Hiburan Viral

Saya boleh refund..” – Elizabeth Tan menangis, silap jual baju jenama sendiri tanpa label

Sekarang ini memang ramai artis tanah mula menceburi bidang perniagaan dengan mengeluarkan pelbagai produk jenama sendiri, termasuklah penyanyi bersuara ‘husky’ Elizabeth Tan.

Namun dalam dunia perniagaan pasti ada dugaannya apabila penyanyi berusia 26 tahun itu meluahkan rasa terkilan terhadap pengeluar baju jenamanya yang gagal meletakkan label sebelum dijual kepada pembeli.

Sapa buat Lizzy nangis!

Menerusi video disiarkan di media sosial miliknya, penyanyi lagu Knock Knock itu dilihat kecewa sehingga menangis kerana tidak mendapat kualiti bekalan seperti yang dijanjikan.

“Sekarang saya betul-betul kecewa selepas sedar pihak itu tak letak tag jenama di bawah baju. Ia sepatutnya ada tag. Dia janji nak QC (kawalan kualiti) dan dah janji kat saya untuk QC semua. Saya bayar dia banyak… modal saya bukan sikit…”

 

Atas rasa tanggungjawab, Elizabeth memohon maaf kepada pembeli yang telah mendapatkan produknya dan berjanji akan memulangkan semula wang jika terdapat pembeli yang tidak berpuas hati.

“Saya tak nak menangis… saya nak beritahu yang sesiapa mahukan refund, anda boleh mohon dan mereka akan memulangkannya bersama baucar tambahan…”

“Saya minta maaf sangat kerana saya tidak betul-betul buat QC. Saya nak yang terbaik untuk anda tapi rupa-rupanya saya tersalah mempercayai orang lain…”

Diharapkan, Elizabeth dapat menyelesaikan masalahnya dan mengambil pengajaran atas apa yang telah berlaku agar tidak berulang lagi.

Sumber: Gempak (Amri Hassan) & Elizabeth Tan, Ohmymedia

 

Lelaki henti ikuti Elizabeth Tan, warga maya minta jangan ‘rampas’ hak peribadi penyanyi itu

Tindakan lelaki yang berikrar untuk tidak mengikuti perkembangan penyanyi Elizabeth Tan atau Lizzy sepanjang bulan Ramadan mengundang pelbagai reaksi orang ramai di media sosial.

Memuat naik komen di Instagram, lelaki berkenaan berkata, semalam merupakan hari terakhir untuk dirinya menatap foto dan video penyanyi itu dipercayai kerana mahu memberi tumpuan pada ibadah.

“Hari ini akhir saya tengok Lizzy. Esok sudah tidak boleh tengok lagi,” kata lelaki itu.

Semalam, Lizzy dilihat memuat naik sebuah video di Instagram menunjukkan dirinya sedang membuang sampah sambil berjalan seperti model pentas.

Kebanyakan individu tampil memberi komen kepada penyanyi itu agar tidak berpakaian seksi pada bulan Ramadan bagi menghormati pengikutnya beragama Islam.

Bagaimanapun, ada yang tidak bersetuju dengan saranan itu memandangkan Lizzy bukan beragama Islam dan berhak memilih cara berpakaian.

Antara komen warga net

Koronavyrus19: “Elizabeth Tan bukan Islam.”

Novice Climber: “Tak apa Lizzy, hak you (anda) nak pakai apa. Saya boleh unfollow sekejap”.

Setakat ini, video dimuat naik Lizzy ditonton lebih 406,000 kali selain menerima sekurang-kurangnya 1,800 komen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan berqtanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *