ISU SEMASA Viral

Baru Seminggu Dua Suami Meninggal, Isteri Dikeluarkan Dari Group Family

Gambar hiasan. Sering kali kita dengar keluhan atau luahan kisah sedih yang menimpa balu apabila diuji dengan pemergian suami tercinta.

Apa yang lebih menyedihkan apabila berlaku perebutan harta pusaka peninggalan Allahyarham meskipun tanah kuburnya masih lagi merah.

Seminggu suami mengadap Ilahi, isteri dah dibuang group keluarga mentua

Selepas diuji dengan pemergian suami tercinta, dengan hati yang duka si isteri menerima satu lagi tamparan hebat dikeluarkan dari pada group WhatsApp keluarga mentua.

Walaupun terkilan dengan tindakan tersebut, namun wanita berkenaan terpaksa akur betapa cepatnya keluarga suami mengganggapnya tak kurang seperti orang luar.

Begitulah kisah yang dikongsikan menerusi satu perkongsian di laman Facebook oleh seorang pengguna bernama Tuan Akhtar Syamir.

Dianggap orang luar saat isteri perlukan sokongan dan bantuan

Ikatan silaturrahim seperti diputuskan

“Semalam saya ada terbaca. Baru seminggu dua suami meninggal, si isteri telah dikeluarkan dari group family arwah”.

“Menangislah balu memikirkan betapa sekejap sahaja dia sudah dianggap seperti orang luar”.

“Di saat dia dan anak-anak memerlukan sokongan dan bantuan. Ikatan silaturrahim seperti diputuskan”.

Hubungan balu dengan keluarga suami hanya sah semasa arwah hidup

“Mungkin hubungan balu dengan keluarga suami hanya sah semasa arwah masih hidup”.

“Mungkin mereka tiada kesedaran mengenai tanggungjawab menjaga anak-anak buah oleh bapa dan ibu saudara”.

Atau ada yang mahu menafikan hak isteri dan anak-anak

“Berkemungkinan, si arwah tidak mempunyai banyak harta. Jika tidak, pasti layanannya sangat berbeza. Atau pun ada yang mahu menafikan hak isteri dan anak-anak”.

“Jangan kerana tamakkan harta dunia, akan menjadi miskin ketika di akhirat kelak”.

Jangan diputuskan hubungan yang telah terjalin

“Sahabat semua, janganlah kita jadi begini. Sentiasalah anggap isteri kepada adik beradik adalah ahli keluarga juga dan anak-anak buah adalah tanggungjawab ibu dan bapa saudara”.

“Jangan diputuskan hubungan yang telah terjalin. Darah yang sama mengalir di dalam badan anak-anak yang kehilangan bapa itu. Semoga dapat dijadikan sempadan”. 

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai. Ada diantara netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka sewaktu kehilangan suami tercinta.

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua. Bantulah dan berikanlah sokongan moral kepada isteri dan anak-anak menghadapi ujian ini.

Sumber : yoy

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan berqtanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *