Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Belanjawan 2021: Kerajaan dicadang lanjutkan tempoh moratorium, bantu kurangkan beban rakyat

Lapan bank tempatan dilaporkan mencatatkan jumlah keuntungan sebelum cukai berjumlah RM35 bilion untuk dua tahun berturut-turut pada 2018 dan 2019.

 

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Kerajaan dicadang melanjutkan tempoh moratorium dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini bagi meringankan beban individu dan perniagaan yang terjejas, sehingga tidak mampu membayar balik pinjaman mereka.

Pensyarah Kanan Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata bank-bank di negara ini, terutamanya bank-bank di bawah kerajaan seperti Agro Bank, masih berupaya memberikan moratorium itu.

“Agro Bank contohnya di bawah Kementerian Kewangan, apa salahnya diberikan moratorium kepada petani, pesawah, peladang kerana mereka ini akan menyumbang kembali kepada industri agro makanan negara,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Belanjawan 2021: Apa Rakyat Mahu terbitan Bernama TV malam tadi.

Ahmed Razman berkata bank komersial juga dilihat mampu melaksanakan moratorium apabila lapan bank tempatan dilaporkan mencatatkan jumlah keuntungan sebelum cukai berjumlah RM35 bilion, untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2018 dan 2019.

Malah, katanya, laporan suku tahun kedua tahunan bank menunjukkan mereka masih lagi mencatat keuntungan walaupun terdapat bank yang mengumumkan tidak memberi dividen interim kepada pemegang saham.

Selain itu, beliau berkata kerajaan perlu memberi fokus kepada menawarkan peluang kerja baharu melalui ekonomi digital bagi memastikan Malaysia mampu menjadi negara pengeluar dan pencipta berbanding negara pengguna.

“Kita tidak boleh buat benda yang sama setiap tahun tetapi mengharapkan keputusan berbeza jadi kerajaan kena berani mencuba benda baru seperti dalam ekonomi digital atau penggunaan teknologi oleh golongan muda.

Mereka ini mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif dan jika diberi peluang untuk menaik taraf kemahiran dan pengetahuan, mereka boleh menjana pendapatan melalui pekerjaan bukan tradisional, melangkaui sempadan negara asalkan ianya memberi nilai tambah ke atas industri sedia ada,” katanya.

Bagi tujuan itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha mahu kerajaan memberi keutamaan kepada peningkatan kemudahan digital termasuk jalur lebar terutama di kawasan luar bandar bagi memastikan belia mudah menjalankan keusahawanan melalui platform itu.

Perkhidmatan yang boleh ditawarkan melalui media sosial boleh membantu siswazah yang berdepan pengangguran mencari pendapatan untuk meneruskan kehidupan selepas tamat belajar.

sumber : Bernama

 

“Ia Libat Hidup Dan Mati”. Keluar Duit KWSP, PPIM Mula Bersuara

Kuala LUMPUR – Kerajaan perlu mempertimbangkan semula cadangan pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kegunaan rakyat yang terkesan dengan Covid-19.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ia perlu dibenarkan ketika rakyat kebanyakannya terjejas sumber pendapatan dan hilang pekerjaan selepas kerajaan melaksanakan langkah pencegahan pandemik itu.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan kerajaan sejak 18 Mac lalu memberi kesan ekonomi kepada rakyat khususnya mereka yang bekerja sendiri atau berniaga secara kecil-kecilan, katanya.

“Kalau penggunaan wang itu melibatkan antara hidup dan mati, bagi dia tentu hidup sekarang daripada dia mati tak pasal-pasal.

“Cadangan itu saya rasa patut dipertimbangkan sebab KWSP ini simpanan masa depan, kita kalau dua tiga hari atau mati hari ini, tak hidup pada masa depan.

“Walaupun asasnya tidak dibenarkan tapi kalau melibatkan kes-kes yang terlalu kritikal, ia patut dibenarkan, lagi pun itu duit rakyat.

“Masa depan tak siapa pun tahu, jadi kita rasa elok dipertimbangkan supaya kita boleh guna duit kita,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Beliau mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar rakyat dibenarkan mengeluarkan wang sehingga RM10,000 secara one-off dari akaun satu KWSP bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Bagaimanapun cadangan itu ditolak oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil merasakan cadangan itu sukar dilaksanakan pada waktu ini kerana dikhuatiri akan menjejaskan masa depan pencarum.

Nadzim juga menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangan itu hanya kepada kes-kes tertentu sahaja termasuk kesan ekonomi yang terpaksa ditanggung rakyat akibat langkah PKP.“

Kerajaan perlu menilai semula kepada kes-kes yang benar-benar kritikal dan mendesak seperti rawatan pembedahan, kalau tunggu sudah pasti dia mati dulu,” katanya lagi. –

sumber : MalaysiaGazette

Najib Razak Terangkan Kemampuan KWSP Dan Kerajaan Jika Pengeluaran Akaun 1 Dibenarkan

Sebelum ini, Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan para pencarum membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, wang berkenaan bertujuan bagi bagi menampung perbelanjaan individu yang terjejas akibat Covid-19.

Berikut merupakan luahan dan penjelasan beliau jika KWSP membenarkan para pencarum membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Beliau menerangkan kesan-kesannya dalam penulisan di laman FB miliknya.

Ada yang bimbang bahawa KWSP akan tertekan dari segi aliran wang tunai jika kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan “one-off” sehingga RM10k dari akaun 1.

Apabila saya membuat saranan ini setelah ramai Rakyat minta, saya juga pertimbangkan kemampuan KWSP dan kerajaan serta jumlah pencarum yang mungkin memerlukan skim ini.

Seramai 4.57 juta pencarum telah diluluskan untuk Skim i-Lestari KWSP pakej prihatan kerajaan yang membenarkan pengeluaran bulanan dari akaun 2 KWSP.

Dalam tempoh 5 bulan dari April hingga Ogos 2020, jumlah pengeluaran i-Lestari adalah sebanyak RM7.48 bilion.

Saya jangka jumlah pencarum yang mahu pengeluaran one-off akaun 1 juga sekitar jumlah yang diluluskan skim i-Lestari.

Maka;4.57 pencarum X RM10,000 = RM45.7 bilion.

Itupun jika semua mahu atau layak untuk mengeluarkan sebanyak RM10,000. Ada yang mungkin mahu jumlah lebih kecil untuk keperluan terdesak.

KWSP mengumumkan jumlah keuntungan bagi tiga bulan Suku ke-2 2020 ialah sebanyak RM15.12 bilion.

KWSP juga mengumumkan jumlah aset dilabur mereka adalah sebanyak RM929.64 billion pada 30 Jun 2020 di mana 49.2% pelaburan adalah dalam bentuk bon.

Jika KWSP atau kerajaan bimbang dengan tekanan ke atas pasaran bon tempatab akibat pencairan bon sehingga nilai RM45.7 bilion dalam masa yang singkat untuk pembiayaan skim pengeluaran “one-off” ini, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh membantu sebab mereka dibenarkan untuk membeli bon dari pasaran tempatan jika diperlukan.

“Bank Negara also buys bonds in the market if necessary – Zafrul”

Langkah BNM ini tidak berbahaya sebab Malaysia dan dunia kini dalam zaman inflasi negatif akibat ekonomi yang tertekan.

KWSP juga boleh memilih untuk membayar pengeluaran “one-off” ini secara bulanan dalam tempoh 3 bulan atau 6 bulan.

Dan bila duit ini sampai ke Rakyat terdesak dan dibelanjakan, ekonomi tempatan juga dirancakkan.

(Jangan guna duit ini untuk beli iPhone 12 pulak)

Ini zaman norma baharu. Sebab itu, norma baharu dan kaedah baharu juga diperlukan dalam pendekatan kerajaan untuk membantu rakyat serta merancakkan ekonomi..

Sukar untuk membenarkan tak bermaksud mustahil untuk dilakukan.Nak, seribu daya…

Pada masa depan setelah ekonomi pulih apabila krisis Covid berlalu, barulah kerajaan dan pencarum cari jalan untuk pulihkan simpanan usia tua kita di KWSP.

Sumber : Najib Razak,kecohape,tambahkeju

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan berqtanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *