Infomaklumat ISU SEMASA

Patutlah Lain Suasana Rumah, Rupanya Keluarga Arwah Surya Dah Tak Duduk Sana.. Teringat & Tr4uma

Keluarga Allahyarham Siti Nur Surya masih lagi tr4uma dan tidak mampu menjejakkan kaki ke kediaman mereka di Kampung Lubuk Batu, Telemong yang menjadi lokasi pembvn0han tr4gis gadis itu, Ahad lepas.

Bapa arwah Ismail Muda, berkata, selepas kejadian ngɛri yang menimpa anak kelima daripada tujuh beradik itu, mereka sekeluarga belum mendapat kekuatan untuk pulang ke kediaman mereka dan kini tinggal buat sementara waktu di rumah datuk arwah di Kampung Beladau Selat, Kepong.

“Masih terbayang di ingatan saya keadaan kakak (Siti Nur Surya) yang berlumuran d4rah ketika ditemui di ruang tamu rumah. Itulah yang menyebabkan saya sendiri belum mampu balik ke rumah di Telemong selepas kejadian itu.

Hanya anak-anak lelaki sahaja yang berulang-alik melihat rumah dan mengambil barang keperluan seperti pakaian, namun tiada siapa yang sanggup bermalam di sana buat masa ini

Di samping itu, keadaan isteri saya (Zaini Musa) yang terlantar sakit akibat kansɛr otak menyebabkan saya tidak boleh tinggalkan dia dalam tempoh yang lama.

“Sebelum ini, kalau saya pergi ke mana-mana arwah kakak yang akan jaga, tapi bila dia tiada saya terpaksa menguruskan sendiri isteri dengan bantuan anak-anak yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Terdahulu, Ismail menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri Dr Mamad Puteh.

Dalam kejadian Ahad lalu, m4yat Siti Nur Surya, 19 tahun, ditemukan dengan kesan tɛtakan pada badan serta putus tangan kiri di ruang tamu rumah oleh adik perempuannya, Nor Liyana Syuhada, 15 tahun, semasa pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang.

Susulan kejadian itu, seorang pelajar perempuan tingkatan enam yang juga rakan sekolah arwah dirɛman tujuh hari bermula Selasa lalu bagi membolehkan p0lis menjalankan si4satan mengikut Sɛksyen 302 Kanun Kesɛksaan.

Sementara itu, abang arwah Muhammad Faris Akram berkata, meskipun sudah lima hari kejadian hitam itu berlaku, ibu mereka masih lagi tercari-cari Siti Nur Surya walaupun beberapa kali dimaklumkan arwah sudah tiada.

“Sebelum ini, arwah yang biasa menguruskan emak dan antara anak yang paling rapat dengan emak. Apabila orang lain yang mengambil alih tugas, emak akan bertanya kakak pergi ke mana? “Tetapi ketika emak ingat kakak sudah mɛninggal dunia dia akan sedih dan termenung,” katanya.

Sehingga ke hari ini, keluarga arwah masih tidak mampu menceritakan hal sebenar kepada ibunya.

Kata bapa arwah, beliau memang tidak sanggup lagi hendak menceritakan kejadian sebenar mɛnimpa anaknya kepada isteri setiap kali ditanya ke mana Allahyarham.

“Memang isteri melihat jɛnazah arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan tetapi disebabkan faktor kesihatannya, dia cepat lupa dan selalu bertanya di mana kakak (arwah).

“Jadi, setiap kali ditanya, saya akan beritahu kakak sudah meninggal di hospital sebab demam panas.

“Saya tidak sanggup cerita hal sebenar kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan,” katanya.

Sementara itu, Hanafiah berkata, pihaknya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga m4ngsa dan suspɛk yang masih tr4uma dengan kejadian itu.

“Selain itu, kami akan mempertimbangkan bentuk bantuan yang bersesuaian bagi meringankan beban keluarga terutama bantuan lampin pakai buang untuk kegunaan Zaini,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham.

Sumber : Ohinfokini

Anak Saya Tak Salah, Naluri Ibu Tetap Menyatakan Dia Tak Salah’, Ibu Suspɛk Tampil Pertahankan Anaknya

 

Ketika ramai memuji tindakan ibu kepada suspɛk bvn0h Siti Nur Surya, yang dikatakan sanggup menyerahkan sendiri anaknya ke balai polis, hari ini dia tampil mempertahankan anaknya itu.

“Saya akan terus berdoa kakak tidak salah dan naluri ibu tetap menyatakan kakak tidak salah walaupun satu dunia kata dia salah” demikian luah ibu kepada suspɛk.

Ibu kepada dua anak ini berkata, anak sulung yang mesra dipanggil kakak merupakan anak harapannya dan sangat memahami kemiskinan hidup yang dihadapi mereka sekeluarga selama ini.

Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, kakak memang anak yang sangat baik kerana dia tidak pernah merungut dengan kemiskinan mereka meskipun pernah terpaksa tangguhkan bayaran duit yuran sekolahnya kerana tidak ada duit.

“Kakak juga pernah menolak beberapa tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana kami tidak ada duit tetapi dia tidak pernah tunjuk tanda-tanda protes malah kakak pula pujuk saya, supaya jangan rasa bersalah dengan keputusan dibuatnya.

“Dia juga tidak kisah kalau terpaksa memakai baju sekolah terpakai yang disedekahkan orang ramai dan pakaian harian yang dipakainya hari-hari pula kebanyakan baju dan tudung yang disedekahkan kepada kami. Dia tidak malu walaupun mengenakan pakaian sama sahaja,” katanya ketika ditemui di kediamannya hari ini.

Menurutnya, kakak yang bercita-cita menjadi guru selalu memberi semangat kepadanya agar sentiasa kuat untuk meneruskan kehidupan yang serba kekurangan selain memberi semangat kepadanya dengan berjanji yang dia akan berusaha membela nasib keluarga.

Ketika diminta menceritakan bagaimana anaknya mengambil keputusan tampil ke balai polis, dia berkata, keputusan itu bukan disebabkan dia yang memujuk tetapi anak perempuannya sendiri yang mengajak ke sana.

“Saya masih ingat lagi lepas solat subuh (Isnin) iaitu kira-kira jam 6.30 petang, kakak dah tunggu dekat ruang tamu dan lepas nampak saya siap solat, terus dia bagi tahu nak ke balai polis.

“Dia yang ajak saya tapi masa tu saya tak terfikir apa pun dan menurut sahaja ajakannya tetapi beberapa minit selepas berjumpa dengan p0lis, saya diberitahu yang kakak terpaksa ditahan untuk siasatan

“Memang agak terkejut selepas dimaklumkan, saya terus bertanyakan kakak sepanjang menemaninya di balai polis sebanyak tiga kali, adakah betul kakak yang buat, tapi dia jawab tak buat dan saya tahu dia tidak menipu,” katanya lagi.

Sementara itu, jiran terdekat mereka, Mohd Sabri Mohd, 52 berkata, dia sangat mengenali remaja berusia 19 tahun itu kerana membesar di hadapannya dan dia memang yakin kakak seorang anak baik.

“Kakak bukan seorang anak remaja yang liar dan dia budak baik, dari segi pelajaran pula saya dimaklumkan memang dia seorang pelajar pintar.

“Keluarga kakak pula walaupun susah tetapi mereka tidak pernah menyusahkan jiran tetangga dan baik dengan semua orang.

“Jadi, saya sebagai jiran yang sangat mengenalinya menganggap tohmahan netizen di laman sosial sangat melampau yang mengaitkan kemiskinan keluarga mereka antara faktor tindakan kakak,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mengharapkan orang ramai agar tidak menyebarkan fitnah terhadap keluarga mereka dan biarlah pihak berkuasa yang menjalankan tugas menyiasat.

“Jangan terus menghukum keluarga mereka kerana sehingga sekarang kakak masih tidak dibvktikan bersalah lagi,” katanya.

Pada 1 November lalu, Siti Nur Surya dibvnoh kɛj4m dengan beberapa kesan tik4man di beberapa bahagian badan termasuk putus pergɛlangan tangan kiri. Susulan itu, p0lis telah men4han seorang remaja perempuan yang juga sahabat baik m4ngsa sendiri.

sumber : ohinfokini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan berqtanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *