Hiburan

Rela Bertongkat.. Peringatan Pada Diri – Suhaimi

Kuala Lumpur: Bekas anggota kumpulan InTeam, Suhaimi Saad, 40, optimis apabila kini dia harus bertongkat berikutan sakit mata kr0nik dialami sejak setahun lalu hingga membataskan penglihatan dan pergerakannya.

Suhaimi menerusi perkongsian dibuat untuk pengikutnya di Instagram (IG) memaklumkan bertongkat juga adalah sunah nabi.

“Bukan sebab buuta atau caacat, dah lama saya niat, bila masuk usia 40 tahun, saya akan bertongkat.

 

 

“Mudah-mudahan itu akan menjadi pengingat kepada saya, bahawa apabila usia meningkat, hidupmu semakin singkat, hari kematianmu makin dekat, tinggalkanlah segala d0sa dan maksiat, perbanyakkanlah amal soleh dan taubat,” tulisnya.

“Bukan sebab buuta atau caacat, dah lama saya niat, bila masuk usia 40 tahun, saya akan bertongkat.

“Mudah-mudahan itu akan menjadi pengingat kepada saya, bahawa apabila usia meningkat, hidupmu semakin singkat, hari kematianmu makin dekat, tinggalkanlah segala dosa dan maksiat, perbanyakkanlah amal soleh dan taubat,” tulisnya.

Menurut Suhaimi, dia berharap semoga kehidupan dilaluinya dirahmati dan dikurniakan kematian baik serta selamat dunia akhirat.

Baru- baru ini, menerusi siaran langsung di Instagramnya Suhaimi berkongsi keadaan diri yang mengalami sakit mata kronik sejak setahun lalu.

Ujarnya, dia tidak menolak kemungkinan penyakit mata dihidapinya itu akibat terkena gangguan sihir.

“Saya sudah merujuk kepada ustaz dan pusat perubatan Islam berhubung penyakit itu dan percaya kesakitan yang saya alami ini ada kaitan dengan buatan orang.

“Kalau berjumpa doktor, mereka akan buat imbasan berdasarkan fakta saintifik. Apabila saya merujuk ustaz, memang ada kemungkinan unsur itu (siihir).

“Saya percaya dengan siihir dan sanntau, tapi saya juga ikhtiar secara rawatan fizikal dan rohani kerana percaya pada ubat-ubatan,” katanya.

Tidak mengulas lanjut kaedah rawatan yang dilakukannya kini, Suhaimi enggan dikecam, Katanya cara rawatan itu, biarlah rahsia.

Menurut Suhaimi, kini dia memerlukan bantuan isterinya, Ina Naim dalam urusan harian seperti memandu kereta untuk ke mana-mana.

Suhaimi bernikah dengan Ina pada 2007 dan mereka dikurniakan empat anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 12, Salman El- Khoyri, 10, Phyrosh Elfadwah, 8 dan Nurhayla Elghufrony, 6.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Harian Metro
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *