Hiburan Viral

Neelofa idam lelaki berjanggut, boleh bagi tazkirah setiap malam Jumaat

Menerusi saluran YouTube Rosix & Bella, kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila telah mendedahkan ciri-ciri lelaki idaman dan serba sedikit mengenai personaliti selebriti itu yang tidak diketahui ramai.

Dalam rakaman video tersebut, Neelofa juga terlibat sebagai tetamu jemputan bagi menceritakan sedikit sebanyak mengenai kisah masing-masing.

Lofa tegas bab cinta

Menurut Nabila, dia menyifatkan adiknya itu seorang yang tegas ketika bercinta dan mengidamkan lelaki berjanggut yang mampu membimbing hingga ke syurga selain dapat memberi tazkirah setiap malam Jumaat.

“Kalau bab cinta dia sangat tegas dan berpendirian…”

Lofa komited dengan kerja

Apabila diminta mengulas mengenai Neelofa, mereka memberitahu pelakon dan pengacara itu sangat komited terhadap kerja dan sangat menyayangi anak-anak buahnya.

“Lofa sangat komited, bekerja keras dan tegas. Tak tahu masak, tapi sekarang dah tahu. Dalam keluarga, dia bukan paling bersih, dia tidak menang ‘award’ itu. Dia juga sangat sayang anak-anak saudaranya…”

Neelofa ni tak kelakar

Bagi Rosix pula, sebagai kenalan rapat dia menggambarkan Neelofa sebagai yang menepati masa dan berpegang pada kata-kata serta sentiasa memikirkan mengenai masa depan.

“Dia sangat bekerja keras. Mana dia dapat tenaga itu pun tak tahu. Dia bangun awal, tepati masa dan berpegang pada kata-kata. Kalau dia kata itu, itu lah.

“Pendek kata ‘strict’ (tegas). Dia boleh nampak apa nak buat pada masa depan. Dia tak kelakar, tapi dia memberi dan sangat memberi sokongan…”

Terdahulu, teka-teki mengenai hubungan Neelofa dan pendakwah selebriti PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail kini menjadi perhatian netizen apabila mereka dikatakan menuju ke fasa perkahwinan.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir) & Bella & Rosix, ohmymedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan berqtanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *