ISU SEMASA

‘Kakak Ipar Ku Diva?’ Macam ni pun Ada?

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Kakak ipar aku ni orang bandar langsung tak pandai bergaul dengan kami orang felda.

Aku tak faham betul dengan kakak ipar ni langsung tak pandai bergaul walaupun dah 2 tahun tinggal dengan keluarga kami. Asyik duduk terperap dalam bilik.

Baru – baru ni dia ajak abang aku pindah, sedangkan sebelum kahwin kak ipar aku dah setuju dengan peraturan kami adik beradik yang abang aku tu tak boleh keluar dari rumah ni.

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum admin, please hide acc i ye.

Perkara yang aku nak kongsi ni kisah kakak ipar aku yang pelik. Aku berumur 28 tahun, masih belum kawin lagi. Kakak ipar dan abang aku tingal rumah aku sejak diorang kahwin.

Masuk tahun ni dah 2 tahun diorang duduk sini, dah ada anak sorang pun. Kakak ipar tu orang bandar, kitorang ni duk felda je.

Kak ipar aku ni jenis pendiam tak reti dan tak pandai la nak bergaul ke borak – borak dengan kami sekeluarga sebab duduk kampung kot.

Rutin harian dia buat sarapan, basuh baju, mandi anak, kemas – kemas rumah sikit – sikit, siap semua masuk bilik duduk dalam bilik dengan anak.

Nanti lepas masak tengah hari siap, dia masuk bilik duk kurung dalam bilik. Bila petang plak, dia ada la buat minum petang, mandi anak siap semua masuk bilik berkurung dalam bilik lagi.

Bila petang abang aku balik kerja barulah dia keluar teman laki dia minum – minum. Tapi nanti maghrib dia dah masuk bilik berkurung dalam bilik.

Tak faham betul la aku dengan hidup dia ni! Tak reti langsung nak bergaul! Baru – baru ni aku dapat tahu dia ajak laki dia pindah nak duduk rumah sendiri.

Memang geram jugak aku! Semua dalam rumah ni memang abang aku tu yang tanggung, tapi dia tak kesian ke kat mak aku?

Dulu sebelum kahwin kak ipar aku dah setuju dengan peraturan kami adik beradik yang abang aku tu tak boleh keluar dari rumah ni.

Abang aku tu kena jaga mak aku sejak ayah kitorang meninggaI dunia. Amboi, masa tu dia ok plak, sekarang ni plak nak member0ntak la!

Aku ni perempuan anak bongsu, abang – abang aku yang lain semua duduk jauh – jauh. Jadi memang harap kat abang aku yang ni jelah untuk jaga mak aku. Takkan tu pun kak ipar aku tak boleh fkir?

Kewangan abg aku tu pun tak stabil sangat. Bila mak aku suruh kak ipar aku tu kerja sama – sama bantu abang aku tapi dia boleh buat tak tahu jer. Suruh niaga online kata tak tahu la apa la! Dahlah duk kat rumah je tak buat apa – apa! Apalah nasib abang aku dapat isteri macam ni!

Komen Warganet :

Umie Azziatul : Kalau aku jadi kak ipar ko elok aku keje kan mulut ko dulu. Biar lah dia tak pandai gaul tu cara dia janji masak buat kerja semua dia boleh.

Kau tu membawang je pandai belum kahwin sibuk tulis nak mengadu kat orang lain. Bengang tak buat keje konon, habis yang duk masak basuh kain buat minum petang tu siapa, halimunan?

Awak kahwin dulu pastu duduk rumah mak suami dengan ipar ko baru tahu langit tinggi ke rendah.

Dan seorang suami wajib sediakan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga dia, kate ramai abangkan. Nape nak susahkan yang sorang ni kalau dia pun tak berapa nak ada?

Nazura Ishak : Kenapa suh bini keja, sedangkan itu memang tanggungjawab suami dia, abang awak tu. Cuba kau bayang kau kena hadap apa yang kak ipar kau hadap sekarang ni.

Agak – agak kau rasa apa. Memang la hubungan kak ipar kau dengan family ok tapi setiap perkahwinan inginkan kehidupan yang ada privacy. Dalam bilik la tempat paling nikmat seorang isteri dan ibu untuk berehat bila seharian buat kerja – kerja rumah.

Haiza Mohamad : “Dah la dok umah je xbuat apa – apa”. Aku rasa baik ka baca balik apa benda yang ko dah menc4rut dari awal. Lepastu ko listkan apa yang dia buat kat umah.

Tadi kata kak ipar masak buat minum petang semua mengemas eh part last kata tak buat apa – apa! Hampeh punya adik ipar memang padan la dia duk dalam bilik je dari bergaul dengan adik ipar macam ni.

Ko umur dah 28 tahun tapi tak kahwin – kahwin, nampak sangat tak laku sebab pemalas. Kalau aku jadi akak ipar ko, memang aku simbah ko dengan air panas.

Dah la laki aku yang menanggung semua, kerja rumah pun aku jugak nak kena hadap, dapat adik ipor pu4ka gini gaye. Aku rasa dia bukan tak nak jaga mak ko tapi malas nak menanggung biawak cam ko.

NurAz Wan : Nampak macam semua kakak ipar awak je yang buat, dari pagi sampai petang, yang awak buat apa? Awak pun anak, dan ada kat situ, jagalah mak awak tu.

Agaknya kakak ipar awak dah tak tahan duduk situ dan jadi orang gaji pada korang semua. Paling meny4kitkan hati kalau ada adik perempuan besar, yang satu kerja tak tahu buat. Makan tidur dan relaks saja, menghabiskan beras dan makan tanggung saja.

Nooridayu Almusa : Kalau jenis apa – apa masuk bilik maknanya adalah benda yang buat kak ipar ko tu tak selesa. Mesti ko yang buat dia tak selesa.

Kalau ko nak orang luar macam kak ipar ko boleh terima semua, sila jaga hati dia. Ko je yang keluar dari rumah tu kalau abang kau je boleh tanggung mak kau. Tak payah nak salahkan orang luar dalam hal family kau.

Ni umur 28 tahun tapi tak kahwin lagi. Kalau dah kahwin nanti kau rasalah apa kak ipar ko rasa tu.

Dah kira elok kak ipar ko buat semua benda, ko tak ade hak nak kompIen apa lagi bila dia ajak abang ko keluar dari rumah tu. Kahwinlah dulu kak, baru kau faham apa erti perkahwinan.

Rizal Rodzuan : Dia bukan tak reti bergaul, cuma str3ss dia sorang – sorang je buat semua benda, yang lain – lain tak reti nak menolong apa pun.

Lepas tu ko cakap kewangan abang ko tak stabil tapi kat rumah tu dia tanggung semua benda. Ko umur 28 tak kerja ke, dahla tak tolong apa pun tau compIain je, patut la umur 28 tak kahwin lagi menyusahkan semua.

Ni la salah satu punca suami isteri bercerai. Dapat ipar – ipar yang sibuk hal rumahtagga orang. Letak macam – macam peraturan dekat menantu.

Dah tu ko nak suruh dia buat apa lagi, dia dah masak, dah siap mandikan anak, dah basuh pinggan baju. Tak kan nak kena basuhkan ber4k ko plak, mandikan ko? Mulut ko macam pu4ka siapa nak bergaul dengan ko.. Hello sedar diri sikit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

 

Tak sngka brtemu jodoh dgn pelajar sendiri tp yg sedihhnya lps tu dia dibuang famili.

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini.

Assalamualaikum. Nama aku mia, berusia 29 tahun, married dan kisah yang aku nak cerita ni adalah kisah yang aku tengah alami sekarang.

Maaf, panjang kisah aku sebab aku ceritakan dari mula. Aku dibesarkan dalam keadaan serba sederhana, cukup makan, pakai, tempat tinggal, education semua lengkap.

Aku rasa hidup aku smooth je. Lepas sekolah masuk asasi setahun, ambik degree, jumpa husband yang stable, kahwin, bekerja, mengandung, beranak etc yang mana hidup aku ni cam sempurna lah kiranya.

Dari kecik sampai besar, hidup aku uneventful sangat. Semua ikut ‘procedure’ yang biasa orang kita lihat.

Until my husband diberhentikan kerja. This was 4 years++ ago. Masa ni aku kerja jauh dari husband. PJJ lah kiranya. Aku sewa rumah dalam 20km dari ofis, duduk dengan anak aku masa tu anak aku umur 1tahun.

Lepas diberhentikan husband aku diberi wang pampasan yang agak banyak dan dengan wang tu dia decide untuk buat bisness. Sebagai isteri, aku support decision suami aku.

Masa ni wang pampasan tu 100% digunakan untuk bisness dia dan untuk tanggung diri dia sendiri sikit2.

Makan, pakai, sewa rumah, installment kereta aku (kereta dia dah jual, rumah dia beli pulak disewakan untuk extra income), pengasuh anak etc semuanya guna gaji aku.

Aku baru bekerja selama 2 tahun jadi gaji memang cukup2 makan, tak menyimpan langsung.

Masa ni hidup aku memang susah. Suami aku pulak agak high maintenance, sebab makanan nak 3 kali sehari lauk berlainan, beras perlu beras basmathi kalau tak dia tak lalu, minyak rambut, perfume dia dan macam2 lagi aku nak kena tanggung.

Honestly, aku noob sgt pasal tanggungjawab isteri. I really thought that kalau suami tak bekerja, adalah jadi amanah isteri untuk tanggung keluarga.

So diam2 la aku struggle untuk cukupkan keperluan keluarga kami tanpa aku komplen sedikit pun kat suami aku sebab aku tak nak dia rasa terbeban.

Two years memang hidup aku tertekan. Suami aku rilek buat bisness dia yang makin hari makin merugi.

Lepas kelahiran anak kedua aku, baru aku betul2 search pasal tanggungjawab dan amanah dalam keluarga. Sebabnya aku rasa beban sangat.

Apa guna ada suami jika balik2 aku je hadap kesusahan. Masa ni baru aku sedar yang sebetulnya, macam mana susah pun, selagi suami sihat dan mampu, isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami sepenuhnya.

Isteri tak wajib pun tanggung keluarga. Kalau suami tak mampu jalankan tanggungjawab, urusan nafkah zahir perlu ditanggung oleh bapa kepada suami.

Masa ni aku dah mula tawar hati dengan suami aku. Memang diambang pencraian masa ni. Tapi kami bertahan sebab kesiankan anak2.

Suami aku banyak berubah bila aku mintak dicer4ikan sebab tak tahan tanggung tekanan. Aku bagi peluang kepada suami aku. Memang suami aku banyak berubah.

Di rumah, tugas aku memasak, menyusu anak kami, lipat baju dan ke pasar sahaja. Suami aku lah kemas rumah, menyiang lauk yang aku beli di pasar, basuh baju, sidai baju, mandikan anak, basuh berak anak dan semuanya lah dia buat.

Suami aku baik sangat masa ni. Aku rasa aku lah wanita terbahagia walaupun suami aku tak bekerja tapi semua hal rumahtangga dia yang uruskan. Bisness dia. Melingkup lepas 3 tahun.

Masa ni jugak suami aku berusaha cari pekerjaan baru. Lepas 5 bulan job hunting, suami aku berjaya ditawarkan bekerja.

Tapi kerja nya nun jauh di utara. So kami kembali PJJ.This is when things get really complicated. Ni lah detik hidup aku mula berubah sepenuhnya.

Remember that my husband was the sweetest husband ever before he started working. Well, after 3 months bekerja, suami aku dah mula berubah.

Firstly, dia berubah bila dia sibuk sangat. Alasanya, dia engineer, kerja sampai lewat malam, tak sempat nak belek henfon. I trust him.

So aku ketepikan kehendak aku untuk nakkan perhatian dia. Disebabkan PJJ, kami jumpa sebulan sekali. Anak2 aku jenis lasak, aku tak mampu nak travel jauh sorang2 angkut anak2.

Tak mampu. So aku hanya tunggu dia yang datang pada kami.Bulan ke 3 dia bekerja, he came to visit us. Aku dan anak2 excited sangat.

Yela, dah sebulan tak jumpa. Mesti la rindu. Tapi aku tak sangka itu kali terakhir dia melawat kami. Malam tu jugak dia cerita pada aku yang dia start bercinta dengan officemate dia.

Aku rasa macam kena hempap langit masa ni. After all the hardship we’ve been together, i thought, of course la dia akan pilih aku dan anak2.

But i was wrong. Dia pilih diyana, a programmer mix chinese malay yang kerja 1 company dengan dia.

Kenal baru 3 bulan, tapi katanya soulmate. 3 bulan proses pencer4ian, last2 menjanda lah aku. Macam sedih kan. Haha. Nope.

Sebenarnya, masa suami aku masih job hunting, perasaan aku dah mula berubah. Tapi aku tak pernah cur4ng sama sekali dengan suami aku selama mana aku bergelar isterinya

This i promise sebab aku bukan jalang. Perasaan aku berubah sebab aku macam tersuka kat sorang student aku.

Forgot to mention, aku kerja lecturer. Student aku, Affan, (now my current husband), muda 10 tahun dari aku.

Aku ajar dia pada semester pertama. Mula2 aku anggap dia macam student aku yang lain. Tapi aku tak tahu kenapa, lama2 aku rasa something sangat dengan dia.

Since aku masih isteri orang, aku ketepikan perasaan aku. Aku anggap sebagai bisikan syaiton yang mana perasaan tu akan hil4ng after a few weeks.

After all, masa ni i had the almost perfect husband. Tak sanggup aku nak cur4ng.But that feeling didnt change a bit. Aku biarkan perasaan suka aku tu sorang2.

Aku layan Affan macam student biasa cuma aku rapat sedikit dengan Affan. Aku rajin balas whatsapp Affan yg selalu tanya soalan pelajaran kepada aku.

Aku bersunguh2 bantu Affan sebab Affan ni pandai, tapi environment dia tak membantu untuk dia cemerlang. Affan dari keluarga miskin.

Mak tukang jahit, bapak bawa lori, nenek dia kerja cleaner di office aku. Tak ada orang yang pernah tekankan tentang pelajaran pada dia.

So aku lah yang force dia untuk memajukan diri dia untuk masa depan dia. Dipendekkan cerita, semester 1 Affan dikuriakan anugerah dekan.

Perasaan suka aku pada dia aku pendamkan sorang2 sampai saat aku dicer4ikan. Bila aku dicer4ikan, tak seorang pun dalam office aku yang tahu.

Yang tahu, parents dan adik beradik aku. Affan was the first person apart from my family yang tahu aku janda. Masa ni Affan dan memasuki semester kedua.

Which by the way dia score dekan lagi. Pada mulanya, aku whatsapp dengan Affan mintak tolong dia angkat barang2 lab aku.

Esok nya masa dia tolong aku di lab, ntah macam mana aku menyebut aku baru bercer4i. Affan tersenyum. Lama aku pandang Affan masa ni.

Sebab honestly, senyuman dia lah yang menyebabkan aku suka kat dia at the first place. Affan ada lesung pipit di kedua2 belah pipi.

Berkulit sawo matang, badan tegap dan senyuman dia manis sangat. Nampak gigi tersusun rapi.

“Betul ke puan dah bercer4i”, Affan bersunguh2 bertanya. Aku iya kan. Masa ni baru Affan luahkan, dia lama dah suka pada aku.

Aku dengar dia meluah dengan hati berbunga tak yah cakap la. Aku dah tua kot, dia muda banyak dari aku, 10 tahun lagi muda.

Dia baru 18 tahun masa ni. Masih teenager lagi. What are the odds yang dia pun suka kat aku jugak.

At the same time aku jijik jugak dengan diri aku sendiri. For heaven’s sake he is still a teenager What am i flattered for

Dari hari tu, setiap malam aku text dengan Affan. Affan mengisi kekosongan yang aku rasa lepas bercer4i. Affan is a great guy.

Dia ketua dalam course dia. Join army dan jenis yang happy go lucky. Paling aku suka pasal dia is dia protective.

Ada la kematangan dalam diri dia tapi kebudak2kan tu banyak jugak. Kuat main PUBG.

Affan caring sangat dengan anak2 aku. Dia terima dan layan anak2 aku sesunggunya. Affan jenis sukakan budak2.

In fact, adik dia yang bongsu tu tua setahun je dari anak aku yang sulung. Jadi Affan tak kekok around kids. Affan serious dengan aku, katanya.

Dan masa ni aku memang betul2 suka sangat dengan Affan. Aku solat istikarah, mintak sangat petunjuk.

Mintak dijauhkan dari zina, mintak supaya dibimbing jangan aku masuk ke jerat yang aku sendiri buat.

Aku takut. Affan masih study, masih mentah, masih budak. Aku dah berusia. Aku tak mahu anak2 aku menjadi mngsa percaturan aku yang salah.

Tapi makin lama makin aku rasa Affan untuk aku. Aku terima Affan walaupun baru 8 bulan menjanda.

Affan ajak aku berkahwin. Mula2 aku tolak mentah2. Affan terima biasiswa yang mana syarat dalam penajaan adalah tidak dibenarkan berkahwin.

Aku pulak tak sampai setahun bercer4i.Nanti apa kata orang. Paling aku takut, hak penjagaan anak2 aku akan beralih kepada ex suami aku.

Aku tak sanggup. Aku sayang sangat anak2 aku. Maka aku kembali ke sejadah. Sama juga Affan. Meminta diberi petunjuk.

Tapi petunjuk yang sama jugak aku dapat, menjadi isteri Affan, my very own student. Affan nak cepat menikah sebab at this point, my ex started to gila talak dah.

Asyik merayu untuk rujuk balik. Affan takut, aku lagi lah takut. Torn apart between Affan, ex dan anak2 aku.

Aku nyatakan hasrat aku pada keluarga aku. Mak aku melenting. Ayah aku terdiam. Tapi mereka setuju jugak. Sebab its my life, so my choice.

Aku dinikahkan di rumah parenst aku. Family terdekat sahaja yang hadir. Mak aku malu nak hebohkan pada orang lain. Family Affan. Tak seorang pun hadir.

Affan tak bagi tahu sesiapa pun hatta parents dia pun tak tahu. Kawin jumaat, sabtu aku dah pulang semula ke rumah sewa aku.

Masa ni aku happy bergelar isteri Affan, at the same time aku takut sangat. Macam2 benda aku fikir. I kept asking myself, did i made the right choice.

Sekarang dah 5 bulan aku bergelar isteri Affan. Up until now, officemates aku masih tak tahu aku dah bercer4i dan kawin dengan student kami sendiri.

Kawan2 Affan pun tak syak apa2 sebab kami pandai sorokkan status. Yang menjadi masalah apabila family Affan dah start syak.

Yela, kampung Affan sebelah kampus sahaja. Weekdays alasan tinggal di asrama, weekend bila nenek Affan pangil balik dia tak balik, bila cuti semester pun alasan banyak assignment, so jarang balik.

Affan cucu sulung, cucu kesayangan nenek. Everything pasal hidup dia nenek dia nak control. Even dia masuk course tu pun atas desakkan nenek dia.

This is why dia rahsiakan perkahwinan kami dari family dia. Takut sangat dengan nenek dia.

Rahsia pun lama mana sangat boleh simpan kan. Sekarang ni, dah kantoi yang Affan dah berkahwin. Kantoi bila nenek dia bukak dompet, ada gambar aku dalam tu.

Affan came clean. Bagi tahu family dia dia dah kawin senyap2. Mak dan nenek dia meraung sekuat hati. Yelah, anak dan cucu lelaki kesayangan belakangkan keluarga.

Memang la melenting. Affan tak bagitahu aku isteri dia. Bila dipaksa pun, dia diam. Tapi since nenek dia kerja cleaner kat office aku, nenek dia cam syak yang aku isteri Affan dari gambar dalam dompet Affan.

Keesokan harinya, nenek dia memang renung aku tajam. Sejak pada tu, Affan tak contact langsung family dia. Kat kampus pun nenek dia tak pandang dia dah.

Dia ada call ayah dia, dia mention dia berkahwin dengan lecturer. Ayah dia kesal, tapi ayah dia pesan, kalau baik unt dia, baik jugak lah untuk ayahnya.

Ayah dia ampun kan dia, aku pun dah jumpa dengan ayah dia. So far, ayah dia ok dengan aku. Baik sangat dengan aku. Tapi mak n nenek dia still marahkan Affan.

Right now, Affan ada sebelah aku. Aku kesian sangat dengan dia. Kadang2 aku rasa macam aku ni pedofilia pun ada jugak.

Tapi masa kami berkahwin, he is not a kid anymore. He was 19. Dari segi undang2, dia dah dewasa. Tapi aku still rasa bersalah.

Sampai saat ni, aku masih persoalkan tindakan aku. Terburu2 sangat kah. Walau dalam kekalutan hidup aku sekarang, aku rasa tenang jugak.

Tak rasa serabut pun. Maybe sebab masih dalam mood pengantin baru. I dont know. Apa yang berlaku pun, aku tetap rasa this is the right thing to do. Aku masih lagi dilanda badai sekarang. Tapi up until now, i’m still okay.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *