ISU SEMASA

Kena Tegur Bawa ‘Kesayangan’ Mandi Sungai.. Selambe Je Abe Awe Sekolahkan Netizen..

Lumrah apabila memelihara haiwan terutama sekali spesis eksotik seperti ular, pasti ada segelintir orang sekeliling berasa tidak selesa.

Seperti perkongsian di laman Facebook seorang lelaki ini yang dikenali sebagai Abe Awe ini, dia telah memelihara dua ekor ular sawa yang bersaiz besar.

Kena tegur bawa ular mandi di sungai

Menerusi posting itu, dia telah membawa dua ekor ular sawa tersebut pergi mandi ke sebuah sungai sebelum didatangi oleh seorang pakcik yang menegur tindakannya membawa reptilia berkenaan di tempat awam.

Ada seorang pakcik menegur pada saya dan bercakap sungai ini tempat orang mandi…”

Kehadiran ku bersama haiwan kesayangan di saat orang leka berada di rumah…

Ada seorang pak cik menegur pada saya dan bercakap sungai ni tempt orang mandi…. mungkin dia terlupa kita semu berkongsi dgn mahkluk lain…ingatlah wahai sahabat jgn lah berdoa untuk kejatuhan seseorang malah berdoa lah demi kebaikn seseorang…

Senyuman kepuasan disebalik bebanan…Abe berharapa kalian sedang sedekah senyuman setelah membaca posting ini…

Namun bagi lelaki berbadan sasa ini, haiwan tersebut juga berhak untuk berada di kawasan itu dan bukan hanya manusia sahaja kerana alam ini harus dikongsi bersama.

“Mungkin dia terlupa kita semua berkongsi dengan mahkluk lain…”

Jangan sampai makan tuan pulak

Menerusi ruangan komen pula, terdapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang tidak kisah tetapi ada juga yang beranggapan tindakannya itu memberi risiko keselamatan kepada orang lain.

Betul la apa pakcik tu cakap, bahaya la

Bukan semua orang suka dekat dengan ular

Kalau terlepas tak ke menyusahkan orang

Sumber: Abeawe

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *