ISU SEMASA

Aircond Rumah Bunyi Peliik.. Bila Diperiksa Rupanya..

Seorang lelaki terperanjat apabila menemui lima ekor ular di dalam penghawa dinginnya selepas ‘aircond’ tersebut mengeluarkan bunyi ganjil.

Difahamkan lelaki dari Thailand itu berasa hairan dengan bunyi ganjil yang datang dari pendingin hawanya lalu mengambil keputusan untuk memeriksanya.

Sebaik saja dibuka, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati ada beberapa ekor ular menghuni di dalam aircond tersebut.

Menurut lelaki itu, dia sendiri hairan bagaimana ular-ular itu dapat masuk ke dalam alat elektronik tersebut.

Tambahnya lagi, dia turut tidak mengetahui jenis-jenis ular itu namun menurut laporan media, ular-ular itu tidak berbahaya dan tidak berbisa.

Sumber : world of buzz

Kisah seterusnya Terjadi di Malaysia.. pernah tular satu ketika dulu.

Padanlah pendingin hawa tak sejuk, ada ular sawa batik dalam kereta rupanya

Pendingin hawa kurang sejuk, sila bawa kereta ke Balai Bomba dengan segera.

Tindakan itu dilakukan Daniel Hakimi apabila mendapati pacuan empat rodanya tidak berfungsi sejak empat hari lalu, gara-gara pendingin hawa didakwa telah rosak.

Bagaimanapun, setelah melakukan pemeriksaan secara terperinci, dia mendapati seekor ular sawa batik bersembunyi di bahagian penapis pendingin hawa.

Dia memuat naik beberapa keping gambar di Facebooknya ketika operasi menyelamat ular sawa yang telah berada di bahagian penapis pendingin hawa sejak empat hari lalu di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam.

Katanya, berkemungkinan ular tersebut menyelinap masuk ke dalam pacuan empat roda ketika dia berada di hutan di Sik, Kedah.

Penularan gambar itu mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya mempersoalkan bagaimana ular berkenaan berada di bahagian tersebut.

Rata-rata netizen berkata adalah amat berbahaya sekiranya ular berkenaan boleh memasuki ke ruang penumpang tanpa disedari.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Facebook

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *