Infomaklumat ISU SEMASA Viral

“Penipu! Kata janda tapi masih ada suami & 3 anak..” Pengantin Perempuan Dihalau Bakal Mentua

Suasana kecoh apabila pengantin baru ini dihalau oleh mertuanya sendiri dari pelaminan gara-gara mengaku janda padahal masih mempunyai suami.

Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi tegang dalam insiden yang berlaku di sebuah gereja di Daerah Deli Serdang, pada 15 Oktober 2020 hingga memaksa penglibatan pihak polis.

Bagaikan sinetron

Perkahwinan di antara Rina Boru Nasution, 26, dan Toni Sihombing, 32, tidak kesampaian apabila majlis itu terpaksa dibatalkan.

Ianya bukan kerana tidak saling mencintai, namun disebabkan ada pihak ketiga yang hadir membantah perkahwinan itu.

Suami kepada pengantin perempuan hadir ke gereja tersebut bagi menghalang majlis itu diteruskan dan menegaskan dia adalah suami yang sah kepada wanita itu.

Bahkan, keadaan serta-merta menjadi kecoh apabila keluarga pengantin lelaki yang terkejut dengan perkara itu dan dengan kehadiran pihak polis.

Video dan gambar insiden itu telah tular meluas di media sosial.

Mengaku janda kematian suami

Sebelum ini, Rina dikatakan mengaku sebagai seorang janda ekoran kematian suaminya.

Namun pengakuan Rina itu ternyata hanya palsu apabila suaminya datang pada hari kejadian.

Batal kahwin

Pihak gereja kemudian bertindak membatalkan perkahwinan tersebut. Cincin emas yang telah disarungkan pada jari pengantin perempuan juga diambil secara paksa oleh keluarga pengantin lelaki.

“Dia penipu! Dia penipu! Kata janda, tetapi rupanya masih ada suami, tiga anak,” jerit seorang lelaki yang kedengaran dalam video tersebut.

Ketua Polis Daerah Delitua, Efianto berkata, pihak keluarga pengantin lelaki meminta polis membawa wanita itu ke balai polis untuk tindakan lanjut. Pihaknya turut menerima laporan polis dari suami wanita terbabit.

Meronta-ronta menangis

Malah semasa hendak dibawa ke balai, Rina meronta-ronta dan menangis kerana kesal dengan tindakan suami dan bakal mertuanya itu.

Pihak polis terpaksa menasihatkan Rina dan suaminya agar menyelesaikan hal itu dengan baik tanpa melibatkan sebarang kekerasan.

Akhirnya pasangan itu bersetuju dengan tiada tindakan dikenakan terhadap Rina.

Rata-rata netizen merasa kasihan dengan pengantin lelaki yang ternyata tidak mengetahui perkara itu dari awal.

Sumber : yoy

 

Baru Tiga Hari Menikah, Suami Meninggalkan Isteri Untuk Selama-lamanya

Hati siapa yang mampu menahan kesedihan apabila kehilangan orang tercinta, lebih-lebih lagi pasangan hidup sendiri.

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita di Sulawesi Selatan yang terpaksa berpisah mati dengan suaminya selepas hanya tiga hari melangsungkan pernikahan.

Menerusi laporan Tribun News, suami kepada wanita itu dikatakan telah koma sebelum meninggal dunia akibat kemalangan.

Video kisah mereka berdua telah tular di media sosial dan meruntun hati orang ramai yang rata-rata menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada pasangan itu.

Dalam video dikongsikan @dunia_kaumhawa, terpapar detik kegembiraan mereka berdua ketika hari perkahwinan dan graduasi si isteri.

Walau bagaimanapun, suasana bertukar duka selepas si suami kemalangan di mana hanya tinggal tangisan dan wajah sedih isteri menemani jasad suaminya yang sudah tidak bernyawa.

“Baru tiga hari menikah, sang suami meninggalkan istrinya untuk selama-lamanya.

“Dari sini kita belajar bahwa jodoh dan ajal sedang berjalan berdampingan menuju kita, entah ajal atau jodoh yang akan menghampiri duluan.

https://www.instagram.com/p/CG7kr9TA1uS/?igshid=1s7v6u94r341v

“Semoga diberikan kesabaran serta ketabahan untuk saudariku”

Semoga husnul khatimah dan diberi kekuatan

“Ya Allah jadi keingat Suami pas ditinggal alm.istri tercintanya,q liat gini rasanya lemas. Semoga kamu Suamiku diberi umur panjang & Selalu di lindungi Allah SWT”

Sumber : yoy

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan berqtanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *