ISU SEMASA Viral

“Selagi mak masih hidup..” – Pemuda beli kereta Honda, syukur tunaikan impian ibu

Perasaan syukur dan gembira pasti dirasai setiap individu, setelah berjaya menunaikan hasrat ibu bapa yang telah banyak berkorban sejak dilahirkan.

Begitu diluahkan oleh seorang pemuda, @cankkqul di laman Twitter miliknya yang membeli sebuah kereta Honda Jazz untuk ibu tersayang sebagai tanda membalas jasa orang tuanya.

Menurut pemuda yang menjual barangan aksesori telefon itu, ibunya telah lama mengimpikan kenderaan jenis tersebut tetapi tidak mampu untuk membeli kerana tidak lagi bekerja.

Hasil kerja keras selama ini

“Alhamdulillah, mak selalu cakap nak sangat Honda tapi mak tak mampu sebab mak tak kerja. Akhirnya dapat tunaikan impian mak selagi mak masih hidup,” katanya.

Tambah @cankkqul, dia turut mendoakan bagi individu yang mempunyai hasrat sama demi membahagiakan ibu bapa supaya dipermudahkan urusan dalam mencari rezeki dalam kehidupan seharian.

Posting tersebut mendapat 6,200 tanda suka dan diulang kicau lebih 2,000 kali selain komen warganet yang tumpang bangga dengan pencapaian pemuda berkenaan.

Terus dimurahkan rezeki

Doakan saya juga!

Kebahagiaan ibu membuka jalan luas untuk kau ke syurga

Tumpang gembira…

Sumber: @cankkqulojmymedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan berqtanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *