Hendak memancing dan hantar kucing di luar daerah antara alasan diterima polis untuk permohonan rentas negeri.
Ada juga di antara mereka yang memohon untuk rentas daerah kerana mahu berjumpa rakan dan bersukan di kawasan yang dikateg0rikan sebagai z0n merahh.
Tetapi lain pula dengan seorang individu ini, menerusi hantaran dari facebook inforoadblock seorang individu ini dilihat memberi alasan untuk berjumpa isteri isteri beliau dan disambut dengan gelak ketawa dari barisan petugas hadapan kita.
Setakat artikel ini ditulis, lebih dari 100 ribu video ditonton. Dengan lebih 500 kongsian telah dibuat dan boleh dilihat bermacam komen dari wargamaya mengenai video tersebut.
Komen Dari Netizen.
Tak cukup beranl lg tu..kalau beranl ejas la akak polis tu..jadikan no 4..(kot akak polis tu single la..).
Steady lah pak long..dah 3 cawangan kompom boleh kampui… KLU tak boleh mcm mana nak ade 3 cawangan… Kadang2 yg 1 cawangan pon tak mampu nak jaga tuan tanah… Mau tak mau tuan tanah buka cawangan barulah jawabnya… Tak gitu pak long.

Akak polis tu gelak bukan main.. Hihihi… Selamat bertugas.
Tabik spring pak cik..boleh bagi petua or tips macam mane lvtut boleh kekal kuat sb 3 tu..1 pun lutvt da lengvh.

Fuhh..dpt surat kebenaran dari blni pertama dan kedua boleh lepas ea.
Sumber : InfoRoadBlock/OM,kiniairnws
PKPB kini kembali: Apa yang boleh dan tidak boleh anda lakukan
Kerajaan hari ini mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan gelombang ketiga wabak Covid-19.
PKPB akan berkuat kuasa di Sabah mulai tengah malam ini (13 Okt) manakala Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berkuat kuasa pada tengah malam 14 Okt.
Tempoh penguatkuasaan akan berlangsung selama dua minggu (sehingga 26 Oktober untuk Sabah dan 27 Okt di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya).
Panduan ini, disusun berdasarkan kenyataan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob dan juga pertanyaan yang diajukan terus kepada kementeriannya pada 12 Oktober.
Panduan ini dikemas kini pada 13 Oktober setelah prosedur operasi standard (SOP) yang dicadangkan disampaikan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan diformalkan.
SOP khusus ini hanya untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan bertujuan untuk membantu menjelaskan apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan di bawah PKPB.
Apa itu PKPB?
Penguatkuasaan ini serupa dengan yang dikenakan ke atas negara ini dari 4 Mei hingga 9 Jun lalu.
Untuk rekod, negara ini pertama kali melaksanakan perintah kawalan pergerakan atau disebut “PKP” pada 18 Mac, di mana kebanyakan perniagaan ditutup dan hanya seorang dari setiap isi rumah dibenarkan meninggalkan rumah untuk mendapatkan bekalan makanan.
Ketika keadaan Covid-19 bertambah baik, negara ini beralih kepada PKPB, di mana kegiatan ekonomi disambung semula dengan syarat yang ketat tetapi aktiviti riadah masih dilarang.
Sebilangan besar sekatan ditarik balik ketika negara ini mulai beralih kepada PKP Pemulihan dari 10 Jun dan fasa ini sepatutnya berlangsung sehingga akhir tahun ini.
Mengapa kita kembali kepada PKPB sekarang?
Ringkasnya, kita sekarang berada dalam keadaan yang jauh lebih buruk daripada ketika gelombang Covid-19 kedua yang dicetuskan oleh perhimpunan tabligh pada Mac lalu.
Gelombang ketiga ini bermula pada bulan September ketika pendatang tanpa izin menyebarkan virus berkenaan di Penjara Tawau dan kemudian menular di kalangan masyarakat.
Penyebaran virus itu dipercepatkan oleh pilihan raya Sabah yang berakhir pada 26 September.
Mereka yang datang berkempen dan pelawat yang mengunjungi Sabah kemudian membawa virus itu pulang ke negeri masing-masing.
Kemuncak gelombang kedua berlaku apabila 277 kes baru direkodkan pada 4 Jun dengan kebanyakannya terdiri daripada warga asing yang ditahan di pusat tahanan.
Pada gelombang ketiga ini, jumlah kes tertinggi adalah pada 6 Oktober dengan 691 kes baru, yang kebanyakannya adalah rakyat Malaysia dan kebanyakan berada dalam kelompok masyarakat.
Setiap hari, kes baru juga merekodkan angka yang tinggi.
Semasa gelombang kedua, pesakit Covid-19 yang paling banyak dirawat di negara ini adalah pada 9 April dengan 2,552 orang pesakit.
Pada gelombang ketiga, negara ini mencatat rekod tertinggi yang baru setiap hari dengan 5,039 pesakit Covid-19 dirawat pada hari ini (12 Okt). Sekiranya jumlah ini terus meningkat, hospital-hospital kita akan terbeban dan angka kematian akan meningkat secara mendadak.
Angkatan Tentera Malaysia juga sudah mengaktifkan hospital medan di Sabah, sesuatu yang biasanya dilihat pada masa perang.

Bolehkah saya keluar rumah?
Hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar daripada rumah.
Ini hanya dibolehkan untuk urusan kerja, kecemasan dan perkara penting seperti membeli barang keperluan seperti makanan dan bahan mentah.
Individu dan kanak-kanak yang berisiko tinggi tidak digalakkan pergi ke tempat awam.
Sejauh mana saya boleh bergerak?
Perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan. Polis akan membuat sekatan jalan untuk mengawal pergerakan.
Di Selangor, misalnya, terdapat sembilan daerah – iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang. Anda harus kekal berada di daerah anda.
Bagi keadaan kecemasan seperti kematian, kebenaran boleh diminta dari pihak polis untuk perjalanan merentas daerah.
Bolehkah saya pergi bekerja?
Sebilangan besar perniagaan masih beroperasi seperti biasa. Hanya beberapa sektor akan ditutup, seperti institusi pendidikan dan pusat hiburan.
Sektor perikanan, perladangan, pertanian, peternakan dan semua industri yang berkaitan dengan rantaian bekalan makanan juga akan terus beroperasi.
Bolehkah saya pergi bekerja sekiranya pejabat saya di daerah lain?
Pengecualian dibuat untuk individu yang perlu melakukan perjalanan rentas daerah untuk bekerja, dengan syarat mereka menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan mereka di sekatan jalan raya.
Pekerja yang kad pekerjanya tidak mempunyai butiran digalakkan untuk mendapatkan surat untuk mengelakkan kesulitan.
Bagaimanapun, majikan digalakkan membenarkan pekerja bekerja dari rumah.
Bolehkah saya menghantar anak-anak saya ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak?
Tidak. Semua sekolah, kolej, universiti, institut latihan dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup.