Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Selain ‘Mateen’, Ini Adalah Adik-Beradik Alm4rhum Pengiran Abdul Azim

Pada Sabtu lalu (24 Oktober 2020), Brunei berduk4 cita dengan khabar kem4ngk4tan Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Haji Abdul Azim, 38 yang selamat dikebvmikan di Kubah Mak4m Diraja selepas waktu Asar.

Brunei Berk4bung

 

Berita duk4 berkenaan diumumkan pihak Istana Brunei yang memaklumkan pewaris takhta kerajaan Brunei yang ke-4 itu menghembvskan nafas terakhir pada jam 10.08 pagi waktu tempatan dan turut rakyat negara itu diminta untuk mengibarkan bendera kebangsaan pada separuh tiang dan memulakan tempoh berkabung selama tujuh hari.

Pergi pada usia 38 tahun, Almarhum dikenali sebagai seorang yang penyayang dan begitu prihatin kepada rakyatnya.

Biodata Almarhum Pengiran Muda Haji Abdul Azim

Unutk pengetahuan semua, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim merupakan anakanda pertama Sultan Haji Hasannal Bolkiah bersama bekas isteri baginda iaitu Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz.

Almarhum merupakan kekanda Pengiran Muda Abdul Aziz dan merupakan kekanda kepada Pengiran Muda Abdul Mateen yang merupakan seorang figura popular di laman media sosial.

Lahir di Bandar Seri Begawan, Brunei, 29 Julai 1982, Almarhum adalah anak sulung Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dan Pengiran Isteri Hajah Mariam.

Pangeran Abdul Azim mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Institut Raffles, dan Universiti Oxford Brookes.

Pada tahun 2008, Putera Azim dihantar untuk mengikuti kursus latihan pegawai selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst, tetapi dia berhenti selepas satu minggu.

Kenangan arwah bersama kekanda Pengiran Muda Putera Abdul Mateen

Pangeran Haji Abdul Azim juga dikenal sebagai seorang yang sangat mengambil berat terhadap aktiviti kemasyarakatan.

Pada tahun 2009, Almarhum menubuhkan dana di mana hasilnya disumbangkan ke badan amal Make A Wish Foundation UK.

Pada bulan Mei 2011, ketika di sebuah pertunjukan amal yang diadakan di Dewan Indera Samudra Empire Hotel dan Country Club, Brunei, di mana 31 orang dengan autisme tampil, Putera Azim mengatakan bahawa mereka yang menderita autisme harus dilayan dengan terhormat, “seperti mana-mana ahli keluarga anda”.

Penerbit Filem

Dia adalah penerbit dengan syarikat filem yang berpangkalan di London, Daryl Prince Productions yang menerbitkan filem You Not You.

Sikap pro-Islamik ayahnya telah memberi kesan neg-atif terhadap campur tangan pangeran di kalangan penggiat seni di Hollywood.

 

Bersahabat Baik Dengan Mariah Carey

Pengiran Abdul Azim dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan penyanyi popular antarabangsa, Mariah Carey. Di pesta ulang tahun Azim ke-30, sekitar pertengahan 2012, Carey turut serta hadir memeriahkan acara. Turut hadir,  aktres Pamela Anderson dan Raquel Welch.

Komplikasi Kesihatan

Terdahulu dalam satu hantaran di laman sosial media instagram Bruneiroyalfamily, telah memaklumkan Pemergian Almarhum Pengiran Muda Haji Abdul Azim

Memetik laporan MEAWW, difahamkan baginda Putera Abdul Azim telah dimasukkan ke hospital sebelum ini atas komplikasi kesihatan, menurut sumber berkenaan.

Pemerintah Brunei Darussalam memerintahkan agar rakyatnya mengibarkan bendera setengah tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai pada hari ini (Sabtu) 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.

Punca pemergian putera kesayangan ramai itu masih belum diketahui.

Berikut status penuh di laman instagram tersebut Bruneiroyalfamily petang tadi

” Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

” Dengan amat dukacita memaklumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bahawa dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah mangkat pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020 jam 10.08 pagi.

” Jnazah Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020, selepas waktu Asar.

” Maka oleh yang demikian, seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam hendaklah mengibarkan bendera setengah tiang pada hari ini dan berkabung selama 7 hari mulai pada hari ini Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

12 Adik-Beradik Pengiran Muda Haji Abdul Azim

Mengenai susur galur salasilah Almarhum, baginda merupakan anakanda sulung Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien bersama Hajah Mariam. Selain Pengiran Abdul Azim, hasil perkahwinan baginda Sultan bersama Hajah Mariam turut dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu :

Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, 36

Pengiran Anak Puteri Fadzillah Lubabul Bolkiah,35

 Pengiran Muda Abdul Mateen, 29

Selain 3 adik-beradik kandung, Almarhum baginda turut mempunyai 9 lagi adik-beradik lain yang berlainan bonda yang mana merupakan hasil perkahwinan ayahanda tercinta bersama Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, 51

Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, 49

Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, 46

Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, 44

 

Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, 40

Pengiran Muda Abdul Malik, 37

Selain itu, dua lagi adinda Almarhum adalah zuriat ayahanda bersama personaliti TV dan usahawan, Azrinaz Mazhar.

Pengiran Muda Abdul Wakeel,14

Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah,12

 

Gaya Hidup Mewah Anak Sultan Brunei Putera Mateen

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi dengan Putera Brunei ini. Berusia 26 tahun, Pengiran Abdul Mateen merupakan anak ke 10 Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Sultan Brunei pernah dianggap sebagai manusia paling kaya di dunia dan memiliki aset dianggarkan $40 billion.

Jika anda mengikuti Instagram Putera Mateen, kebanyakan foto yang dimuat naik memaparkan gaya hidup mewah seorang anak Sultan. Putera Mateen banyak habiskan masa bermain sukan polo, bercuti menaiki kapal terbang peribadi dan menghabiskan masa bersama haiwan liar peliharaannya.

sumber: ig brunei royal family

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 >