Hiburan Viral

Program Belum Bermula Dia Buat Perangai – Kenapa Diva AA Bertegang Urat Dengan Kak Lina?

Program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) bakal bermula malam ini dan ramai yang menanti kemunculan semula Azwan Ali atau Diva AA sebagai hos.

Menurut Azwan yang bakal digandingkan dengan personaliti versatil, Elly Mazlein, sudah lama dia tidak muncul di kaca televisyen sebagai pengacara untuk program besar yang dijalankan secara siaran langsung.

Menurut Elly pula, dia teruja untuk mengemudi LCK2 bersama Azwan yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pengacaraan.

Elly juga mengakui dia pernah ‘kena’ dengan Azwan dan tahu mengenai perkara terbabit.

Namun begitu, lain pula ceritanya di laman Twitter.

Akaun Twitter @TV3Malaysia berkongsi ciapan mengenai artikel yang disiarkan di laman web Xtra dan ia mendapat respon seorang netizen.

Netizen terbabit berkongsi rakaman video Azwan yang dilihat bertikam lidah dengan Elly ketika sesi membaca skrip berlangsung.

Lihat ciapan video terbabit di bawah:

Ha, betul ke tak tu? Agaknya, macam manalah gandingan mereka malam ni?

Kalau nak tahu, jangan lupa saksikan episod pertama LCK2 malam ini!

Selain Elly dan Azwan, LCK2 turut dimeriahkan dengan kehadiran Mas Idayu dan Hael Husaini yang bertindak selaku juri cinta.

Jangan lupa saksikan Lagu Cinta Kita 2 bakal bersiaran secara langsung di TV3 bermula 8 November 2020, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam dan ia turut boleh distrim live HD di www.tonton.com.my.

Sumber : extra

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *