ISU SEMASA Viral

40 Hari Tido Berteman air mata, Akhirnya lbu Syukur Sandra Dianne Muncul Dlm Mimpi

Terdahulu, Sandra atau nama sebenar Alessandra Dianne Ampuria meninggal dunia pada 11 September lalu.

Ini selepas enam hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Pada 5 September lalu, Allahyarham Sandra terbabit dalam kemalangan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya

Ini ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Sabah.

IBU kepada Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdullah mengakui perasaan rindu terhadap arwah masih menebal meskipun sudah genap sebulan pemergian anak kesayangannya itu.

Menurut Nur Syakinah, dia masih belum dapat menerima kehilangan anak perempuannya itu

Dan hanya mampu mengubat kerinduan menerusi rakaman video kenangan bersama arwah.

“Rindu suara kakak bercakap, setiap hari mama rindu, tiada sehari pun mama tak rindu kakak.

Mama benar-benar kehilangan nak… tak tahu nak cakap macam mana lagi.

“Tak ada kata-kata yang mampu memujuk mama untuk berhenti menangisi kakak.

Tiada pelukan yang mampu meredakan kedukaan hati mama, kakak dah bawa pergi hampir seluruh jiwa mama bersama

Tak akan mama dengar lagi kata-kata yang membahagiakan mama,” katanya menerusi laman Facebook.

40 Hari Tido Berteman air mata, Akhirnya lbu Syukur Sandra Dianne Muncul Dlm Mimpi

Ibu luah kerinduan terhadap anak di laman Facebook.

Bagi mengubat kerinduan itu, Nur Syakinah menghasilkan video istimewa kenangan bersama arwah dan memuat naik di laman YouTube pada Sabtu.

Dalam muat naik status yang lain pula, Nur Syakinah turut berharap dapat bertemu dengan anaknya itu di dalam mimpi.

40 Hari Tido Berteman air mata, Akhirnya lbu Syukur Sandra Dianne Muncul Dlm Mimpi

KEINGINAN ibu kepada penyanyi Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdullah untuk bertemu arwah anaknya dalam mimpi akhirnya tercapai.

Menurut Syakinah, itu merupakan kali pertama dia didatangi mimpi tentang anaknya

Ini selepas lebih sebulan pemergian Allahyarham Sandra.

“Tepat 44 hari, akhirnya kakak (panggilan untuk Sandra) datang juga dalam mimpi mama…

Terima kasih nak, mama tak akan lupa ciuman yang mama berikan pada kakak

Dan pelukan tangan kakak memeluk erat badan mama.

“Ia seperti tanda daripada kamu memberitahu kamu baik-baik..

Dan inilah masa untuk mama bergerak ke depan dan berhenti meratapi pemergianmu.

“Mama akan merindui kamu sepanjang hidup. Bersemadilah dengan tenang. Al-Fatihah,” katanya.

40 Hari Tido Berteman air mata, Akhirnya lbu Syukur Sandra Dianne Muncul Dlm Mimpi

Ibu Sandra kongsi luahan di Facebook.

Syakinah berkongsi perasaan rindunya terhadap arwah menerusi laman Facebook, baru-baru ini.

Sementara itu, Syakinah berkata dia enggan lagi menulis luahan di media sosial

Ini kerana bimbang tindakannya itu akan menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Berat mama pun semakin hari semakin turun daripada 52 kilogram mendadak turun ke 46 kilogram!

“Mama tak mahu menulis panjang menumpahkan segala perasaan.

Bimbang ada yang akan meluat dan menyampah menuduh mama tak habis-habis meraih simpati.

Cukuplah mama katakan rindu mama pada kakak masih belum hilang.

“Mama seolah-olah merasakan kakak ada job menyanyi di tempat yang jauh dan lambat lagi akan balik ke rumah.

Kadang-kadang mama melihat telefon menunggu Whatsapp kakak masuk…

Scroll chat kita yang lama, dengar voice note kakak pada mama,” ujarnya.

Gara-gara rindu yang terlalu mendalam, Syakinah berkata dia tidak mampu tidur lena sehingga berat badannya turun mendadak.

40 Hari Tido Berteman air mata, Akhirnya lbu Syukur Sandra Dianne Muncul Dlm Mimpi

Sandra terbabit kemalangan jalan raya pada September lalu.

“Orang takkan mengerti apa perasaan yang mama lalui saat ini, susah untuk mama bangkit semula dari kesedihan ini kakak.

Berat mama pun semakin hari semakin turun daripada 52 kilogram mendadak turun ke 46 kilogram.

“Setiap malam selama 40 hari juga mama tidur bertemankan air mata.

Mama tak pernah lupa doakan kesejahteraan kakak di sana dan tak lupa juga sedekah Al-Fatihah untuk kakak.

“Group Telegram peminat kakak mengadakan tahlil online melalui Google Meet.

Bahagialah kakak di sana ya. Bisik pada Allah, semoga Allah kumpulkan kita sekeluarga bersama semula di syurga kelak… insyaAllah,” katanya.

“Maafkan mama nak belum dapat terima kenyataan ini, terlalu sakit untuk mama hadam…

Hanya doa setiap waktu untuk kakak yang mampu mama kirim setiap hari dan detik mama menangis teringatkan kakak.

“Maafkan mama kerana mama belum kuat untuk kakak…

Tolonglah datang dalam mimpi mama nak, mama rindu… kakak belum jenguk mama lagi, hadirlah nak mama terlalu rindu!

“Semoga kakak damai dalam pelukan kasih sayang Allah. Al-Fatihah!,” ujarnya.

40 Hari Tido Berteman air mata, Akhirnya lbu Syukur Sandra Dianne Muncul Dlm Mimpi

 

sumber : zox

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan berqtanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti