ISU SEMASA Viral

Wanita lahir Islam mahu diisytiharkan non-Muslim, Ini Alasannya Yg Tak Masuk Ak4l

Gambar sekadar hiasan

Rayuan seorang wanita dilahirkan beragama Islam mengikut sebelah bapanya, tetapi memohon diisytiharkan bukan Islam kerana mendakwa dibesarkan oleh ibunya beragama Buddha, akan didengar Mhkamah Persekutuan pada 16 Disember ini.

Rayuan Rosliza Ibrahim yang sepatutnya didengar panel sembilan Hakim Mhkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 6 Oktober lalu, ditangguhkan berikutan salah seorang peguam menjalani pemeriksaan kesihatan membabitkan Cov-19.

Peguam Azman Marsaleh mewakili Majlis Agama Islam Selangor selaku responden kedua ketika dihubungi berkata, pendengaran baharu ditetapkan hari ini melalui prosiding e-review (dalam talian) oleh Timbalan Pendaftar Mhkamah Persekutuan Azniza Mohd Ali.

Katanya, pihak lain yang terbabit dalam prosiding itu ialah peguam Ashton Paiva yang mewakili Rosliza (perayu); Penolong Penasihat Undang-Undang Selangor Siti Fatimah Talib mewakili negeri Selangor (responden pertama) dan Peguam Kanan Persekutuan M Kogilambigai mewakili Kerajaan Malaysia sebagai amicus curiae (sahabat mhkamah).

Rosliza , 38, merayu keputusan Mhkamah Rayuan yang menolak saman pemulanya bagi mendapatkan satu perisytiharan bahawa beliau seorang penganut agama Buddha dan bukan Islam.

Pada 20 Januari lalu, Mhkamah Persekutuan membenarkan permohonan Rosliza untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu berhubung dua isu perundangan yang perlu diputuskan mhkamah.

Lahir sebelum Ibu Bapa Berkahwin

Beliau memfailkan saman pemula pada 2015 untuk mendapatkan satu perisytiharan bahawa beliau dilahirkan sebelum bapanya yang beragama Islam, dan mendiiang ibunya, yang beragama Buddha, berkahwin.

Rosliza mendakwa bahawa beliau bukan seorang penganut agama Islam, sehubungan itu Mhkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya.

Menurut perayu, beliau dibesarkan sebagai seorang penganut agama Buddha oleh mendiiang ibunya.

Rosliza mendakwa bahawa beliau menghubungi pihak berkuasa agama di 10 negeri lain dan berjaya mendapatkan pengesahan bahawa mereka tidak memiliki sebarang rekod ibunya memeluk agama Islam atau rekod berhubung pernikahan antara ibu bapanya.

Pada 22 Jun 2017, Mhkamah Tinggi Shah Alam menolak saman pemula Rosliza atas alasan bukti yang dikemukakan hanya menunjukkan tiada pendaftaran perkahwinan.

Mhkamah memutuskan bahawa perkara itu tidak membuktikan bahawa perkahwinan berkenaan tidak berlaku dan bukti yang dikemukakan gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa beliau bukan seorang Islam.

Ia turut memutuskan bahawa kes berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Mhkamah Syariah dan bukan Mhkamah Tinggi Siivil.

Mu-rtad: Je-nayah terl4rang tetapi sah?

Mu-rtad atau keluar dari Islam. Ia suatu je-nayah terl4rang tetapi sah apabila cukup segala syarat yang telah ditetapkan. Ia bermaksud, seseorang Muslim dih4ramkan keluar Islam atau dihar4mkan daripada melakukan perkara yang boleh memb4talkan syahadahnya tetapi jika mereka melakukannya juga maka Islamnya terb4tal.

Tidak seragam

M4langnya, enakmen / ordinan antara negeri-negeri di Malaysia tidak seragam dalam hal ini. Ada negeri yang memberikan kuasa kepada mahkamah syariah untuk membicarakan kes mu-rtad / pengisytiharan bukan lagi orang Islam dalam bidangkuasa mal, pada waktu yang sama, menyediakan segala tatacara berkaitan termasuk istitabah (anjuran / perintah supaya bertau-bat) dan juga huku-man.

Ada negeri tertentu, yang hanya memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk membicarakan kes ini tetapi tidak menjadikan mu-rtad atau keluar Islam sebagai suatu je-nayah / tiada hu-kuman disediakan.

Malah lebih te-ruk dari itu, ada negeri yang langsung tidak memberikan apa-apa kuasa kepada mahkamah syariah secara jelas sama ada untuk membicarakan kes bagi menentukan status agama seseorang atau mengh-ukum mereka yang mu-rtad.

kredit: Mysumber, trandingsangat

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *