Viral

Mat Dan Jumpa Surat Berusia 30 Tahun, Kiriman Tun M. Isi kandungan buat ramai teruja

Pelakon dan pengacara Mat Dan berkongsi pengalamannya apabila terjumpa sepucuk surat yang sudah berusia 30 tahun.

Lebih istimewa lagi, surat yang ditulis menggunakan mesin taip itu dikirimkan oleh bekas pemimpin negara, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1990 yang ketika itu merupakan Perdana Menteri.

Mat Dan atau nama sebenarnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 31, berkata, surat itu ditemui ketika mengemas rumah arwah bapa mentuanya.

“Tengah kemas rumah arwah bapa mentua di Terengganu terjumpa surat ini daripada @chedetofficial tahun 1990!!,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam surat bertarikh 1 November 1990 itu, terpapar nama bapa mentuanya, Wan Adnan Idris sebagai penerima yang beralamat di Ladang Titian, Kuala Terengganu.

Antara inti pati surat berkenaan ialah ucapan terima kasih daripada Mahathir mengenai sokongannya terhadap parti memerintah ketika itu sehingga mencapai kemenangan dalam pilihan raya.


Surat tersebut juga turut mempunyai tanda tangan peribadi daripada individu yang pernah menjadi pemimpin negara sebanyak dua kali dalam sejarah Malaysia.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan surat tersebut sebagai antara barangan berharga yang perlu dijaga sebaiknya.

Hal ini kerana, ia mempunyai nilai sentimentalnya tersendiri, apatah lagi usianya sudah tiga dekad.

“Simpan Mat dan letak dalam frame.


“Wuuu..limited edition tu. Tak ada dah edisi terkini dicetak. Sekarang post di media sosial.

“Frame kan dan buat salinan. Surat itu sangat berharga,” komen sebahagian pengikutnya.

Abah, belajar dari Tun M!- Anak Zahid pernah luah perasaan

Sebelum ini Pengumuman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad untuk kembali memikul tugas Presiden UMNO mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk anak sulungnya, Datuk Nurulhidayah.

Dalam entri di IG stories, Nurul berharap ayahnya belajar daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Abah perlu buat dan belajar banyak cara dari Tun M. Hanya jauhari mengenal manikam. Suka atau tidak Tun M terlalu genius.

“Datuk Seri Najib terlalu baik dan lembut dan orang pijak dia tanpa belas,” katanya.

Malah, Nurul berkata, belajar daripada Dr. Mahathir adalah lebih baik berbanding mendapatkan ilmu yang bertujuan memperoleh kekayaan.

“Abah, belajar dari Tun M! Belajar dari dia yang hati kering. Tak payah belajar cara nak bagi anak-anak kaya. Bukan boleh bawa duit, harta masuk ku-bur. Demi Islam,” tambahnya.

Nurul mahu ayahnya, Zahid jadikan Tun Mahathir sebagai contoh

Sumber : tranding sangat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan berqtanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *