ISU SEMASA Viral

Fahmi Reza disifatkan bi-adap, lukis wajah mirip DG Hisham dalam mangkuk tandas

Biadap! Itu yang disifatkan netizen terhadap pereka grafik, Fahmi Reza selepas dia bertindak berkongsi satu lukisan mirip Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di dalam mangkuk tandas.

Karikatur wajah mirip Ketua Pengarah Kesihatan itu berada di dalam mangkuk tandas dengan kapsyen ‘please use the toilet’ yang mengundang rasa kurang senang netizen.

Lukis muka DG Hisham dalam mangkuk tandas

Menerusi media sosial, ramai beranggapan tindakan tersebut adalah sangat biadap serta tidak menghormati petugas barisan hadapan yang sedang berjuang melawan Covid-19 termasuk Dr Noor Hisham.

Difahamkan, karikatur itu adalah diinspirasi daripada balasan ciapan Dr Noor Hisham di laman Twitter berikutan pertanyaan seorang individu mengenai segelintir ahli politik yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Individu tersebut kemudian mengingatkan kepada peribahasa ‘kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari’ sebelum dibalas Dr Noor Hisham ‘please use the toilet’.

‘Please use the toilet’

Tak kelakar weh

Justeru, lelaki berusia 43 tahun itu dihentam teruk dimana rata-rata netizen menyifatkan karikatur yang dihasilkan adalah tidak menghargai jasa dan pengorbanan figura hebat di negara ini.

Ini dah melampau!

Hormat sikit DG Hisham

DG Hisham dah penat handle Covid-19

Tidak semua faham apa yang kita cuba sampaikan, namun kita perlu ada sedikit rasa sensitif terhadap setiap tindakan yang kita lakukan agar tidak mengundang salah faham.

Sumber: fahmireza,ohmymedia

 

Warganet simpati Dr Noor Hisham seperti keletihan

Kuala Lumpur: Keadaan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang ada ketikanya terbatuk mendapat simpati warganet ketika beliau mengadakan sidang media Covid-19 harian di Putrajaya hari ini.

Ramai warganet daripada kira-kira 15,000 yang mengikuti sidang media langsung di Facebook (FB) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam ruangan komen mendoakan kesihatan Dr Noor Hisham.

Noor Hisham yang berpakaian kemas sut lengkap bertali leher dan memakai pelitup muka berwarna hitam dilihat segelintir warganet seperti kepenatan.

Antaranya pemilik akaun Hamizan Pajar: “Kesian dato (Dr Noor Hisham), betul-betul penat tu, besar sungguh pengorbanan dato dan semua barisan hadapan, terima kasih untuk semuanya. Semoga semua barisan hadapan dilindungi Allah SWT, korang memang terbaik.

Bagi Md Noor Hussin pula tulisnya di ruang komen: “Diharap KKM buat giliran untuk DG (Dr Noor Hisham) semasa PC (sidang media dengan para media. Kesian weh…tengok dato DG dah keletihan! Sama-sama kita berdoa agar Covid-19 ini reda.”

Antara komen lain ialah, Mat US: “Penat dah sebut kita jaga kita…kesian TSDH.” Nona Karim: “Tengok muka DG penat, cian.”

Bagi pemilik akaun Haniff Klang beliau meminta Dr Noor Hisham menjaga kesihatan kerana rakyat memerlukannya yang dianggap hero.

Carrie Soon pula komen: “Dr betul-betul jawab soalan, dan beri cara serta jawapan yang berguna walaupun kerja dah banyak…you are the best.”

Bagi pemilik akaun Miza Rasmi katanya: DG Noor Hisham cakap seboleh-bolehnya duduk di rumah jika tiada perkara penting.

Mapatan Sudin juga komen serupa iaitu mengulangi nasihat Dr Noor Hisham, kalau nak 100 peratus tidak terjangkit, duduk di rumah.

Tetapi ada juga yang bergurau dengan membida pelitup muka dipakai Dr Noor Hisham seperti pemilik akaun Mohamad Syahir tulisnya ‘Lock mask Tan Sri’

Dalam sidang media itu, Dr Noor Hisham hari ini berkata, jumlah kes baharu harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 865 kes dan menjadikan angka keseluruhan sebanyak 21,363 kes.

Angka terbaharu hari ini menunjukkan kes melebihi 800 adalah untuk tiga hari berturut-turut.

sumber : Bh

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *