampung halaman di Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk meraikan Syawal, kali ini berbeza.

Nampaknya, tahun ini rutin itu terpaksa dilupakan berikutan arahan kerajaan yang tidak membenarkan merentas negeri selain masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kata pelakon berusia 28 tahun ini, dia menyambut Aidilfitri bersama keluarga di ibu kota saja dan mengambil peluang menziarahi saudara-mara di sekitar Lembah Klang.

“Kami sekeluarga akan pastikan diri mematuhi syarat ditetapkan seperti penjarakan sosial dan berkunjung dalam kumpulan yang kecil. “Sambutan hari raya kali ini memang banyak perbezaan antaranya tidak berpeluang mengerjakan solat sunat Aidilfitri di masjid.

“Sebenarnya, saya sangat berharap momen itu, namun terpaksa akur apabila solat sunat Aidilfitri tidak dibenarkan di masjid dalam jumlah ramai,” katanya. Kata Syafiq, meskipun dalam situasi ada kekangan sekarang, Aidilfitri tetap disambut dengan normal baharu dan dirai cara tersendiri.

“Biarpun negara sedang mematuhi PKPB, bagi saya, raya tetap raya. “Aidilfitri bukan sekadar berseronok menziarahi kaum keluarga, malah ia adalah suatu kemenangan dan menandakan Ramadan tinggalkan kita serta pasti sentiasa dirindui,” katanya.

Bercerita mengenai juadah raya kegemaran, Syafiq berkata, dia suka makan nasi himpit dan lemang bersama kuah kacang. “Selain itu, biskut samperit dan batang buruk antara menu yang mesti ada di rumah. Kalau tak ada, tak lengkap rasanya,” katanya.

Mengakui lebih gemar menyambut Aidilfitri di kampung berbanding di bandar, Syafiq berkata, banyak kenangan manis yang dicipta seperti bermain bunga api dan mercun bersama sepupu setiap kali pulang ke desa. “Walaupun di kampung tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan, saya lebih seronok kerana dapat berjumpa dengan ramai sanak-saudara. “Biasanya jika di Kuala Lumpur, selepas solat sunat Aidilfitri, kami pergi menonton wayang,” katanya.

Urusan kerja

Beralih mengenai aktiviti seni, Syafiq berkata, tiada istilah cuti baginya walaupun masih berseronok menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Kata Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, dia tidak lupa komitmen kepada kerjaya utama.

“Tiada istilah cuti lama untuk warga seni seperti kami berbanding orang yang bekerja di pejabat. “Biasanya pada 1 Syawal, saya sibuk memuat naik aktiviti hari raya bersama keluarga untuk mengisi kandungan digital selain menghasilkan video untuk produk diwakili. “Tetapi, kerja ini tidaklah membebankan jika kita seronok melakukannya. Apa yang penting, saya masih dapat bergembira dengan keluarga di sisi,” katanya.

Kisah Cinta

Berbicara kisah cintanya dengan pelakon, Mimi Lana, Syafiq berkata tahun ini tiada sebarang majlis istimewa membabitkan dia dan teman wanitanya itu. Bagaimanapun, Syafiq mengakui sudah memasang niat mendirikan rumah tangga, namun masih dalam proses mempersiapkan diri bergelar suami.

“Setiap insan pasti mempunyai keinginan mendirikan rumah tangga dan saya pun ada memasang impian ke arah itu. “Malah, keluarga saya pun selalu berpesan kalau berkawan, jika tak ada duit nak kahwin kena pasang niat dulu. Tapi itulah, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi.

“Mungkin juga, jadual kerjaya kami berdua yang padat membuatkan tidak mempunyai masa sesuai untuk berbincang perkara ini dan pada masa sama masing-masing saling menghormati. “Malah, keluarga pun menyerahkan kepada kami untuk membuat keputusan memandangkan kerjaya dalam bidang ini (lakonan) pun tidak menentu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *