Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Laungan AZAN Iringi Frontliner Ke SABAH, Memang Sedih TAPI Suntik Semangat Lakukan Tugasan

Keadaan negeri Sabah yang bergelut dengan pendemik Covid-19 membuatkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menghantar kakitangannya ke sana bagi membantu mengawal keadaan.

Ketika penghantaran mereka pada pagi tadi, laungan azan iringi frontliner ke Sabah, memang sedih namun laungan azan adalah semata-mata untuk suntik semangat lakukan tugasan.

Laungan Azan Iringi Frontliner

Kota Bharu: Seramai 85 kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dihantar ke beberapa hospital dan pejabat kesihatan di Sabah bagi membantu dalam mengawal pandemik Covid-19 di negeri itu.
Penghantaran mereka dilakukan secara berperingkat bermula pada 23 September lalu dan terkini adalah pagi semalam membabitkan enam pembantu perawatan kesihatan.

Pelepasan mereka diadakan di lobi Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini pada 10 pagi oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

Penghantaran Bagi Membantu Pengurusan Kesihatan Di Sabah

Zaini berkata, penghantaran semua kakitangan JKNK itu adalah bagi membantu pengurusan kesihatan di Sabah dalam usaha merawat pesakit serta mengawal wabak Covid-19 yang masih menular di sana.

“Semua kakitangan JKNK yang dihantar itu akan berada di sana selama sebulan dan diletakkan di beberapa lokasi hospital dan pejabat kesihatan antaranya di Tawau, Labuan dan Semporna bergantung kepada kerajaan Sabah.

“Kakitangan yang dihantar membabitkan pakar perubatan, pegawai, penolong pegawai, jururawat termasuk pemandu,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Suasana Sedih Bila Azan Dilaungkan

Suasana sedih menyelubungi sekitar acara pelepasan pagi semalam yang dimulakan dengan ucapan disusuli doa seterusnya azan dilaungkan oleh pegawai agama jabatan mengiringi enam kakitangan JKNK ketika keluar dari lobi.

Ada dalam kalangan mereka yang cuba menahan sebak dan ada juga yang sudah berlinangan air mata sambil ditenangkan rakan setugas dengan memberi kata-kata semangat.

Zaini berkata, penghantaran keenam-enam mereka itu berlepas menaiki kereta sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum mengambil penerbangan terus ke Kota Kinabalu, Sabah.

“Laungan azan yang dialunkan adalah bagi menyuntik semangat dalam diri mereka dan menganggap tugasan yang diberikan adalah satu ibadah.

“Selepas sebulan, mereka akan digantikan dengan kakitangan lain bergantung kepada keperluan dan sudah ada kakitangan yang pulang iaitu mereka yang berlepas sebelum ini,” katanya.

sumber : mymetro

 

KKM terus hantar ‘frontliner’ ke Sabah, DG Hisham titip doa agar mereka terus kuat..

Kebelakangan ini, negara kita semakin meningkat untuk kes pos1tif Cov1d19 setiap hari. Semua negeri membuatkan banyak pihak berasa gusar terutamanya negeri Sabah.

Semakin hari, negeri Sabah telah meningkat kes  posit1f dan sudah tentu tenaga barisan hadapan dah mula letih dan penat dan amatlah dialukan untuk negeri lain untuk terus membantu mereka membendung penularan Cov1d19 ini.

D0a buat frontliiner

Terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah seorang yang priihatin akan nasiib ptugas barisan hadapan telah titipkan doa untuk mereka di Hospiital Semporna serta seluruh negeri Sabah untuk diberi kekuatan serta prlindungan semasa melakukan tugas mereka.

 

 

Selain daripada itu, beliau turut mem4klumkan bahawa petugas kesihatan dari Semenanjung juga dihantar ke sana bagi memberikan s0kongan dan inspiirasi kepada frontliner tempatan untuk melawan penul4ran pandemik tersebut.

Petugas hadapan terus dihantar ke Sabah

Hal ini dapat dilihat apabila sudah ramai bariisan hadapan telah dihantar ke Sabah sejakk beberapa miinggu lepas lagi.

Paling trbaru, 11 orang jururawat telah dihantar ke hospital di negeri Sabah untuk membantu mereka di sana di samping dapat tambah tenaga kerja untuk membantu mrwata pesakiit yag diisakan posit1f Cov1d19. Mereka telah prgi ke sana malam tadi.

Semoga dipermudahkan dan dilindungi

Ramai nettizen turut mennggalkan komen untuk turut mendoakan kesejahteraan dan keselaamtan barisan hadapan yang terlibat dalam misi membendung Cov1d19 ini.

Ada juga yang mengucapakan teriima kasiih kepada wira negara kerana mereka sangggup berpeenat lelah demii negara ini mengelakkan penularan yang akan lebih seriius.

Kesian lihat frontliner kepenatan

Jaga diri frontliner kami

Hanya Allah mampu balas jasa kalian

Selamat berjuang wira-wira negara. Semoga dilindungi Allah S.W.T…

 

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah

Sumber: OMM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *